Monday, November 27, 2017

Meet and Greet with CDM Hanis Haizi!

Assalamualaikum readers...

Hello... lama pula tak menulis dekat blog. Banyak menulis dekat FB minggu yang lepas. Heh.. Ok, untuk pos kali ni, Nadia nak bercerita dengan korang semua tentang aktiviti Ahad lepas. 



Kami PINPRENEURS ada High - Tea Session dengan mentor legend dalam Hai O bertempat di Hotel Stripes Kuala Lumpur (hotel dia sweet & nice sangat!) . Ha dia dikenali sebagai CDM Hanis Haizi. Nadia tak sempat nak berguru dengan CDM Hanis masa Nadia mula - mula join business. Sempat jumpa sekali je masa seminar. Masa mula - mula join tu pun tak ada lah nak serious sangat pun. Sekadar mencuba! Heh...

Tapi, sekarang dah jatuh cinta pula dengan business Hai O ni. Heh... betul orang cakap, tak kenal maka tak cinta! =) 


Session semalam lebih membuka mata Nadia tentang business bersama Hai O ni. Makin rasa bertambah sayang pada business sendiri yang satu ni, dan juga makin sayang pada mentor yang tak jemu - jemu guide. 

Rasa jatuh sayang pada CDM Hanis dan makin sayang dan hormat pada CDM Syida. Diorang ni muda setahun dari Nadia. Tapi, pengalaman diorang dalam business is PRICELESS! 

Satu yang Nadia paling respect pasal CDM Hanis ni, regardless apa pun orang mengata pasal dia, dia buat tak tahu je. Jalan terus. Dan paling Nadia respect juga, CDM Hanis ni dah berubah compared tu dulu. Makin humble, makin caring dan makin penuh aspirasi! 




Yesss.... PEOPLE CHANGE! Makin kenal CDM Hanis Haizi rasa teruja sangat. I am so proud to know her! Serious never judge a book by its cover! Thank you CDM Hanis! =)

Dalam business u wajib utk buat salah, supaya u bangkit lebih lagi! - CDM Hanis -

Kata - kata dekat atas ni memang betul. Kalau kita nak jadi lebih baik kena buat silap dulu. Sebab dari kesilapan lah kita akan bertindak untuk jadi lebih baik dan baik lagi!

CDM Hanis Haizi ni adalah the proven result of SHOM! Bukannya tak ada business lain. Dia ada business handbag, business product gym, business fashion consultant and so on.

Dan dengan jujur dia bagi tau, semua modal business lain tu bermula dari income business Hai O. Dia kata kukuhkan dulu business pertama you. Buat sampai siap. Seterusnya baru you expand.


Bukan buat semua at the same time. Eh sama sangat macam apa yang Irfan Khairi cakap! Memang orang successful ni, cara kerjanya & thinking pun sama! =)



Antara lain petikan kata - kata yang terngiang - ngiang di telinga Nadia adalah,

"Saya tak tahu networking business lain mcm mana. Yang saya tahu one of the best is Hai O. Hai O is my first business and I'm still doing it. Even you akan ada satu fasa yang orang serah diri je untuk dicanai. 

Buat business smpai you boleh kaut all the bonus provided by Hai O, sebab seriously, business Hai O sangat - sangat senang nak buat dan tak perlu pening kepala nak fikir benda lain dan senang sangat untuk kita nak dapat auto-generated income! Kalau nak bagi rating skala kesusahan berbisnes ni, Hai O ni, hanyalah 1 /10 sahaja!"



Ha kau, paling senang ok. CDM Hanis boleh cakap macam tu, sebab dia dah terbuka dengan dunia luar yang businessnya memang lagi mencabar! Dia pesan, gunakan lah Hai O sebaiknya untuk kita belajar pelbagai skill berbisnes! Belajar jadi POWER SELLER!  

Lagi 1 ayat dia yang membuka minda Nadia adalah;

"Kalau Hanis still tegar nak jadi surirumah, Hanis takkan kot bau london and takkan boleh bawa anak anak melancong setiap tahun. Buat business ni la boleh transform hidup Hanis 360 dan dengan income business Hai O ni la Hanis diversify to other businesses. Bukan sebab besar kepala, tapi, I want to be a better person!"

Sangat teruja dapat jumpa orang - orang hebat berniaga! Dan yang paling best adalah, Nadia dan PINPRENEURS bakal dapat ilmu business secara PERCUMA sahaja bila GLAMUnity terbentuk nanti. Ilmu yang beribu nak bayar dekat luar sana. Kalau orang lain berbayar, kami FREE saja! 



Alhamdulillah. CDM Hanis datang tepat pada waktunya! Nadia rasa tersangat seronok dan teruja dengan new CDM Hanis. Thank u CDM, In shaa Allah nak siapkan sampai business ni auto generated.

Nadia doakan Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk CDM Hanis dalam kehidupan dunia dan akhirat. Amin...



Nadia, rasa nak sangat ajak juga kawan - kawan untuk sama - sama merasai business dari Hai O ni dan especially dengan kumpulan Nadia, PIN. Nadia tunjuk cara satu persatu sampai pandai! 

