Saturday, May 24, 2014

Ya Allah.. Jadikan lah Anak-Anak Laki Kami Pendukung Agama Mu Ya Allah..

Assalamualaiku readers..

Heyya..lama dah tak tulis blog. Hehe.. Bukan apa..bz sangat. Kerja opis tiba-tiba mencanak naik. Kalau time takde kerja, mmg free abes!! Hehe..tp alhamdulillah walaupun sibuk bekerja, bisnes ttp on seperti biasa! Thank u to team Hebat Berniaga Online! I Love U lah! Hehe..ok back to the title of the entry. Hmmm..serius mode sikit. Haha.. Ok Nadia..serius ok.. 

Hari ni nak ajak diskas pasal tajuk di atas. Satu soalan nak tny. Korang rasa la kan..adakah pemuda-pemuda yg kt nampak sekarang dekat negara kita ni boleh melindungi kita dari musuh agama kita dan musuh manusia sejagat? (Sape lagi..korang mesti tahu). Nape sy ckp mcm ni? Dari hati seorg ibu yg ada anak lelaki, terus terang sy kata, sy risau tgk pemuda zaman sekarang. Sy kategorikan  mereka sebagai lemah, bukan sahaja dr segi fizikal bahkan spiritual dan rohaninya. Kalau katakan lah kita ni masih lg di bawah kerajaan Turki Uthmaniyah dan masih report pada khalifah di sana, rasa-rasanya dpt tak kita hantar angkatan tentera utk membantu menentang musuh2 agama kita, jika diperlukan? Hmmm tolong jawab. Mesti ada di antara jawapan korang.. Hmm ade kot. Hmm ade tp tak ramai kot. Hmm mungkin langsung tak ada! Amatlah menyedihkan! 


Bukan apa, cuba kita compare ok. Time zaman Rasulullah, anak2 yg berumur kurang 12 tahun sme sibuk nak ikut nabi pergi perang sana sini tegakkan syiar Islam. Tapi Nabi tak benarkan sebab kecik lg. Tapi lepas je diorang baligh, mmg terus pergi perang. Ha lg satu, Sultan Muhammad Al -Fateh! Betapa hebatnya dia, umur 18 atau 19 tahun dah lead tentera dia utk menakluki Constantinople! Begitu juga dgn imam2 muktabar kita, Imam Hanafi, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad. Dalam umur yg sgt muda mereka mempunyai pengetahuan agama yg sgt tinggi. 


Tapi zaman anak-anak kita...sme sibuk nk masukkan anak idola kecil lah, popstar lah, tom tom bak lah, superstar lah, Akademi Fantasia lah dan sebagainya. Akan lahirkah seorang pemuda yg hebat dr rancangan2 ini? Kita ckp pasal pemuda yg hebat ye kawan2. Pemuda yang spt disyariatkan oleh agama kita, agama Islam. 


Sy sgt risau melihat masyarakat sekeliling sy. Mampukah sy mendidik anak sy untuk mempunyai semangat juang utk agama sehebat anak2 Palestin, Syria dan sebagainya. Atau pun sehebat anak Malaysia yg bernama Ahmad Ammar Ahmad Azam? Pada sy they are the REAL man! Dalam hati sy sentiasa berdoa semoga sy sentiasa diberikan petunjuk oleh Allah utk membesarkan anak2 laki sy sebagai seorang pemuda yg disyariatkan oleh agama. Hati ini amat risau Ya Allah. Engkau sahaja yg tahu mcm mana risaunya. Moga kita semua para ibu, diberikan cahaya petunjuk oleh Allah utk mendidik dan membesarkan anak2 kita sebab hanya Allah lah sebaik2 pendidik. Lihat lah hasil didikan Allah..nabi kita, Muhammad ya Rasulullah. Aminnn..


Permudahkanlah perjalanan bisnes ku ya Allah dan moga satu hari nanti dpt lah hamba mu untuk lebih fokus dlm mendidik amanah dari Mu, anak2 ku. Aminnn..niat utama sy utk buat bisnes. Moga Allah permudahkan. Amin.. (",) ok ibu-ibu jom banyak2 kan berdoa utk anak2 kita ye. 

Nornadia Salmee Salehuddin

No comments:

Post a Comment