Tuesday, April 28, 2015

Kenapa perlu nak buat simpanan?

Assalamualaikum readers...

Beberapa soalan saya nak tanya pada anda semua. Berapa ramai yang reserve duit gaji untuk simpanan? Berapa ramai juga yang memang langsung tak pernah buat saving? Berapa ramai yang memang tak cukup duit nak buat simpanan? 



Saya dibesarkan dalam family yang memang diajar untuk menabung. Arwah opah dan arwah ayah memang sangat suka buat saving. Pesan opah saya, simpan duit dan kurangkan hutang, itu basic fundamental untuk financial planning. Hebat tak arwah opah? Opah hanyalah cikgu lulusan darjah 6, tapi mempunyai pengetahuan am yang sangat luas! Awesome opah!!! I miss u! 

Ok berbalik pada simpanan tadi. Actually, terus terang saya cakap, masa kecil saya tak ada duit simpanan pun. Sebab masa kecil hidup agak susah, belanja apa yang ada sahaja. Itu pun memang cukup-cukup. Cuma, kalau nak beli sesuatu, saya dan adik saya akan kumpul duit belanja masing-masing untuk dapatkan barang tersebut. 

Bila dah kerja, saya memang berazam untuk buat simpanan. Masa tu gaji permulaan basic RM 2510, nett dalam RM 2100 macam tu. Dari jumlah yang ada tu lah saya aturkan duit saya. Ha arwah opah pesan, 25% daripada gaji wajib utk saving, 35% untuk bayar keperluan, 25% untuk makan minum, 15% untuk miscellaneous item (cthnya, kereta rosak ke, nak tukar tayar baru ke, nak tgk wayang ke dan sebagainya). Ha hebat tak opah? Hehe.. Saya memang ikut pesan opah. Lagi satu pesan opah, jangan lupa bagi duit dekat mak ayah walaupun RM 10! Saya ingat lagi, monthly saya bagi parents saya RM 100 seorang. Bila lebih, RM 150 seorang. Tapi bila bonus, hehe... Rahsia!! (",) sebab saya percaya setiap apa yang kita bagi pada parents kita, ada berkat di situ.

Ok.. Berbalik pada soalan pokok tadi, kenapa perlu ada simpanan? Ok tak perlu cerita pasal orang lain, saya cerita pasal diri sendiri sahaja. Pertama, kalau kita ada simpanan, kita akan ada peace of mind! Yessss..again saya cakap, peace of mind! Sebab apa? Sebab kita akan rasa ada safety net and at least kita ada back-up untuk apa juga future plan kita. Contohnya, tiba-tiba nak tukar profession dari makan gaji kepada working-at-home-mom ke, atau sebagainya. Savings give us options in life! (",)



Kedua, ada duit lebih, bukan untuk kita seorang nak belanja! Ada duit lebih, boleh bantu orang lain yang perlu especially parents, anak-anak, siblings n mereka yang lain yang lebih memerlukan. Sebagai contoh untuk education anak kita nanti. Ya lah, in the future, cabaran untuk dapatkan scholarship atau pinjaman pelajaran adalah terhad. Jadi, kalau kita sendiri tiada back-up plan, macam mana kita nak bantu anak-anak kita nanti? Kita mungkin dah lepas dan cukup segalanya, tapi anak-anak kita, belum tahu lagi macam mana kan. 



Ketiga, duit simpanan membantu kita untuk dapatkan barang idaman kita. Ok, apart from branded items, tidakkah kita mahu memiliki sebuah rumah untuk keluarga kita? Biar kecil tapi milik kita kan? So at least bila kita ada sedikit simpanan boleh lah kita modalkan untuk dapatkan sebuah rumah untuk keluarga kita. Seronok tak kalau macam tu? Mestilah seronok. Masa saya dapat beli rumah pertama saya tu, memang perasaan dia happy sangat! Siap cakap kat parents, " Ha, ibu n ayah nanti boleh lah datang tidur rumah Dia. Nak duduk terus pun boleh!". So memang seronok tau. Jadi, fikir-fikirkan, sampai bila kita nak menyewa hak milik orang lain? (",) 



Keempat, simpanan membantu kita untuk bebas hutang! Cuba bayangkan kalau kita tak ada simpanan, sudah pasti lah kita akan sentiasa berhutang seumur hidup!!! Kereta hutang, rumah hutang, hutang kahwin, hutang personal loan, hutang kredit kad dan sebagainya. Actually, hutang ada 2 jenis hutang. Good debt and bad debt! Antara contoh good debt adalah housing loan, business loan dan apa juga loan yang boleh membawa positive value pada kita. Bad debt pula loan yang tak bagi manfaat pada kita, contohnya, loan credit card yang disebabkan oleh perbelanjaan kita yang lebih dari sepatutnya, loan kahwin, loan kereta dan sebagainya. Kalau kata kita ada extra saving, boleh lah kita singkatkan loan duration kita. Jadi, tak adalah lama sangat berhutang kan? (",) 



Kelima, ha simpanan membantu kita di hari tua nanti. Ok, kita ada KWSP. Tapi, itu pun kita boleh keluarkan bila umur kita dah 55 atau 60 tahun! Siapa nak kerja sampai 60 tahun kan? Hidup ni terlampau singkat untuk kita hanya habiskan bekerja. Ada banyak lagi benda nak explore kan. Tapi, kalau kita tak ada saving, adakah kita akan ada option lain bila kita dah tua nanti? At least kita dah boleh buat calculation, by umur 40 tahun, kita dah boleh financial freedom! Itu target saya dan husband. 



Ok, itu reasons saya untuk kenapa kena ada simpanan. It might be different from yours, but, the bottom line is you must have a saving. Banyak atau sikit bukan soalnya. At least jadikan menabung sebagai habit kita. 

Tapi, ada juga mereka yang di luar sana yang memang tak boleh nak buat saving disebabkan gaji yang hanya cukup-cukup makan sahaja, taraf hidup pula makin naik. Di sini lah datangnya keperluan untuk kita buat side income. Ha nak pilih side income pun haruslah hati-hati sebab zaman sekarang ni pelbagai skim cepat kaya lah, pelaburan dan pelbagai lagi yang indah khabar dari rupa. So choose wisely ok! Macam saya sendiri, memilih untuk buat side income dengan Hai O di bawah kumpulan online, Professional Intelligent Network (PIN) and I'm happy to do so. Sesuai dengan jiwa saya yang muda remaja ni! Hehe.. Tapi, tak kisahlah apa pilihan korang, make sure analyse and evaluate dan lepas tu buat je terus! Sebab selagi kita tak buat, selagi tu kita takkan merasa kemanisannya! Lagipun umur masih muda, jadi gunakan sebaiknya! (",)

Love, 
Nornadia Salmee Salehuddin

No comments:

Post a Comment