Jangan mudah percaya dengan kata - kata orang dekat luar sana. Mereka hanya assume. Yang buat dengan ikhlas hati, dah merasai atau mula merasai kemanisannya. 

Kalau korang rasa terbuka hati nak buat business, Nadia dengan ikhlas hati nak ajak sama - sama. Sebab berniaga sangat seronok da mengujakan. Tak dinafikan ada ranjau berduri and all, tapi, itu memang adalah sebahagian dari pengalaman kehidupan! =)

Ok, sampai di sini saja untuk post kali ni. So, I guess, see you in my next post ya! =)



Bila Aku Mula Berkenalan dengan Al - Fateh...

Al - Fateh, nama yang agak asing bagi aku. Tidak pernah aku kenal siapakah dia selama 28 tahun hidup aku di atas muka bumi Allah ini. Tak pernah ambil peduli, mahu pun ambil kisah!



Kasihan pada diri aku ni, jahil tentang sejarah Islam itu sendiri! Jahil sejahilnya! 

Maklum lah aku kan budak - budak Xennials! Hidup di abad ke 21. Tak perlu lah nak kenal lebih sangat dengan Al - Fateh ni. Heh... bukan Fattah Amin pun! Ops... Teruk nau bunyi nya ya tak? Tapi, itu lah realiti ummah pada hari ini. Sedih lagi memilukan. Akulah tu. 

Malu betul bilamana dunia barat lebih mengenali Al - Fateh, dari aku sendiri yang beragama Islam. Barat memberi gelaran, Mehmed The Conqueror, Sultan of Ottoman kepada Al - Fateh. 

Sultan Turki Uthmaniyah rupanya dia! Khalifah seluruh umat Islam dunia di ketika pemerintahannya!

Sebelum aku cerita lebih panjang, aku bagi warning dulu, post ini sedikit panjang. Tapi aku yakin SANGAT BERMANFAAT untuk jiwa-jiwa korang! Teruskan membaca ya. 😊

Perjalanan aku mengenali Al - Fateh bermula, apabila aku mula membaca bacaan yang agak serius, seperti, Freemason & Illuminati, Knights Templer, New World Order, Perang Salib & macam - macam lagi tentang akhir zaman. Heh...

Di sini lah aku mula mendengar nama Muhammad Al - Fateh, Penakluk Konstantinopel! Masa tu mungkin umur aku dalam lingkungan 26 - 27 tahun! Sekarang dah 34. Tua dah aku ni rupanya. Heh...

Itu pun hanya sekadar namanya je lah. Cerita lebih - lebih aku tak tahu pun. Heh... 

Bila aku mula berkenalan dengan Al - Fateh dengan lebih lagi?

Aku patut ucapkam terima kasih pada anak - anak lelaki aku, Zikri dan Zarif! Asbab mereka aku jadi rajin study tentang Al - Fateh, sebabnya aku ada impian nak anak jadi Al - Hafiz, dan Al - Fateh adalah Al - Hafiz. Impian aku memang melangit walaupun aku bukan lah ustazah! Heh...

Aku banyak belajar tentang parenting melalui bacaan blog Puan Lina Karim, founder kepada Islamic Parenting Network. Puan Lina banyak mention tentang Muhammad Al - Fateh. Dari situ aku tertarik nak tahu lebih lagi. 

Puan Lina pesan, ada 2 tokoh utama yang kita sebagai parents kena study. Pertama cara didikan Al - Fateh, dan kedua pula, cara didikan Mustafa Kamal Ataturk! 

Kenapa? 

Kedua mereka agak dekat dengan kita dari segi jarak masa terutamanya Mustafa Kamal Ataturk. Bagaimana didikan ibu - ibu mereka memberi impak terhadap anak - anak lelaki mereka ini, memang kita perlu pelajari! 

Dari Islamic Parenting Network lah aku dapatkan buku cerita tentang Muhammad Al - Fateh. Aku nak bagi tahu buku tu memang awesome gila! 

Banyak GILA (maafkan bahasa aku ni. Tapi aku nak tunjuk kesungguhan aku) ok, sambung semula, BANYAK GILA IBRAH aku dapat dari Muhammad Al - Fateh, terutamanya tentang bab kepimpinan dan parenting! 

Character building dari parents dia, fuh... aku cakap memang SANGAT FANTASTIC! 

Memang Rasulullah SAW pun dah bersabda "Kota Konstantinopel hanya jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik, dan rakyat yang baik." Rasulullah dah bagi tahu, sebaik2 raja, ketua, tentera dan rakyat kan! 

Takkan taknak ambil iktibar? Jadi, aku rasa rugi besarlah kalau aku tak share dengan korang tentang apa yang aku baca, selami, fahami dan pendapat aku sendiri. 

Segala aspek kehidupan Al- Fateh korang boleh apply dan dekat sini aku ambil pendekatan kepada berniaga. 

Yes berniaga! 

Okay, aku nak tanya korang yang berniaga selalu kita terinspirasi dengan siapa? 

Ha selalunya lah, kita selalu dok refer Warren Buffet lah, Jack Ma lah, Steve Job lah, macam - macam lagi icon dunia yang sukses! Tapi, kali ni aku nak bawa korang untuk belajar leadership & spirit perjuangan dari Al - Fateh! 

