Saturday, May 2, 2015

Best ke pakai Premium Beautiful?

Assalamualaikum readers…

Bila sebut je pasal Premium Beautiful korset, ada pelbagai reaksi yang saya terima dari customer dan orang ramai yang lain. Antara reaksi tersebut:-


  1. PB…tahu…korset yang ada Far Infra Red tu kan?
  2. PB…hmmm tak pernah dengar lah, tapi, macam best je result dia bila tengok testimony dari customer yang dah gunakan PB ni.
  3. PB…tahu…pricey kan harga dia?
  4. PB…value for money kak. Saya dah pakai bertahun korset yang sama.
  5. PB…I think Im in love with PB. Can’t live without it! 





Ha and the list goes on and on. Tak payah cerita pasal orang lain, saya cerita experience saya sendiri, nothing can be compared to our own experience right? Ok untuk saya sendiri, at first memang sangat skeptical. Ya lah…it is just a piece of undergarments! So what??? Harga mahal pula tu. Betul ke it really works? Dan macam-macam lagi pemikiran yang skeptical kan. Tapi, macam selalu orang dulu-dulu pesan, jangan condemn sangat, sebab selagi kita tak kenal, memang kita tak kan jatuh cinta kan. Serupalah dalam hal saya dan PB. ('',)


Actually, saya tahu tentang PB ni dah lama, back then in late of 2010. At that point of time, saya tengah pregnant anak yang pertama. Memang tengok wahhhh..cantiknya corset ni. Tapi a little bit pricey. Lepas tu, biarkan sahajalah. After deliver first child, biasalah memang cepat je kurus sebab breastfeed kan. Tapi saya still nak shape up certain part of my body, especially hip area! Memang sedikit melebar macam Great Wall of China ! Ok...exaggerate sangat kan...tapi, the truth is memang lebar! Ada terfikir untuk beli PB. Tapi masih lagi tak beli sebab ada orang cakap (orang yang tak pernah pakai PB bagi advice) tak payah lah, sama je macam pakai corset biasa. So beli lah pelbagai jenama yang ada di pasaran. Mahal-mahal juga brand yang saya beli tu. Mula-mula pakai memang selesa, as time goes by, memang pakai hari-hari. Tapi, yang tak bestnya, cepat lah lunyai kalau asyik pakai yang tu je hari-hari kan. 

Lepas tu, niat lagi dalam hati nak cuba PB sebab masa tu ada back pain. Terasa nak cuba PB juga. Sebabnya masa tengah buat EBM dekat office (pump session di office..heh), ada kawan saya ni, dia Geologist, beli PB untuk slip disc. So tanya lah dia ok ke tak. Then dia pun bagi a very good feedback lepas gunakan PB untuk slip disc dia tu.  Kebetulan pula, ada juga seorang lagi geng pump susu dekat office ni pun pakai PB juga. Dia pun ada masalah back pain. At the same time, rupa-rupanya, dia agent PB. So, dia kata boleh la beli dengan dia. Saya pun ok je lah nak beli dengan dia sebab dah alang-alang memang mencari. Tapi, lepas measure bagai semua, kawan saya ni pula busy sikit, so tak sempat nak dapatkan size PB untuk saya. Sudahnya, lepas 6 bulan tunggu, saya pun pregnant second baby. So bye bye PB, again. Susah betul nak dapat pakai PB kan? (",)

Sampai lah tahun 2013, saya pun deliver baby kedua masa bulan September. Masa tu memang dah lupakan PB, berpantang pun guna bengkung yang conventional tu. Tapi lepas tu, back pain datang lagi sebab breastfeed kan. Jadi, memang mudah sangat lenguh. Ada juga terfikir nak pakai PB, tapi, macam terasa alahai nak beli dekat siapa kan. At the same time, ada pula schoolmate ni, jadi agent PB. Terus lah PM dia tanya pasal PB. Esok lusa tu, kawan kepada schoolmate tu datang rumah dan terus share pasal PB. Masa tu baru lah tahu, kalau jadi agent boleh pakai PB FREE!!! Ha FREE?!! Siapa tak nak pakai FREE kan. Premium and Superbrand product pula tu! Ha terus sign - up jadi agent sebab nak pakai PB FREE! Heh...

Bila dah jadi agent, barulah dapat pakai PB!! Ha berapa tahun tu baru nak berjodoh?? Rupanya jodoh dengan PB sebab memang rezeki pakai FREE kan! Alhamdulillah... Bila dapat je sarung PB tu ke badan, terus rasa..... bestnya pakai!! Cantiknya bentuk badan!!! Seriously cantik. Husband pun puji! Masa mula - mula pakai tu, back pain memang bertambah sakit. Bila tanya kawan saya tu, dia inform, itulah healing crisis. Saya pun terus kan sahaja pakai di samping minum air yang banyak. After 2 weeks tu baru lah reda back pain tadi and makin lama makin hilang. Alhamdulillah. Selain dari tu, saya rasa badan saya makin kemas walaupun bila tak pakai corset PB ni waktu malam. Memang payudara and pinggul kurang sagging walaupun baru je lepas lahirkan anak. Paling tak sangka, susu badan makin melimpah pula bila pakai PB. Ada sekali tu, saya memang tak pakai PB sebab susu badan jadi banyak sangat dan cepat rasa engorge disebabkan penuh sangat dengan susu. Sampai sekarang, almost 1 year and half, saya masih menggunakan corset PB yang sama!!! Yang best tu, siap ada sent out for repair secara PERCUMA ke HQ! Best tak barang yang kita beli ada LIFETIME Warranty for Repair? Mestilah seronok! Boleh guna bertahun-tahun, compared to dulu, asyik lah bertukar ganti. Silap-silap bila tukar selalu sampai 2 - 3 kali, mahu dah sama harga dengan sepasang PB kan! Hehe... Sekarang ni, kalau tak pakai PB memang TAK BOLEH!!! Bila pakai, biarlah lasak je aktiviti seharian tu, memang kurang penat. Kalau sehari tak pakai, memang rasa tak selesa and seluruh badan rasa kepenatan sangat! Memang I can't live without PB lah! It sounds lame...but, that is the truth! Yang dah pakai, merasa kan effect dia memang akan terus jatuh cinta, sebab ini bukan corset biasa! Heh...



Jadi, itu lah experience saya untuk berjodoh dengan corset premium and superbrand, Premium Beautiful! Memang makan masa yang lama untuk berjodoh. Tapi, itu lah dia. Tak kenal maka tak cinta! Pada mereka yang di luar sana tu, kalau masih lagi berkira-kira nak beli atau masih lagi skeptical, saya sarankan untuk cuba dahulu! Bila dah merasai sendiri, barulah kita boleh buat penilaian kita sendiri! 




No comments:

Post a Comment