Thursday, February 12, 2015

Nadia...kenapa pilih bisnes ni?

Assalamualaikum readers...

Helo2...okeh..hari ni nak share kisah sy bagaimana bermula dengan bisnes ni. Hmmm.. Sila sabar membaca ceritera di bawah ye. Hehe..

Permulaan yang biasa-biasa

Masa pregnant anak kedua, saya dah mula berfikir untuk berhenti kerja atau menukar profession saya sebagai seorang jurutera di syarikat minyak dan gas (macam lah korang tatau company apa kan? Hehe..). Sebenarnya, kerja dah ok dah. Tak perlu pergi site atau offshore sangat pun sebab more on technology development. Cuma yang saya tak mampu sangat adalah untuk redah jam setiap hari dan duduk atas jalan raya dalam sejam setengah atau kadang - kadang sehingga 2 jam! Kalau En Hubby sentiasa ada, tak pe juga. Tapi paling tak suka bila dia tak ada. Memang kena drive sendiri (Life as an oilfield wife is not easy ok.. Hehe..). Alahai...kalau drive sendiri memang tak boleh tidur lah kan. Terpaksa bawa laju n cilok2 n potong barisan dalam SMART Tunnel! Sorry guys, I just can't help it. Mengantuk ok kalau duduk static tak gerak-gerak. Heh..

Ok back to our story. Then saya pun duduk lah berfikir siang malam pagi petang, apa lah yang aku nak buat kalau kata nak berhenti kerja. Saya pernah consider untuk sambung study n jadi lecturer or tutor. Siap survey position kosong dekat MSU (paling dekat dgn rumah). Tapi alahai...kemalasan untuk belajar semula memang membuak-buak. Hehe.. Melampau kan ayat? =p 

Saya pun survey lah pelbagai lagi online business yang ada untuk housewife. Siap terfikir nak menjahit, sbb akak memang suka jahit-jahit ni. Tapi tak pandai sangat. Heh..pastu continue survey lagi. Pastu stop, sebab nak beranak kan. Time confinement survey lagi. Hehe.. Dr blog ke blog, dari website ke website, dari analysis report ke report, semua saya buat research dulu. Hehe.. Dah terbiasa macam tu sebab kerja kat office pun macam tu juga. Then ada schoolmate saya Syarifah Ramly namanya. Saya tgk dia buat business Premium Beautiful ni. Macam seronok je tengok dia buat. Dia pun buat part time. So terus contact dia, then terus set appointment dengan Syida and terus dia datang rumag explain pasal business ni. Ha kenapa saya tertarik untuk join? Sebab:-


1. Online sahaja



Ini sebab utama untuk saya. Sebab saya rasa saya memang tak kan ada masa nak uruskan kedai sendiri. So saya prefer online. Boleh setup business kita di mana sahaja. Reach out utk client and customer pun lebih lagi! Dalam Hai O ramai yang buat business Premium Beautiful ni, tapi tak ramai yang online. PIN merupakan salah satu group yang awal-awal buat business ni secara online. So dah tertarik di situ. Tak payah lah kita ketuk-ketuk pintu dari rumah ke rumah kan. Kita yang sediakan laluan untuk customer datang kepada kita! Jadi memang mudah lah dengan online. Lagi 1, tak payah pening-pening sewa kedai and bayar overhead yang lain. Perlu bayar data internet sahaja. Hehe.. 


2. KILLER PRODUCT!!!



Ya Allah memang tak percaya lah saya boleh buat sales untuk korset ni. Ye lah benda premium memang lah harga tinggi sikit. Tapi kita sebagai seller mmg boleh dapat untung yang berbaloi dengan usaha kita untuk korset ni. Cuba bayangkan, korset ni sepasang korang boleh dapat bonus dan untung sebanyak RM 600-700!! Wow!! Boleh bayar installment kereta sebulan. Itu baru sepasang. Bayang kan kalau kita dapat jual 3-4 pasang! Tak ke macam nak dekat RM 3000 sebulan. Mula-mula saya sendiri tak percaya, ada ke orang nak beli korset ni. Ternyata meleset betul jangkaan itu. Selagi perempuan ada atas muka bumi ni, memang akan ada permintaan! 