Yang memang ternyata sosok tubuh hamba Allah yang bernama Al - Fateh ini keluar dari mulut Nabi Muhammad SAW sendiri. Rugi lah orang Islam tak belajar dari sejarah Islam itu sendiri! Setuju? Kalau setuju, teruskan pembacaan korang. 

Aku tulis ni pun aku rasa terbakar dengan semangat! Semangat bab leadership dan parenting! Heh...

Korang tahu tak, strategi peperangan Al - Fateh ni diakui oleh orientalis barat sebagai antara taktik peperangan yang terbaik di peradaban dunia! Memang aku baca ni je, aku rasa huishhh, semangat tak sudah!

Dan aku yakin, kita dalam berniaga memang umpama dalam medan perang! Mental kau kalau tak kuat, memang senang lah kau terjerumus ke lembah hitam! Serius HITAM ok! Aku tak main - main!

Kalau kita nak menang perang, perlu ada mind, body and soul! Ini yang aku nak bagi highlight dekat korang! Ready ok!

Ok, apa ciri - ciri leadership dari Al - Fateh yang wajib kita contohi?

Kalau nak cerita memang banyak sungguh! Jadi, aku bagi dalam bentuk point, so korang senang nak baca tentang ciri - ciri utama kepimpinan Al - Fateh:-

1) FOKUS!

- korang tahu tak, dalam hidup Al Fateh fokus dia hanyalah nak menakluk Konstantinopel! Dari dalam perut lagi, mak abah dia dah tanamkan, Al Fateh lah hamba Allah yang Rasulullah khabarkan bakal menakluki Konstantinopel! 

Dah lahir ke dunia pun, itu lah ingatan yang parents dia bagi! Sampai Al Fateh pun memang jadi semangat dan fokus untuk pastikan dia adalah yang diceritakan oleh Rasulullah dalam hadis.

Fokus dia memang hanya Konstantinopel! Negara lain pun pergi juga perang untuk sebarkan syiar Islam. Kalau aku tak silap Al - Fateh ada 25 kempen peperangan! 25 beb! Hebat idok? Tersangat hebat!

Sama macam tu jugalah bila berniaga. Korang WAJIB FOKUS! Macam mana nak berniaga kalau tak fokus kan? 
Kurang fokus akan menyebabkan matlamat kita pun tak jelas. 

Tak jelas, gelap lah masa depan perjalanan dalam perniagaan! Heh...

Ok bila si Al - Fateh ni fokus, dia akan pastikan dia sentiasa bersedia! Sedia dari segi apa? Ha, point seterusnya.

2) SUSUN STRATEGI DAN BERTINDAK!

- Rasulullah dah bagitahu sebaik-baik ketua negara, tentera dan rakyat yang akan menang mengalahkan Konstantinopel. Ok apa Al Fateh buat?

Pertama sekali, dia perintahkan semua tentera Uthmaniyah untuk tingkatkan latihan ketenteraan di siang hari & menggandakan amal ibadah di malam hari, para peniaga dilarang menipu dan rakyat wajib patuh pada undang-undang Islam!

Bukan takat perintah sahaja yang keluar, perintah itu disusuli dengan tindakan! Semua tentera WAJIB solat fardhu lima waktu & yang sengaja tinggalkan solat dihukum! 

Al Fateh hanya rekrut mereka yang kuat beragama menjadi tentera. Rakyat juga dididik menjadi bertakwa. Segala benda haram contohnya judi, arak dan sebagainya dilarang sekeras - kerasnya!

Kalau kita sebagai usahawan lah, nak cipta kejayaan, pertama sekali kembali pada Allah dan tinggalkan yang haram. Jaga solat yang wajib dan sebaiknya awal waktu. Dan beribadah lah di malam hari. 

Kenapa malam hari? Allah dah bagitahu fadilat berqiamullail adalah kekuatan! Jiwa dan minda akan kuat melalui santapan rohani tadi. In shaa Allah segala kekuatan fizikal kita juga akan jadi seiring bila jiwa dan minda kita memang kuat!

Hebat kan Al Fateh dalam bab strategi dan perlaksanaan? Tiada tangguh dan nanti! Terus pergi buat sebab Al Fateh tahu apa yang dia nak capai dan bagaimana. Ha memang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan kita kan? 😊

Di sini kita pun sama. Kenalah tahu apa tindakan dan bagaimana langkah yang seterusnya untuk sampai pada matlamat kita tadi! FOKUS PADA MATLAMAT DAN FOKUS PADA TINDAKAN! 

Tu lah kunci dia dekat sini. 😊

3) BERANI AMBIL RISIKO!

- Part ni memang tak boleh nak dinafikan. Masa umur Al - Fateh 12 tahun, abah dia Sultan Murad, ada urusan di luar kerajaan. Korang tau tak, diusia semuda itu, 12 tahun oi, dia dah mula memangku jawatan sebagai pemerintah Kerajaan Khulafa' sementara abah dia berurusan di luar. Lama juga dia pegang jawatan tu, dalam 3 tahun! Berani ke terlampau berani?

