Thursday, May 7, 2015

Midas Touch...

Assalamualaikum readers...

Setiap hari Rabu memang para entrepreneur PIN serta beberapa buah lagi group akan bergabung di dalam satu kelas besar yang di beri nama TEAM DOLOMITE! Dalam Team Dolomite ni, kami akan berkongsi pelbagai ilmu dan mengambil pengalaman dari setiap CDM yang bertugas. Kadang-kadang topik nya sama sahaja, tapi, dari topik yang sama tadi, kita boleh dapat 1001 idea untuk menangani masalah yang sama! Ha hebat bukan? Mestilah hebat. Itu lah indahnya bila buat business secara berjemaah. Pengalaman dan ilmu yang dikongsikan adalah PERCUMA sahaja. Bergantung pada kita nak pergi ambil ilmu itu ataupun tidak. (",)




Semalam juga merupakan giliran PIN team untuk bertugas. Ha orang kuat PIN sendiri, CDM Cikcida yang turun padang untuk berkongsi ilmu. Memang WAJIB hadir lah kan! Walaupun memang dah selalu jumpa Syida untuk berguru, namun, saya tak pernah jemu untuk mendengarkan ilmu yang disampaikan itu berulang kali. Biar melekat sampai ke hati! InsyaAllah.. Menuntut ilmu kan dapat pahala yang tinggi. Heh...






Usai sahaja Syida memberi ilmu, tiba-tiba datanglah pula CDM Hajah Siti Rohana atau lebih mesra dipanggil Kak Ana. Saya langsung tak pernah jumpa Kak Ana. Selalu dengar cerita tentang Kak Ana dari Syida. Actually, Kak Ana ni merupakan mentor kepada Syida. So, memang Syida lah wajib untuk menuntut ilmu dengan Kak Ana, serta suami Kak Ana, CDM Abang Lan. 

Selalu dengar pasal kehebatan Kak Ana ni dari CDM yang lain juga. Kak Ana ni memang sangat di sayangi oleh business partners beliau. Seriously, she is loved by everyone!!! Semalam time Kak Ana sampai sahaja dekat kelas, ada satu perasaan sebak, sebab muka Team Dolomite HAPPY sangat bila melihat kelibat Kak Ana, sehinggakan ada yang berlari meluru memeluk Kak Ana sambil menangis kegembiraan. Saya pun tiba-tiba ada habuk di mata. Hehe.. Actually, Kak Ana agak lama juga menyepi sebab sibuk uruskan hal family, jadi, yang banyak membimbing kumpulan adalah suami beliau sendiri, Abang Lan. Tapi, semalam Kak Ana saja datang untuk menjenguk cucu cicit piut beliau menuntut ilmu. 




Ha, sampai je Kak Ana, slot kedua yang sepatutnya merupakan topik yang lain, terus digantikan dengan slot khas untuk Kak Ana! Beliau ni memang dikenali sebagai suara emas! Saya rasa bertuah sangat-sangat sebab dapat datang ke kelas semalam dan dengar sendiri ilmu dari Kak Ana. Kak Ana hanya bercakap tentang SEMANGAT sahaja. Tapi, subhanallah, kupasan yang di sampaikan oleh Kak Ana ni, merangkumi ilmu dunia dan akhirat! Seriously! Saya tak tahu macam mana nak cerita perasaan saya, what I share was that, yesterday's session was a food for soul for me!!! Alhamdulillah dan terima kasih pada Allah sebab dengan izin-Nya saya dapat hadirkan diri malam semalam dan terus dapat ilmu yang memang terus merupakan santapan rohani untuk malam semalam. 

Kalau korang tengok Kak Ana ni dari segi penampilan, korang akan kata, alah biasa je. Apa yang specialnya? Ha..itu untuk orang yang tak kenal Kak Ana. (",) Kak Ana ni merupakan seorang cikgu dan berasal dari Kelantan. Beliau dan suami beliau dah berkecimpung dalam business Hai O ni selama hampir 15 tahun! Dan product utama yang diorang focus adalah Premium Beautiful corset! Dari 15 tahun yang lepas! Ha, tengok betapa lamanya corset Premium Beautiful dan business ini berada di pasaran? Hebat ke tidak? Mestilah hebat kan. Orang yang berjaya dalam business ini, adalah mereka yang mampu bertahan!!! Ha nak betahan tu macam mana pula? Ha kena lah datang kelas, baru boleh dapat rahsianya. (",) 

