Sunday, July 5, 2015

Cari Pusat Tahfiz untuk Di Bantu?

Assalamualaikum readers...

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, ha jom kita bawa-bawa tambahkan pahala akhirat kita. Heh.. This message is from a friend of mine, and to those who wants to offer any help or donation, can do so, it is very much appreciated! Pusat Tahfiz Darul Ulum memerlukan derma sumbangan ikhlas dari anda untuk membangunkan facility sekolah tahfiz mereka.(",)


Assalamualaikum wrt wbt dan Salam Ramadhan Al-Mubarak


"Sedekah itu memadamkan dosa, sebagaimana Air memadamkan api" Riwayat Musnad

Dato' / Datin /Tuan / Puan yang dirahmati Ilahi
semoga Allah kurniakan kesihatan, kedamaian, kebahagiaan & keberkatan di dalam keluarga,
perniagaan dan kehidupan di dunia akhirat..

Sebagai ibubapa pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz Darul Ulum, kami begitu teruja ingin mengajak sahabat-sahabat yang sgt murah hati bersama-sama kami menyertai program Waqaf untuk "Dana Pembangunan Tahfiz Darul Ulum, Seremban".

Untuk maklumat semua, Fasa 1 pembinaan kompleks ini telah siap dan telah dirasmikan pada Mei yang lalu. Seiring dengan Misi penubuhan sekolah ini iaitu..'Melahirkan Al-Hafiz Cilik Yang Professional', moga dapat direalisasikan bagi menerajui tampuk kempimpinan pada masa hadapan, Inshaa Allah.

Berikut adalah cara berwaqaf dan Infaq:
1. Sumbangan untuk Dana pembangunan dan pengurusan Kompleks Tahfiz- akan diberi Sijil Waqaf. Minimum RM50 satu bahagian.

2. Belanja pelajar Tahfiz dan anak-anak yatim melalui potongan bank sebanyak RM20 sebulan (70 sen sehari).
-Kempen WAQAF PENDIDIKAN RM20 sebulan (5 DALAM 1)
*TAJA : menaja anak yatim dan pelajar susah
*WAQAF : waqaf pembinaan Kompleks Tahfiz Darul Ulum
*BELANJA : belanja makan dan pembelajaran
*TARBIYAH : program pembangunan syakhsiah pelajar
*DANA : dana pengurusan dan pentadbiran

3. Apa jua jumlah sumbangan yang ikhlas...


Mohon sahabat whatsapp saya 'transfer slip' untuk rekod dan pemberian resit sumbangan dan sijil waqaf.

Jika anda inginkan maklumat lanjut, sila pm/ whatsapp di talian 0122981872.

Jom berwaqaf untuk diri sendiri dan juga buat insan tersayang sama ada yang masih hidup atau meninggal dunia. Semoga usaha ini dapat memberi Pahala yang berterusan walaupun kita sudah tiada.

Mohon juga kepada sahabat semua untuk 'viral' kan informasi ini kepada semua 'contact' kalian. Semoga Allah s.w.t mempermudahkan urusan sahabat semua...Amin.

Segala bentuk sumbangan kewangan akan diberikan resit yang telah di sahkan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Islam. Resit dan Sijil Waqaf pula akan diberikan untuk sumbangan minimum RM50 bagi setiap bahagian.

Jika anda berada diluar kawasan (sebab saya bermastautin di Nilai, NS) saya akan pos/courier resit & sijil tersebut dan segala kos akan ditanggung oleh saya sendiri.

Di sini lampirkan bersama:

1. Surat memohon derma @ waqaf
2. Buletin Ramadhan
3. Taqwim Ramadhan


Aisyah











No comments:

Post a Comment