Kita umur 12 tahun pun, masih lagi mak ayah tolong itu ini. Merengek menangis tak dapat 5A UPSR! Heh.. itu aku lah, tak dapat 4A menangis! Entah apa - apa kan? Heh...

Memang Al - Fateh seorang anak lelaki yang hebat! Berani untuk ambil risiko serta tanggungjawab!

Kita boleh ambil pendekatan yang sama dalam berniaga. Come on lah kan, kita ni nak mula berniaga punya lah takut. Itu takut, ini takut, apa orang kata lah, tak berani ambil risiko lah. Macam - macam! Dah kenapa dengan kita ni?

Korang tengok Al - Fateh, 12 tahun jadi pemangku pemerintah, 19 tahun, jadi Khalifah ke - 7 Turki Uthmaniyah, 21 TAHUN TAKLUK KONSTANTINOPEL! 21 tahun dah pergi perang dengan Maharaja Constantine, bangsa Rom tu!

Jadi ibrahnya di sini, tak payah lah takut sangat kalau nak berniaga. Berani lah ambil risiko sikit. Hidup itu sendiri adalah risiko! Kita umur 25 - 35 tahun, masih lagi takut nak jual hatta seketul sabun mahu pun sekotak kopi! Dah kenapa? Betul tak?

4) PINTAR LAGI KREATIF!

- Al - Fateh ni, memang pandai. Kenapa boleh pandai? Paling utama dia ada cikgu - cikgu terbaik untuk mengajar dia tentang agama dan ilmu peperangan! Bab agama, memang Al - Fateh diasuh dengan berpuluh - puluh orang guru agama yang terbaik di zaman itu. Bukan tu sahaja, boleh berbahasa dalam 6 bahasa yang berbeza!

Begitu juga dengan ilmu peperangan. Dari usia muda lagi, Al - Fateh mula belajar ilmu ketenteraan dari ayahnya serta panglima - panglima Turki Uthmaniyah yang ada ketika itu.

Paling aku teruja adalah taktik peperangan ketika nak menakluk Konstantinopel!

Dalam peperangan dengan tentera Konstantinopel ni, memang sungguh susah nak tembus perairan negara Konstantinopel ni. Dah perang beberapa hari, 70 buah kapal perang Turki Uthmaniyah masih lagi tak dapat tembus perairan Konstantinopel yang dipanggil Tanduk Emas.

Area Tanduk Emas ni, memang tentera Rom jaga baik punya. Seluruh kawasan Tanduk Emas tu mempunyai rantai besi yang tajam bagi menghalang kemasukan kapal - kapal perang tentera Turki ni. Kalau sondol je rantai besi tu, mahu bocor dan karam kapal - kapal tadi. Banyak gila serangan, tapi masih lagi tak dapat nak tembus pertahanan pihak lawan.

Pada satu malam, usai solat tengah malam. Al - Fateh bermimpi. Dalam mimpinya, Al - Fateh lihat, kapal - kapal perang Turki Uthmaniyah, berlayar di Semenanjung Fera dan berlabuh di kawasan Tanduk Emas. Al - Fateh yakin ini adalah petunjuk dari Allah. Sebelum dia decide, dia buat apa? Dia pergi rujuk mentor dia dulu, Sheikh Syamsudin Al - Wali. 

Dia memang sebaik ketua lah. Mesyuarat dulu, minta pendapat guru dan para ketua bahagian tentera perang Turki Uthmaniyah. Hebat kan? Aku kata Awesome sangat! Heh...

Semenanjung Fera ni merupakan sebuah kawasan yang berdekatan dengan Tanduk Emas. Dan cara paling selamat untuk sampai ke Semenanjung Fera itu adalah dengan melalui kawasan berbukit yang penuh dengan hutan tebal sejauh kira - kira 3 batu.

Area tu selamat bagi tentera Islam kerana ianya tidak dikawal selia oleh tentera Rom kerana mereka yakin kawasan hutan belantara tadi selamat, makanya tidak perlu dipantau.

Ok, apa Al - Fateh buat? Dia terus plan nak pindahkan 70 buah kapal perang Turki tadi, melalui jalan darat ke Semenanjung Fera tadi. Al - Fateh sungguh yakin mimpi tadi adalah petunjuk dari Allah dan dia yakin hanya bantuan Allah yang akan membantu merealisasikan perancangan tadi!

Bak hang, nak angkut kapal perang dari laut ke darat sejauh 3 batu nak masuk balik ke laut Semenanjung Fera! Kalau aku, confirm mati kutu, biar lah orang lain tolong buat! Heh...

Kebetulan, masa ni Maharaja Constantine hantar wakil untuk buat genjatan senjata selama seminggu. Genjatan senjata ni muslihat sahaja dari pihak Konstantinopel. Diorang nak tunggu back - up sampai, lepas tu serang semula!

Ha... bagi team Al - Fateh permintaan genjatan senjata ni, umpama, pucuk dicita ulam mendatang lah.  Team Al - Fateh pun terima lah untuk adakan genjatan senjata ni. 

Terima je, terus semua tentera Turkin tadi buat persiapan nak angkut 70 buah kapal perang melalui darat sejauh 3 batu!

Diorang kerja siang malam pagi petang termasuk lah Al - Fateh sendiri. Tak boleh nak beza dah mana tentera mana sultan. Sama dah. Hebat kan peribadi Al - Fateh? INCREDIBLE SANGAT pada aku.

Diorang tarah semua dan bua jalan laluan untuk kapal ni lalu, dan lepas Al - Fateh minta ditebang pokok - pokok yang ada dalam belantara bukit tu dan batang pokok tadi di jadikan landasan untuk untuk dilalui kapal - kapal perang tadi. 

Lepas tu, batang - batang pokok tadi di sapu dengan lemak haiwan dan darah haiwan supaya menjadi licin dan mudah untuk menggerakan kapal - kapal perang tu nanti. Memang hebat dan pintar sangat kan? Di luar kotak pemikiran strategi ini!

Dah siap jalan semua, tok guru Al - Fateh bagi cadangan untuk gerakan kapal - kapal perang tadi pada malam Jumaat. Sebabnya adalah, pada malam Jumaat, dikhabarkan angin akan bertiup kencang, jadinya menambahkan kemudahan untuk team Al - Fateh menggerakkan kapal - kapal perang yang besar - besar dan berat belaka!

Sebelum tiba malam Jumaat yang dinantikan, kesemua tentera Turki beramal ibadat minta bantuan dari Allah untuk memudahkan mereka memindahkan kapal - kapal perang mereka ke Tanduk Emas melalui Semenanjung Fera tadi. 

Ha dengan izin Allah, memang malam Jumaat tu, angin kencang dan hujan lebat! Sebuah demi sebuah kapal perang tentera Turki ditarik masuk ke perairan Konstantinopel, Tanduk Emas!

Cuba korang bayangkan kegigihan dan kekuatan tentera dan ketuanya dari segi mental dan fizikal! Ohoiii KUAT DAN MENGGERUNKAN! 

Dan akhirnya 70 kapal perang tentera Turki BERJAYA MASUK ke perairan Konstantinopel! Tentera Turki raikan kejayaan yang luar biasa itu dengan bertakbir!

Ha, terkejut beruk la Maharaja Constantine yang masa tu tengah tidur! Bangun - bangun tengok dah penuh dah dengan kapal perang tentera Turki depan Konstantinopel! 

Ha hebat tak pemikiran Al - Fateh dan pandai tak dia mengambil peluang?

Memang aku nak bagi 1000 THUMBS UP kepada Al - Fateh dan team! Kita boleh contohi Al - Fateh yang sentiasa mencari ilmu serta rujuk pada guru.

Sama lah juga halnya kita dan berniaga. Perlu ada guru untuk guide dan doakan kejayaan kita. Jangan ego dan berlagak seolah - olah kita ni hebat sangat! Belajar lah dari mereka yang berpengalaman dan teruskan bertindak! 

Dalam berniaga juga kita perlu untuk jadi lebih kreatif dan mempunyai anjakan paradigma dalam berfikir dan membuat keputusan. Pastinya untuk peroleh skill ini, kita semua perlu ada Ilmu, Tindakan serta Rujukan! In shaa Allah kejayaan pasti milik kita!

5) SENTIASA KEMBALI PADA ALLAH!

Ini lah ciri paling penting yang aku suka nak belajar dari Al - Fateh. Dalam buat apa - apa keputusan, Al - Fateh akan utamakan Allah.

Baik sebelum perang, buntu, nak cari penyelesaian, tanpa henti Al - Fateh sentiasa minta bantuan dari Allah dan yakin dengan sepenuhnya Allah akan bantu untuk merealisasikan segala perancangannya!

Ada satu ketika tu, masa tu dah 44 hari tentera Turki menyerang Konstantinopel. Namun, tak menang-menang juga. 

Mati kutu juga Al - Fateh memikirkan apa lagi yang tak betul dalam dirinya dan tenteranya. Apa lagi yang perlu dibaik pulih supaya sejajar dengan kesukaan Allah?

Akhirnya, Al - Fateh teringat pada seorang tenteranya yang bernama Urban. Urban ni pula baru memeluk agama Islam.

Terus Al - Fateh pergi cari Urban, sekali terjumpa lah si Urban ni tengah minum arak dalam khemah tentera! Meluap marah lah si Al - Fateh. Ha si Urban ni, nampak Al - Fateh muka merah menyala terus dia campak botol arak tadi.

Al - Fateh pun tanya lah, manalah kau dapat arak tu Urban oiiii?!!

Urban pun bagitau dia dapat dari mayat tentera Rom. 

Al - Fateh teruslah bagitau Urban yang dia sekarang adalah orang Islam dan diharamkan untuk meminum arak. Lepas tu, Urban pun cerita, dia susah hati, tu sebab dia minum arak.

Al - Fateh dalam marah tu pun, cuba selami apa masalah si Urban ni. Rupanya, si Urban ni risau dekat anak bini dia, lama dah tinggal. Dia rindu sangat dekat keluarga dia. 

Dengar je jawapan Urban, kemarahan Al - Fateh pun reda. Barulah dia sedar Urban ni baru je peluk Islam, sah - sah iman belum kuat, lepas tu tambah lagi rindu dekat keluarga dia. 

