Monday, June 8, 2015

Sampai jumpa lagi Premium Beautiful

Assalamualaikum readers...

Lama pula tak update blog. Bukan apa busy dengan closing untuk bulan May 2015 hari tu. Bulan terakhir untuk closing ke Bangkok! Hehe... Alhamdulillah dengan berkat rezekinya dapatlah juga close trip ke Bangkok!! Terima kasih Allah. Hanya Allah yang tahu susah senang nak close kan sales untuk ke Bangkok ni. Macam mana pun tetap merupakan kenangan terindah. Now, I know how does it feel to fight for something! Kebergantungan kita pada Allah... Memang Allah sahaja yang tahu. 

Okeh.. Ada apa dengan title entry sampai jumpa lagi Premium Beautiful? Ha... Nadia dah tak buat business ke? Nadia nak pindah ke overseas ke? Nadia dah give up ke? Hehe.. No no no... Ha ada tanggungjawab pada rakan kongsi. InsyaAllah selagi Allah izinkan untuk bantu rakan kongsi, kita teruskan ok. Ha dah tu kenapa sampai jumpa lagi? Hehe.. Alhamdulillah.. Buat masa ini sampai tahun depan, memang tak boleh dah nak sarungkan my 'best undercover' garments sebabnya, again... IM PREGNANT!!! Wehuuuu.. Hehe.. Ini merupakan news yg sangat terkejut! Actually tahu pasal ni a few days before my birthday. Memang present sungguh! Alhamdulillah.. Ingat nak tutup kodai dengan 2 orang boys ni. Tapi ini lah yang dinamakan rezeki. 

Exactly, 1 year and 8 months saya conceive semula. Sama macam waktu conceive Zarif. Tepat 1 year and 8 months! Hehe.. Macam auto pula badan ni ya. Apa-apa pun syukur. Saya ni bila pregnant memang rezekinya susah. Bukan time pregnant je, time beranak pun rezekinya susah. Tapi, Alhamdulillah.. Itu ketentuan Allah. Adalah bahagian kita masing-masing di sebalik tiap kesusahan. Memang morning sickness dari pagi sampai ke malam! Allah hai.. Macam manalah nak close kan sales untuk trip Bangkok tu. Tapi, saya kuatkan juga semangat untuk complete kan, regardless of anything! Yesss... Anything! Memang baby ni bakal seorang fighter lah! Hehe.. Alhamdulillah.. Saya memang ada semangat untuk sentiasa kuatkan diri sendiri walaupun memang suka menangis! Bayangkan main netball, kalah, call arwah ayah... Ngadu kalah and siap nangis bagai! Hehe.. Mungkin diwarisi dari ibu ku yang memang kuat semangat! Hehe.. Terima kasih ibu! Love u! (",) 

Ha dengan segala kudrat yang ada, doa dari ibu, suami n semua, dapat juga complete kan Bangkok! Alhamdulillah lagi (how many times I have mentioned Alhamdulillah? Sigh..). Tapi itu lah rezeki, datang dalam pelbagai bentuk. Kadang-kadang rasa diri ini hina dina, dosa bagaikan pasir di pantai, tapi, Allah tak pernah lupa untuk kurniakan rezeki kepada hamba Nya ini. Tiba-tiba habuk masuk mata... Terima kasih Allah... 

And now, after dah completekan projek Bangkok ni, terus ON PROJEK DUIT RAYA! Phewwww... Memang meletop-letop lah PIN POWER ni! Sentiasa memberi semangat untuk berniaga! Syukur!! Ok pada siapa yang masih lagi teringin or tercari-cari cara nak buat business boleh je contact sy bila-bila. Kita mengopi ke mengeteh ke before Ramadhan ni! Hehe.. 

Jom tengok gambar sekitar closing untuk Bangkok hari tu. BEST sangat bila buat business secara berjemaah ni!  (",)










1 comment: