Friday, March 21, 2014

I Miss My Yellow Coverall

Assalamualaikum readers...

Dah nak dekat 3 years sy transfer dr Kerteh ke KL. Dan selama itu lah jugak, sy dah lama x pakai coverall, safety shoes, safety helmet, safety glass and guna test pen. Dah lama muka tak naik jerawat mcm nak gila sbb allergy dengan environment. Kalau lah time tu tahu adanya sabun Marine Essence mmg akan guna habis-habisan. Sebab kulit memang teruk sangat. Heh.. 

Tapi benda yg paling sy rindu adalah nak pakai coverall pergi kerja. Tau tak sebab apa? Sebab hari-hari tak payah fikir nak pakai baju apa utk pergi kerja. Boleh je sarung t-shirt, seluar track, then pakai coverall terus! Heh..paling susah pun adalah nak pilih tudung. Itu saja. Dulu kalau nak beli tudung, beli je mane yg paling cantik and tak perlu nak matchkan dgn baju sebab baju memang 1 colour je, iaitu, coverall kuning. (",) 

Lepas tu, kasut pun senang sbb mmg ada 1 kasut je, iaitu safety shoes, tapi brand Timberland tau! FOC pula tu, company bagi. Mana la kasut tu? Tinggal dekat Kerteh agaknya sebab dah rosak. Maklum lah hari-hari pakai kan. Ha pastu bag pula, guna bag pack je. Yang free sahaja sebab memang ada banyak ok! Best gila! Life is very simple! Paling tinggi kalau nak cantik2 pun adalah pakai corporate shirt colour putih. Heh.. Tp kasut dan bag tetap safety shoes and bag pack. Heh..

Sekarang...malam-malam kena fikir, nak pakai baju apa ye esok? Tudung mana ye nak match kan? Kasut apa ye nak rotate esok? Pastu kena la pergi iron semua2 tu before sleep. Malasnya lah kan. Heh..kat KL ni kena lah kemas sikit kan, kalau tak, selebet jer. Maklum lah corporate katanya. Corporate ke keparat? Hehe.. 

Whatever it is, I will always cherish my life in Kerteh. Happy time duduk dekat sana. Ada best friends forever dekat sana. Diorang sgt gila sampai rasa nak tumbuk2 je sorang2! Heh..anyway, I miss u guys many much! And to Kerteh...thank u for a wonderful and great life experience! Appreciate it to the MAX! Hehe.. (",)

Ni time dpt acknowledgement dr company sbb jd editorial board utk company magazine. Yg kanan tu CEO, En Hamizan. Sgt baik orgnya. 

Ni pula rakan2 chargeman yg bijak lagi hebat, Pok Che and Abi. Best diorang ni.

Tgh troubleshoot transformer. Tetibe plak trip. Rupanya poor connection kat relay. Ish ish ish..

Tgh buat routine inspection dekat Capacitor Bank. Heh.. 

Buat testing utk inductor dekat workshop. Dgn contractor ni buat Hi-Pot test utk inductor. 


No comments:

Post a Comment