Ok, back to Kak Ana. Kak Ana ni, memang seorang yang hebat! Nak tahu sebab apa? Hebatnya Kak Ana adalah kerana sentuhan emas beliau kepada business partners beliau. Kak Ana mampu untuk membantu rakan-rakan kongsi beliau untuk merubah kehidupan mereka 360!!! Ilmu business Kak Ana sangat luas, tapi, sikit pun Kak Ana tak pernah lokek untul share. Bukan ilmu business je Kak Ana share, tapi ilmu akhirat pun Kak Ana terapkan sekali bila sampaikan di dalam kelas. Memang terkena sahaja dekat batang hidung sendiri bila Kak Ana keluarkan nasihat-nasihat emas yang tersimpan rapi dalam diri Kak Ana! Kak Ana mampu untuk merubah seseorang itu dari Zero kepada Hero! Tapi bak kata Kak Ana semua pun dengan izin Allah! Satu perkara penting yang saya belajar dari Kak Ana ialah, jangan pernah kita meninggi diri hatta 1 mm pun bila kita kononnya berjaya, sebab itu semua hanyalah pinjaman dari Allah! Kak Ana ni, kalau korang nak tahu merupakan Jutawan ok!!! Ha.. Mesti tak percaya kan. Tapi, itulah hakikatnya. Kadang kala, ramai yang memperlekehkan dengan berkata, ada ke jutawan dari MLM yang masuk carta top 10 orang kaya di Malaysia? Heh.. Apa yang saya dapat katakan di sini, shallow minded sungguh mereka ini. Sebenarnya ramai jutawan senyap yang ada dekat Malaysia ni. Mereka ini sangat humble dan tidak mengejar nama, pangkat mahupun yang seangkatan dengannya. Itu lah baru orang kaya! Kaya wang ringgit, serta kaya budi pekerti! Tak perlu nak show off pun! Saya katakan ini, sebab, saya sendiri pernah berjumpa dengan keluarga-keluarga seperti ini (yang saya kenal ni bukan MLM pun). Mereka-mereka ni, memang kaya GILA!!! Pergi vacation ke, umrah ke, parents yang kaya ni, akan bawa anak menantu diorang sekali secara PERCUMA! Dan paling best, bukan naik economy class ye, tapi business class! I've seen these kind of families and diorang memang sangat humble!! Allah je lah yang tahu! Rumah memang mansion, tapi, kita dapat rasa keberkatan yang ada! 



Saya rasa bersyukur sangat-sangat dapat berkenalan dengan orang-orang begini. Sebabnya, dia akan membawa kita pada sikap yang lebih baik, contohnya, untuk belajar merendah diri, zuhud, bersyukur dengan apa yang kita ada serta jangan pernah harapkan orang lain untuk sanjung kita, tapi, hanya harapkan pandangan Allah pada kita. Dan itulah yang saya nampak ada pada Kak Ana dan Abang Lan. Mereka berdua ni mampu untuk mengubah orang-orang yang zero ni kepada hero melalui didikan mereka dalam business. Malam semalam barulah saya faham kenapa business partners Kak Ana dan Abang Lan ni sangat sayang pada mereka berdua! Mereka bukan sahaja mendidik partners mereka untuk berjaya, tapi, dapat menyentuh hati rakan kongsi mereka disebabkan sikap rendah diri mereka! Subhanallah! 


Again, saya sangat berterima kasih pada leader cum mentor saya, Syida, sebab tak pernah putus-putus mengajak saya dan partners yang lain untuk menghadirkan diri ke majlis ilmu. Alhamdulillah, memang rezeki sangat semalam! Hopefully, saya dapat attend lagi kelas-kelas yang akan datang dengan diberi izin oleh Encik Suami, yang merupakan salah satu rahmat yang terbesar dari Allah untuk saya, (",), terima kasih Zhafri (btw, time tulis entry ni, Zhafri tengah menge'teh' dengan schoolmate dia...tak apa...kita kasi can! Hehe). 

Hopefully, penulisan ini dapat membuka mata dan minda kita, insyaAllah. (",)





No comments:

Post a Comment