Friday, August 21, 2015

Melayari BAHTERA!

Assalamualaikum readers...

Melayari Bahtera Merdeka kah? Oh tidak... Sebaliknya melayari Bahtera Bumipreneurs of Tomorrow. Heh.. Ha program apa ni? Ok actually, program Bumipreneurs merupakan salah satu inisiatif yang menyediakan platform yang terbaik di mana matlamat utamanya adalah untuk menangani information gap untuk para usahawana. Program ini turut dapat membantu usahawan melonjakkan business mereka melalui maklumat perniagaan pintar, strategi penjenamaan yang berkesan dan seirinf dengan penggunaan teknologi yang tepat. 




Program Bahtera ni PERCUMA sahaja. Ada pelbagai Zon yang disediakan. Ada dalam 6 Zon. Kalau nak tahu details semua Zon yang ada, ha boleh klik sini. Program Bahtera berlangsung selama 2 hari, dari 19 - 20 August 2015 dekat KL Convention Centre. Tapi, saya sempat join untuk 1 hari sahaja, which is session semalam sahaja. Saya join Zon Bual Bicara. Memang untuk Zon Bual Bicara ni, sampai ke petang penuh dengan talk. Tapi, saya memilih untuk pergi 2 session sahaja sebab yang 2 ni memang favourite lah kiranya. Actually, semua session pun best, tapi, den ponek sangat tak tahu kenapa. Maklum lah, ibu mengandung kan. Cewah..memang alasan sungguh, tapi, memang penat! Hehe.. 



Saya pergi Program dengan member dari PIN. Ha siapa lagi kalau tak dengan Zul, Syida, Kak Mahani, Mar & Danis. Ha ni kira geng lah dalam PIN ni. Walaupun kami ni sidelines dalam PIN, tapi, memang geng lah. Boleh di kategorikan sebagai geng Gossip Girls macam tu. Hehe.. Memang sekepala and boleh lah dijadikan kawan baik. Syukur sangat, sebab dalam business ni, sentiasa dipertemukan dengan mereka yang sangat ikhlas untuk membantu each other meningkatkan sales kumpulan masing - masing. Tak pernah lokek ilmu walau seinci pun! Itu merupakan salah satu faktor kekuatan PIN, iaitu ukhwah antara kami. Cewah... dah macam ustazah pula. Kamilah peniaga yang Pakar berniaga Premium Beautiful secara ONLINE! (",)







Okay, back to our Bahtera Program, saya sempat untuk join session Irfan Khairi dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Untuk session Irfan Khairi (IK) ni memang bestlah, sebab it related to our core business which is online business kan. IK ni memang expert untuk Online Business ni. Title untuk talk dia adalah "Tips Jana Keuntungan dan Kekal Relevan Melalui Social Media". Walaupun session dia hanya dal am 60 minit sahaja, tapi, information yang disampaikan memang cukup padat! Seriously, banyak sangat ilmu baru yang dipelajari semalam! Beliau share macam mana nak bermula Online Business, apa yang perlu dibuat, apa yang bagus, buat branding sendiri and bermacam lagi! Tapi yang paling saya ingat adalah, perlu ada tabiat keusahawanan! Apa tabiat yang dimaksudkan tu? Ha, apply apa yang kita belajar dan lakukannya setiap hari sehingga ianya adalah tabiat! Lagi satu yang paling penting RAHSIA BESAR untuk kejayaan dalam business adalah ILMU! Memang kelas ilmu tak wajib untuk kita hadir, tapi, nak berniaga wajib ada ilmu kan? So memang kena belajar! Tiba-tiba terus rasa nak sign - up kelas dengan IK ni dekat OUM! Hehe.. insyaAllah ada masa dan peluang nak juga kan. Learn from the BEST!



Next session was, food for soul by Ustaz Don Daniyal! I don't know why, but, dari dulu lagi, I always pray, Zikri or Zarif jadi 'alim macam Ustaz Don or Hafiz macam Hassan Din. InsyaAllah kan, tapi, yang penting, kalau kita nak anak kita HEBAT, kita sendiri kena jadi ibu yang HEBAT juga kan? Huhu... Banyak yang saya kena improve lagi untuk itu (Sambil menarik nafas dan menghela nafas tersebut). Best sangat pasal session Ustaz Don ni adalah penceritaan dia. Memang semua kisah yang beliau share semalam adalah tentang Nabi Muhammad (SAW) and his companions! Subhanallah... Beliau bercerita tentang Saad Al - Ansari, Abdurrahman bin Auf, Usman bin Affan dan cerita-cerita teladan yang lain. Antara cerita yang saya suka dari Ustaz adalah tentang Saad Al - Ansari. Kata-kata yang paling saya suka dalam cerita tersebut adalah, "Tangan yang dicintai Allah, adalah tangan yang mencari rezeki yang HALAL untuk keluarganya". Deep sangat kan maksudnya. Tapi itu lah dia, terus terfkir cukup HALAL kah rezeki yang saya cari selama ini untuk family? Moga - moga Allah menerimanya... Amin... Lagi satu, paling power quote dari Ustaz Don adalah "Berniaga POWER, tapi, ibadah kena LAGI POWER!". Allah hai... ini pun banyak nak kena improve! InsyaAllah... akan diusahakan lagi! Amiiinnn... (",)



Ha lepas habis session tu, geng PIN terus pergi lunch bersama, sambil discuss pasal session tadi. Pergi makan dekat dengan area Aquaria tu. Memang penuh sangat, alhamdulillah lepas beratur dalam 15 minit dekat Kenny Rogers tu dapat lah seat. Memang sedap sangat pula ayam Kenny Rogers tu, maklum lah, lapar betulkan. Heh...

Rasa best and happy sangat dapat join program semalam. Tak sabar nak share dengan partners yang lain. Sebab ilmu yang ada tak susah pun, cuma perlukan masa dan konsisten dalam mempraktikkan ilmu yang kita belajar tu walaupun sedikit. Alhamdulillah Allah lorong kan hati untuk buat business. Dalam business, kita akan sentiasa improve and upgrade kan diri kita dari setiap aspect, baik dari segi kebersihan hati, jiwa, positive thinking, ibadah kita dan sebagainya. No wonder lah rezeki itu 9/10 dari berniaga, sebab nak berniaga, hati dan jiwa kena sentiasa bersih dan baik, dan bila kita sentiasa jaga itu semua, insya Allah murah sangat rezeki kita. Dan murahnya rezeki itu bukan dari segi wang ringgit sahaja, hati yang lapang, jiwa yang tenang juga merupakan rezeki yang terhingga. Ha last sekali, before ciao dari KLCC mak buyong give herself a treat! An ice cream for this mommy and her baby!! Weeehuuu.. 




Sampai sini dulu, nanti next entry kita cerita lagi. Esok nak zas ke JB untuk wedding BFF! So nanti kita update juga bila rajin ok! 

Want to be part of PIN Family? Contact me at 0175279717 or FB: Nornadia Salmee Salehuddin or Email: nornadiasalmee@gmail.com





No comments:

Post a Comment