Tuesday, January 26, 2016

Aqiqah untuk Naila Syifa

Assalamualaikum readers...

Alhamdulillah, hari ke - 7 lepas melahirkan my newborn, terus buat tahnik, cukur rambut and aqiqah sekali. As of now, belum lagi miss untuk follow the sunnah since semua anak-anak pun bila lahir, hari ke - 7 tu akan jatuh Sabtu or Ahad, so bertambah mudah lah untuk terus buat semua perkara tadi, Alhamdulillah. (",) Masa buat majlis untuk Naila ni, hari tu juga merupakan hari arwah ayah pulang ke rahmatullah 3 tahun lepas, 9 Januari 2014. Sekejap je masa berlalu. Kalau arwah ada mesti dia happy, sebab baby girl dia dapat baby girl! Hehe... Dia rindu ayah... (",)

Get ready for bald head! Hehe...


Kali ni, macam time Zarif juga, berpantang dekat rumah je. Ibu ada juga ajak balik Ipoh pantang sana. Tapi, nak menyiapkan barang - barang nak balik Ipoh untuk 3 kids and 1 adult, memang mak tak mampu. Malas pun ya. Hehe... Mahu jadi macam bawa serumah ke Ipoh. Hehe.. So the best, pantang dekat rumah sendiri je. So, buat majlis pun dekat rumah sendiri saja hari tu. Actually, saya memang suka buat makan - makan n kenduri kecil - kecil dekat rumah. Orang kampung kan, memang suka gather dengan family and jiran - jiran tetangga sambil menjamu makanan dekat diorang. Hehe.. 

Alhamdulillah, kali ni ambil caterer yang sama macam Zikri and Zarif juga. Acik caterer ni memang superb lah masak daging kambing black pepper! Memang terbaik mak cakap! Antara lauk yang di order untuk majlis adalah, daging kambing black pepper, daging kambing masak kari, ayam goreng rempah, lemak nangka dan udang, ulam - ulam, kuih2, buah - buahan dan  air. Maaf lah ye, gambar khemah dan makanan tak sempat nak ambil sebab tak ada photographer rasmi. Hehe..

Majlis bermula dengan acara tahnik dan cukur rambut. Kitorang minta Imam Abas untuk execute tahnik dan cukur rambut. Imam Abas ni juga yang tahnikkan and cukur rambut Zikri and Zarif. Dia actually imam dekat salah satu masjid dekat Subang Jaya, kira member Father In Law lah. Baik sangat orang nya dan sangat - sangat lemah lembut bila bercakap. Lagi situ imam ni memang pandai cukur rambut and at the same time handle baby time cukur. Sangat loving. Hehe.. Alhamdulillah. Masa nak cukur rambut cik kak Naila hari tu, nak dekat 4 kali breastfeed, heh, asyik lah nangis. sudahnya, settle bercukur sejam ok. Isk isk Naila ni, sabar je lah. Nasib baik Imam Abas ni cool jer. Dah habis semua, baca doa sikit and lepas tu kita makan.

Hmm..itu je lah cerita majlis tahnik, cukur rambut and aqiqah untuk Naila. Majlis habis dalam pukul 4 petang. Tapi, alhamdulillah, sampai ke malam, tetamu masih datang. Rezeki Naila agaknya sebab ramai yang datang melawat. Alhamdulillah.. (",) 

Dari experience saya dengan 3 majlis aqiqah untuk 3 orang anak, saya rasa kali ketiga ni adalah yang paling berbeza sekali. Alhamdulillah, kali ni rasa sihat sangat-sangat! Badan rasa lain sangat. Masa time Zikri and Zarif, memang rasa lemah and tak bermaya, lesu and penat bila time aqiqah. Ya lah,  hari ke - 7 lepas bersalin kan. Badan kita for sure masih lagi lemah and tak bermaya. Tapi kali ni, rasa sihat sangat dan boleh layan semua tetamu yang datang. Perbezaan kali ni adalah sebabnya saya first time berpantang dengan korset Premium Beautiful dan menggunakan pad Bio Seleza. 

Saya hanya nak berkongsi experience saya dengan mereka yang akan berpantang nanti. Nak cepat - cepat sihat dan cergas, memang saya sangat recommend untuk ibu - ibu berpantang dengan korset Premium Beautiful ni and Bio Seleza pad. Memang badan cepat rasa sihat dan cergas dan kita pun dapat extra energy. Jiran - jiran siap tegur lagi, bukan main sihat lagi sebab boleh layan semua orang yang datang. Hehe.. suka sangat sebab dapat layan semua orang, dan seriously, langsung tak rasa macam dalam berpantang. Hehe.. Lagi satu, lagi mudah kalau korang nak buka and sarungkan semula bila nak ke toilet. Tak perlu lilit - lilit belit dah. Hehe.. Dah ada yang mudahkan, why not guna kan yang mudah. Lagi satu, rasa cepat sihat sebab FIR pada korset Premium Beautiful dan pad Bio Seleza ni, membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah dalam badan kita dan dalam masa yang sama mempercepatkan pengecutan rahim di samping breastfeed. Makcik urut yang saya berurut ni pesan pada saya yang perempuan ni lepas bersalin, nak elakkan postpartum depression ni, kena betul - betul jaga rahim and make sure pengaliran darah dalam badan lancar so that, darah nifas pun dapat keluar dari badan dengan baik. Dan korset Premium Beautiful dan pad Bio Seleza ni membantu untuk menjaga rahim dengan mempercepatkan lagi pengecutan dan menaikkan rahim serta, melancarkan pengeluaran darah nifas.

Ok lah, itu saja yang saya nak share untuk kali ni. Alhamdulillah, hari ni si kenit Naila Syifa dah masuk 21 hari! Moga jadi anak yang solehah ya nak. Ibu tak pernah menyesal berhenti kerja untuk bagi lebih perhatian dekat korang semua. Hehe.. Muah3... 

Imam Abas and Naila


Tahnik bermula



Acara bercukur bemula



Naila dan pisau cukur...hehe..



Imam, Naila and Atuk



Cik Kak Arissa yang tomey!



Semua focus dengar tazkirah sikit dari Imam



Settle bercukur dan tahnik. Banyak juga rambut kenit ni



Naila habis bercukur



Hello.. I am Naila and I am bald! Hehe...



Abang Zikri...Big boy sudah!



Abang Zarif



Gifts dari guests yang datang. Ang pow pun manyak juga!

Ha glow and full with energy kan muka ibu?
Ha gunakanlah corset Premium Beautiful dan pad bio Seleza!





- Work From Home Mom -




Berminat untuk buat side income secara online?
Atau berminat menjana pendapatan dari rumah?

Boleh hubungi saya, Nadia, PIN Wellness Consultant





No comments:

Post a Comment