Baiknya Al - Fateh, terus dia bagi cuti beberapa hari dekat Urban ni, dan diiringi oleh tentera Turki hingga si Urban ni sampai ke rumah, untuk memastikan keselematan si Urban ni.

Allah, baiknya Al - Fateh ni. Sentiasa kembali kepada Allah dan buat apa yang Allah suka!

Sama juga lah kita bila berniaga. Buatlah benda yang Allah suka. Jangan abaikan suruhan Allah terutamanya solat. Macam Al - Fateh kan, bila tak menang - menang, dia tak pergi terus tunding jari dekat orang lain. Dia cari kesalahan diri dia pada Allah dan cari apa lagi yang tak cukut pada tentera dia dari segi agamanya!

Yang ni memang kita sebagai peniaga perlu ambil berat. Kadang - kadang rezeki kita lambat, mahal dan business kita belum berjaya, pasti ada mana - mana kesilapan kita dengan Allah. 

Makanya, jangan lupa audit diri kita, adakah aku langgar mana - mana syariat Allah. Apa lagi yang aku belum buat sehabis baiknya? Solat aku cukup ke tak, khusyuk ke tak, awal waktu ke tak?

Sebab itu semua asas atau foundation nya! Bila kita sentiasa buat dengan bersungguh apa yang Allah suruh, selalu kembali pada Allah, tidakkah Allah suka, malahan jatuh kasih dan sayang pada kita? 

JAWAPANNYA, PASTI! KITA ADALAH HAMBA KESAYANGAN ALLAH!

Bila Allah dah sayang pada kita, tak perlu risau, minta lah apa saja kemahuan dan pertolongan, in shaa Allah, pasti Allah makbulkan!

Fuh... memang berjela juga lah penulisan aku kali ni. Dalam menulis ni pun aku jadi semangat dengan semangat perjuangan Al - Fateh! Nothing worthy comes easy in this world! 

Alhamdulillah, dapat juga aku kongsikan tentang kefahaman aku tentang Al - Fateh dan bagaimana nak kaitakan dengan berniaga. 

Aku bagi 5 ciri sahaja. Tapi, aku rasa korang pastinya boleh dapat lebih dari 5 ciri yang aku bagi berdasarkan cerita - cerita pendek yang aku sertakan sekali. 

Al - Fateh contoh hasil didikan mak abah yang padu dan jitu dalam membentuk keperibadian anaknya terutama bab ketaatan pada agama!

Al - Fateh contoh kekuatan jiwa yang perlu kita ada untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi Allah ini!

Al - Fateh contoh pemuda Islam yang kuat mental dan fisiknya patut kita contohi pada hari ini!

Al - Fateh ... Bila aku mula mengenal mu, terasa jauh lagi perjalanan aku untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa!

Al - Fateh ... Bila aku mula mendalami sifat ibu mu, terasa bagai langit dan bumi memikirkan kegigihan aku yang belum cukup gigih dalam mendidik anak2 lelaki serta anak perempuanku untuk akhir zaman!

Bila aku mula berkenalan dengan Al - Fateh ... 

Kalau korang rasa bermanfaat sharing kali ni, korang tekanlah button share. Biar ramai-ramai boleh ambil pelajaran dari Al - Fateh, si penakluk Konstantinopel! 😊

Thursday, November 9, 2017

Korang perlukan ke side income?

Assalamualaikum readers... 

Tiba - tiba nak discuss malam ni. Side income ni perlu ke? Ok jom kita discuss bersama - sama. 


All right, with current economic situation, everyone needs a side income!  One of the reasons is personal safety net. Ha safety net for what? Against unemployment lah. 

Job security memang boleh dikatakan tak ada. Bila-bila je company boleh hantar MSS or VSS kat meja korang. Bila difikirkan horror betul situation ni kan? Huhu...

Walaupun maybe ada yang cakap, dah ada emergency fund in case of anything kan, tapi, ada side income is far better because, emergency fund akan reduce jgk, tapi bila korang ada side income, sekurang-kurangnya, bila tiba2 dah tak bekerja, u guys can develop further the side income tadi plus emergency fund tadi pun boleh kita tambahkan lagi value yang ada dengan side income. 


Ha faham ke? Setinggi mana pun gaji kita, tapi, kena igt, itu hanyalah temporary. At least kita diversify kan source of income kita cepat2 before segala surat sampai dekat meja kita. Ye tak? =)

Ok imagine ya, ini situasi sebenar Nadia. Dulu time kerja, every year, kitorang akan buat projection on duit bonus and increment setiap ranking PPA yang akan kitorang dapat. Tapi, ada satu tahun, sangat mengecewakan, sbb projection was not as expected! Huaaa..

All my plans gone with the wind! We have no control over the performance of the world economics and our employer! Betul tak? Tapi, kita boleh set berapa side income yang kita nak, and work for it. 

So, matlamat kita tetap kita boleh achieve bila kita ada side income yang boleh kita usahakan.


Imagine lagi, kalau kata kita, tak dibuang kerja pun, tapi, company cut our salary? Macam mana dgn our fixed commitment? Will it be sufficient to cover all our required expenses? Heh.. Hmm.. 