Lagi satu product pun dah bagus, boleh jual, ada demand dan dah ada pelbagai testimoni. Jadi memang senang sangat pada saya yang ingin bermula. Nak buat product sendiri ilmu belum ada. As a beginner, this is a very good opportunity untuk saya timba pengalaman. Hehe..kalau rezeki kita, memang kita punya. Serahkan pada Dia. Kita buat kerja kita ok. Heh.. 


3. Effort sama, tapi lebih income



Ini memang saya akui. Jual 1 pasang korset PB sama macam kalau kita jual 24 kotak sabun Marine Essence, 70 helai tudung atau shawl!!! Effort utk promote sama sahaja! Kalau korset PB, dpt seorang customer dah boleh dapat untung macam jual tudung kepada 70 orang!! So untung tak? Ha...work smart ok! Hehe.. 


4. Dah cuba product, and result is GREAT!!



Ini sangat lah penting! Sebab apa? Sebab customer for sure akan tanya "U pakai tak product ni?" Ha nak jawab apa kalau tak pakai? Nak share testimoni pun tak boleh kalau tak ada experience on product kan? Alhamdulillah sy sendiri dah merasai result yang terbaik dari Premium Beautiful, pelapik tilam BVSM, pad Bioseleza, Mineral Coffee, sabun Marine Essence, BB Plus Collagen, Lactolite dan etc. Tak sangka product Hai O terbaik. Bila dah join business ni baru lah saya tahu product Hai O semuanya research product. Research pula yang bertahun-tahun n proven barulah dijadikan product. Ha product macam ni lah baru senang kita nak bercerita dekat customer kan. Training on product pula FREE!!!




5. Kestabilan Sahajidah Hai O Marketing

Kenapa kestabilan satu-satu company penting? Ha sebabnya kita tak mahu lah berurusan dengan company yang hari ni ada, esok, lusa dah tiada. Dekat pasaran company yang keluarkan product tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Tapi ada yang mampu bertahan sehingga 1-2 tahun sahaja. Sekejap sangat kan. Ada yang ditutup kerana company bermasalah, product tidak mendapat kelulusan, menipu orang ramai dan etc. Sahajidah Hai O pula dah bertapak di Malaysia selama 22 tahun dan dah mempunyai sistem pembahagian bonus yang stabil dan adil. Malah Sahajidah Hai O Marketing mendapat pelbagai pengiktirafan dari pelbagai badan kerajaan contohnya, anugerah KPDNKK, syarikat harapan dalam melahirkan usahawan dan pelbagai lagi anugerah. Sepanjang buat business Hai O belum pernah lagi Bonus Prestasi kitorang tidak dibayar oleh Hai O. Without miss, Hai O akan make sure masukkan duit bonus setiap bulan pada 10 haribulan. Ha yang paling best tu, 'Slip Gaji' dari Hai O boleh digunakan kalau korang nak apply loan rumah and so on. So laku macam slip gaji kita tau. 

Baru 5 sebab! Tapi kalau nak cerita lebih lagi memang boleh. Lebih dari 10 boleh di listkan. Hehe.. Alhamdulillah saya dipertemukan dengan business ni. Lagi satu yang saya belajar, selagi kita buat, kita akan dapat hasilnya, tapi, kalau kita tak buat, memang tak dapat apa-apa. Saya rasa rugi sangat kalau kita dah jumpa business ni, tapi kita tak buat betul-betul. Ramai yang dah success dengan business ni. Dalam business, hanya yang mampu bertahan akan berjaya! Moga saya dapat bertahan dan mengecap kemanisan kejayaan itu. InsyaAllah..Amin.. (",)

I'll be more than happy to share with all of u how to start ur own business with Hai O. Modal memang flexible. Yang penting kita bermula. Selagi kita tak bermula, selagi tu kita takkan dapat apa-apa result. Trust me!! (",)

Love,
Nornadia Salmee Salehuddin

No comments:

Post a Comment