Monday, December 8, 2014

The Real War!

Assalamualaikum readers...

Helo2...hehe..siang malam asyik memikirkan bila lah nak resign? Hehe.. Entah apa-apa kan. Macam org yang tak tahu bersyukur pula. (",) sy bersyukur alhamdulillah sebab semua yg ada memang, Subhanallah... Lebih dr cukup! Alhamdulillah... 



Hari ni sy asyik memikirkan masa hadapan Zikri & Zarif. Bukan dr segi material. Tapi.. Dari segi utk mempersiapkan anak saya utk akhir zaman. Ya Allah... Bila ingat kan perkara ini, hati jadi bimbang n risau tak menentu. Sebagai ibu, semestinya kita mahu anak kita menjadi anak yang soleh serta hebat dan mendapat kebahagian dunia dan akhirat. Betul tak? Mestilah betul. Hehe.. 


Saya ni memang suka membaca especially perkara-perkara History. Contohnya pasal naik dan turunnya Turki Uthmaniyah,  Muhammad Al-Fatih, Salahuddin Al-Ayubi dan macam2 lagi perkara yg terdahulu yg membawa kepada keadaan hari ini. (",) seronok tau. Hehe..tp seriously tolong baca, especially tentang Muhammad Al-Fatih! Kisah hidup beliau memang hebat n cara peperangan dia, Subhanallah! SUPERB!! Kalah WORLDWAR 1 & 2! Gila apa, bawa kapal laut masuk Constantinople ikut jalan darat!! Heh.. Nak tahu detail, sila baca! Hehe.. 


Bila banyak membaca pasal tokoh-tokoh Islam ni, rasa mcm ya Allah, kita ibu-ibu ni sebenarnya peranan kita, bukan lah hanya utk membesarkan dan menjaga anak, tapi, tapi sebenarnya sedang mendidik, membentuk, memperhebatkan karakter anak2 kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ni. Subhanallah... memang tanggungjawab yg besar! Dari situ, saya menanamkan azam utk lebih mendidik anak-anak. Terus terang saya katakan, bila bekerja makan gaji di ofis, saya memang tak mampu utk beri didikan yang lebih utk anak saya di rumah. Mana yang larat dan mampu sahaja. Kadang2 balik lewat, n memang harapkan anak-anak utk tidur awal sebab saya sendiri nak rehat. Hehe.. (Terasa hampeh sungguh diri ini. Heh..) Memang tak sempat lah nak tarbiyah kan anak kita bagai. Itu sayalah. Maybe orang lain yang lebih hebat, mampu. Tapi saya tidak. ("_")


Cabaran dekat dunia ni banyak sangat. Saya risau saya tak sempat sediakan anak saya secukupnya dari segi didikan yg selayaknya seorang ibu berikan. Cabaran akhir zaman tersangat lah hebat. Memang kita boleh berdoa, tapi usaha kita pula macam mana kan? Haihhh.. Acik pening2.. Hehe.. Maybe saya yang over thinking. Tapi satu perkara yang pasti, peperangan azali kita sebagai manusia dengan musuh nombor satu kita, iblis dan segala atuk nenek nya,  belum lagi lenyap. Sedikit kita lupa, hanyut lah kita (peringatan utk diri sendiri). Hopefully, kita sebagai parents boleh membantu mendidik anak-anak kita utk menghadapi masa depan, yang pasti akan hebat cabarannya. Moga, anak-anak kita menjadi jambatan buat kita ke syurga. Aminnnn.. (",)

Okeh... Itu saje corat coret malam ni. Btw.... PB! PB! PB! Hehe..PM saya utk order ok! Nak pakai FREE pun boleh. Macam mana? Ha PM je lah! Heh..

Love,
Nornadia Salmee Salehuddin


No comments:

Post a Comment