Sunday, August 9, 2015

Bila Nadia menjadi WAHM!

Assalamualaikum readers...

Hari ni dah 10 August 2015, hampir sebulan lebih la full - time bergelar Working At Home Mom! Best ke? Memang best... Apa yang best nya tu? Of course yang pertama sekali nya best sebab kita yang tentukan masa kita sendiri untuk bekerja. Tiada paksaan untuk bergerak ke office seawal mungkin untuk memastikan kita sampai tepat pada waktu bekerja. Dan tak perlu juga kita habiskan masa 8 jam bekerja di office walaupun hakikatnya, time yang kita optimize untuk bekerja tu, is much less than that. Betul kan? Heh...

Perkara kedua yang best adalah, u can choose where your 'office' is everyday! Ha best ke tak bila kita ada option macam ni? Contoh hari ni, saya hanya bekerja di SOHO saya sendiri yang agak bersepah sedikit ni. Heh.. Kalau hari yang rajin sikit, lepas hantar Zikri pergi school, keluar kejap breakfast and sambil buat apa-apa yang patut dekat kedai yang saya breakfast tu, dan sememangnya kedai tu kena lah ada Wi-Fi! Heh...



Next, apa yang best? Ya kadang-kadang, saya memang angkut anak-anak pergi kerja bersama contohnya nak pergi post barang ke, pergi ke stockist ke dan sebagainya, kecuali keluar appointment dengan client. Ha sebab apa ni best? Sebab ada orang teman untuk pok pek dalam kereta dan lepas tu, selalunya saya bawa anak-anak pergi berjalan. Anak-anak pun memang syok lah sebab, selalu naik kereta. Budak-budak ni bukan nak pergi jalan-jalan beria sangat, cukup je lah nak bawa pusing-pusing naik kereta. Heh...

Lagi yang best adalah, otak kita sentiasa berfikir. Bukan kata pergi kerja office tak berfikir. Maksud saya, bila kita tak tertakluk pada masa bekerja dan pressure dari kesibukan bekerja di tempat kerja, kita ada banyak masa sikit untuk berfikir tentang Sang Pencipta, tujuan kehidupan kita, apa sumbangan kita pada masyarakat, aku nak mati dalam keadaan macam mana, macam mana nak improve lagi hubungan kita dengan Allah dan manusia dan sebagainya. So banyak masa lapang untuk berfikir sambil mencari ilmu yang diperlukan. Saya pernah terbaca setiap para Nabi memang Allah takdirkan mereka untuk menjadi pengembala kambing. Kiranya, training ground untuk para Nabi ni, sebelum diangkat menjadi Nabi. Ha kenapa pengembala kambing? Salah satu sebabnya, bila jadi pengembala kambing, kesabaran itu dapat ditanam dalam jiwa para Nabi. Selain dari itu, ketika sedang menunggu kambing meragut rumput di padang yang luas itu, si pengembala akan punyai masa dan pandangan yang luas untuk mereka mengenal diri mereka sendiri serta Pencipta mereka. Kiranya proses pemikiran secara lebih luas bila kita punya banyak masa untuk berfikir dan tidak terkejar-kejar dengan kehidupan yang saya kategorikan sangatlah sibuk bila bekerja di KL ni! Itu pendapat saya, memang busy sangat! Penat dengan jem dekat jalan dan sebagainya. Itu saya lah. Mungkin tak sama dengan anda semua. (",)

Selalunya bila orang cakap Working At Home Mom ni, tak adalah kerja sangat and duduk rumah je. Sebenarnya tak. Still keluar rumah juga untuk urusan post barang, jumpa client dan partners, cumanya bukan hari-hari keluar. dalam seminggu adalah 4 hari je yang keluar, itu pun bukanlah sampai 10-12 jam sehari. Paling lama 6-8 jam. Itu memang rekod paling lama! Itu pun jarang sangat. Hehe.. 

As of now, saya enjoy dengan life baru saya as WAHM. Punya lebih banyak masa untuk perkara yang kita rasa perlu. Cumanya ialah, income kita bergantung pada hasil usaha kita. Tapi adillah, kalau rajin, dapatlah lebih kan, kalau kurang rajin, kurang lah sikit, tapi, yang pasti setimpal dengan apa yang kita usahakan. Betul kan? 

Bagi sesiapa yang nak mencari alternative untuk buat side income, boleh lah PM saya di 017527917 and kita borak-borak santai macam mana nak generate side income secara online. Ok nak siapkan sup untuk Zikri. Si kenit tu demam pula. Tak dapat nak pergi school. Tapi dalam tak sihat tu tetapp bergaduh dengan Zarif kat atas tu. Hehe.. Haish..anak oiiii... Ok jumpa lagi untuk next entry. (",)



No comments:

Post a Comment