Lagi sekali penekanannya di sini adalah, having a side income gives u better control on your finances and helps u against any infavourable possibilities in the future. Ha jom fikir-fikirkan.

Post ni tertulis disebabkan keadaan ekonomi yang makin lama makin tertekan kalau kita hanya makan gaji dan especially, single source of income dalam satu - satu keluarga. 

Hopefully post kali ni mampu membuka minda korang kenapa perlu ada second source if income. Tak kisahlah korang nak buat business sambilan apa pun, tapi, kalau nak cuba-cuba jadi tokey Premium Beautiful pun boleh. Dengan hanya RM 50 sahaja! Ok sangat kan? =)

Tepuk dada tanya fikiran, aku perlu ke side income? =)




Wednesday, November 8, 2017

Korang Wanita Anggun Ke?

Dicipta untuk wanita Anggun?



Siapa wanita Anggun ni?

Mahkota dan maruah seseorang wanita terletak pada keanggunannya, bukan kecantikannya. Wanita cantik boleh ditemui di mana-mana sebab maknanya subjektif tetapi wanita anggun sukar ditemui sebab maknanya unik.

Kamus memberi makna kepada anggun sebagai bagus, elok, kemas pada pakaian dan tingkah laku sertay gaya.

Kalau para wanita di luar sana merasakan anda lah wanita yg bergelar anggun itu, tak akan lengkap kalau tak berkorset Premium Beautiful yang sememangnya PREMIUM!

Jika ingin mencipta keperibadian anggun anda boleh mulakan dengan memilik korset Premium Beautiful ini kerana, korset ini sendiri 'anggun' kalau dibandingkan dengan yang lain. Beza dan sangat2 berbeza! 



Anggun itu boleh dibentuk!

Jadi tunggu apa lagi?

 Hubungilah wanita anggun ini yang bernama Nadia - 0175279717! In shaa Allah bertambah anggun dengan korset Premium Beautiful ni tau! 

Monday, November 6, 2017

Senang ke nak buat produk sendiri?

Assalamualaikum readers...

Maaf lama tak menulis. Cewah.. macam peminat beribu kan. Tapi, in shaa Allah ada puluh ribu! Hehe... orait, back to our topic above.


Yes... I never against those who come out with their own product! For me, that is wonderful! You have innovated something that can solve a group of people's problem and needs! 

Dan Nadia appreciate those beautiful minds that full with ideas & thoughts on how to realize it! 😊

Tak mudah. Ibarat buat final year project gitu. Tapi, jom kita buatreality check sikit, boleh?

Siapa yg betul2 faham tentang R&D? Researh & Development? And yeah that is what we are lacking of. The experts! 

Biarlah nak buat product hatta makanan akan ada resipi yang jadi & tak jadi. Akan ada testing sebagainya. 

Kenapa perlu ada proper R&D tadi? 

Semestinya untuk SAFETY! Safety siapa? User lah!

Kita lah user tu. Bukan orang lain! Ingat, KITA!

Dulu, Nadia kerja under technology development. Nak keluarkan satu product yang selamat is not easy. Dari ideation sehingga ke pilot testing, dan deployment at site, sangat stringent. Sebab kita nak product yang berkualiti dan selamat!

Kitorang panggil Technology Readiness Level (standard dari NASA). Ada prototype testing, ada mock-up unit, ada pilot testing & etc. Kitorang pun beli juga patent & the recipe. Tapi before keluarkan, kitorang still akan check idea tu viable ke tak. Testing semua kena buat. Meet tak dengan the standards and all. 



Tak senang sebenarnya nak keluarkan product sendiri, tapi, tak mustahil pun! Sebab dari idealah tercetusnya ciptaan2 hebat!

Nadia sangat appreciate orang yg invent product baru, method baru dan sebagainya. Sebab itu innovation. Benda ni penting untuk masa depan anak-anak kita. Sebab kita nak mereka hebat berfikir dan innovation adalah suatu yg terhasil dari pemikiran kreatif & kritis.

Cuma sekarang, kita perlu elevate higher dari segi quality dan standards! Berapa banyak product yang tak ada safety features dari segi lab testing, clinical testing dan sebagainya? 

Jawapannya SANGAT BANYAK! 

Macam mana nak improve? 

Pergi lah kepada mereka yang expert! Engineers, scientist and etc. Entrepreneur tak boleh buat semua dan pakai ikut dan aje. Kalau betul you nak keluarkan product sendiri, innovate something yang useful dan semestinya perlu lalui testing2 tadi. 

Sayang sangat PB ni, nak bawa balik lari! Heh...

Sebab tu, macam Nadia sendiri, suka jual product SHOM. Biarlah orang kata bogus ke apa ke, kita faham apa kita jual. 

Ada research paper, ada test result and all. Memang bukan ideation dari diri sendiri. Tapi, Nadia appreciate product yang bagus dan tested! Sebab semua tu TAK SENANG! 

Mau pecah kepala, tidur dekat office atau lab, hanya semata untuk keluarkan produk yang berkualiti!

So, korang yang menjual pun, wajib tau lah apa ingredient yang digunakan dalam product. Selamat ke tak and all. FAHAMI PRODUK JUALAN ANDA!

Ha... dan yang untuk nak buat product sendiri especially yang involve dengan health & beauty, engineering ke, and etc, buat lah proper. Buat testing semua. Baru lah ummphhh product2 korang tu! Customer pun yakin tanpa was - was!

Barulah POWER orang cakap! 

Moga sharing ini bermanfaat untuk semua. =)

Wednesday, October 25, 2017

Tips Berniaga Di Facebook!

Assalamualaikum readers...

Ramai dikalangan kita yang rasa kurang bersemangat bila buat post di Facebook (FB) tapi kurang mendapat reach atau respond. Betul?




Ok, jom fahami dulu kenapa ia terjadi. 

FB Mengunakan 'Algorithm' untuk menentukan post apa yang akan keluar dan kepada siapa post akan dapat dilihat. FB cukup tak suka post yang melibatkan penjualan @ iklan barangan di platform percuma mereka. Ya lah senang-senang je korang nak berjual beli secara PERCUMA kan. Marah lah Mark Zuck. Hehe..

Apa yg mereka akan buat kalau korang terlalu menjual?

Ahaaa, mereka akan rendahkan 'reach' / capaian post tersebut kepada friends kita! Patut lah bagai nak rak korang promote macam katalog personal FB korang tu, audience atau friends list korang tak dapat atau tak ramai yang nampak. Patutlah 'Like' pun krik..krik..krik 

Jadi Apa yang kita perlu buat? Ha nah beberapa trick and treat untuk korang berniaga di FB:-


1. Elakkan dari meletak unsur-unsur jualan dalam post kita. Contoh, elak kan menggunakan perkataam diskaun, promo,PM, RM, $, harga, murah, dan lain-lain yang membolehkan 'robot FB' faham ia adalah satu iklan jualan.




2. Walaupun reach dia rendah tapi % rakan yang akan sampai atau nampak post kita masih tinggi jika 'friend list' kita ramai.. 

[ PENTING ].. katakan FB hanya limitkan kan 3% sahaja 'Friend list' kita yang akan nampk post kita yang menpunyai unsur jualan.

Ok, jika jumlah friends list kita hanya 1,000 orang, jumlah yang akan nampak post kita hanya kurang '30 orang' sahaja!

Tapi jika kita mempunyai 5,000 (jumlah max) friend dlm list kita, jumlah yang akan nampk post kita sekitar '150 orang'! Ha nampak tak perbezaan nya? Tu sebab korang kena maximum kan jumlah friends list. Probability untuk korang promote pada customer masih lagi lebih 100 orang! 



3. So sekarang apa yang PERLU kita lakukan adalah, maximize friend list kita sehingga 5,000 FRIENDS!

Macam mana nak buat? Ikut langkah cara pantas ni:

• Add semua 'Friend suggestion' yang ada mutual friend dengan kita 10 dan kebawah.

• Utamakan mereka yang ada ciri-ciri seperti berikut, wanita, umur sekitar 25~40 tahun, berkeluarga (ada anak dan sebagainya), bekerja perwatakan menarik. Kenapa? Hellooo... ini lah nama targeted audience. Takkan nak menjual dekat orang yang tak akan membeli ya tak? 

Ni semua boleh dinilai dari hanya melihat profile picture dan sedikit info di wall mereka.

• Pastikan FB tersebut genuine. bukan FB tipu. Macam mana nk tahu, tgk apa yg di share di FB. Kalau dia banyk buat post status dan berkongsi kehidupan dia, dia adalah FB betul. Kalau hanya beberapa keping gambar sahaja, dan banyak repost video sahaja, sila berhati-hati.

• Add sampai cukup 5000 dulu secepat mungkin.

• Nanti bila dah cukup 5000 friend, baru kita masuk fasa yang seterusnya.. fasa FILTER dan REPLACE .. ni kita akan terang kan kemudian

Penting untuk buat step ni dahulu 




4. Banyak kan post tentang perkongsian yang bermanafaat. Objektif kejar jumlah 'share' yang besar!

FB suka post yang friend suka 'share'.. dia nampak post tersebut ada value.

Like dan komen yang bnyak adalah BONUS untuk post tersebut sentiasa keluar dan tak cepat hilang dari wall rakan-rakan kita..



5. Kalau nak cepat dan senang dapat targeted audience cara paling best adalah melaui kaedah berbayar (FB Ads). Tapi perlukan kos lah. Kalau korang sudi spend, why not? Nadia sendiri suka guna ads sebab rasa berbaloi! Ha buat calculation dulu ok. 

Siapa berusaha dia yang akan dapat! Cepat atau lambat hanya ditentukan menerusi kesungguhan sahaja. FB hanya alat bantuan. Kalau kita kurang bersungguh.. friend 1 juta pun x akan membawa apa2 makna utk kita!

Selamat Mencuba dan bertindak! 

Hopefully tips simple ini membantu korang. Ha nak lebih lagi tips?

Kenalah join Nadia untuk Berniaga Gaya PIN! Kita guide satu persatu sampai pandai! =)