Wednesday, January 13, 2016

My Delivery Story

Assalamualaikum readers...

Ok. untuk entry kali ni, nak share pasal experience kali ketiga deliver baby. Ha walaupun dah 3 kali kan, memang betul orang cakap, setiap satunya berbeza baik dari segala aspek pun. Jom baca cerita dekat bawah ok, heh...

1 Januari 2016

Petang tu dah ada spotting sikit. Tapi, saya ignore sahaja sebab tak ada rasa sakit apa-apa. Ada certain orang, spotting, dah memang terus pergi hospital kan. Tapi saya relaks dulu bukan apa, time pregnant kan Zikri, sy pernah ada spotting masa minggu ke 38. Memang banyak sangat spotting yang keluar tu. Apa lagi, terus berderu ke hospital, tapi bila check dekat hospital, langsung tak ada sign of contraction kat CTG machine tu. Nurse check opening pula time tu baru 2 cm. Heh.. Sebabkan itu, O&G saya suruh balik rumah dulu n make sure lepas ada contraction baru datang ke hospital. So, the same thing juga lah saya buat untuk this time around. Walaupun dah ada spotting, relaks dulu, and make sure ada tak rasa contraction. Sampai ke malam tunggu, nan hado dan spotting pun dah stop. So malam tu, tidur dengan lena dan kelegaan sebab perasaan takut untuk deliver masih lagi ada! Heh..

2 Januari 2016

After solat Subuh dalam pukul 7 am macam tu, golek - golek lah dekat katil. Tiba - tiba, rasa macam sakit nak buang angin @ kentut. Saya rasa confuse sangat, tak sure itu adalah kentut ke apa. Time tu relaks lagi sebab nak make sure betul-betul apa benda tu. Then lepas tu hilang dah rasa tak selesa tu. Ignore je lah kan. Then time pukul 9 am tu, pergi toilet sebab rasa nak poo poo. Before poo poo check dulu ada spotting ke tak, tengok tak ada. Then poo poo lah macam biasa. So saya conclude kan yang sakit pukul 7 am tadi disebabkan angin tak lepas. Heh..

Pukul 10 am, rasa sakit yang sama macam pukul 7 am tadi recur. Masa ni, rasa dah tak sedap lah kan. Tunggu lagi sampai pukul 1015 am, recur lagi. Terus cakap dekat husband:

Saya: Awak, saya rasa macam sakit contraction jer. Nak deliver dah kot hari ni.
Suami: Ya ke? confirm ke? betul ke sakitnya tu? (tengah main game bola dengan Zikri)
Saya: Iyalah... eh eh eh... ingat orang main - main pula.
Suami: Ki... betul ke Ki nak dapat adik hari ni?

Eh eh eh.. main-main pula dia kan. Heh.. berdebar lah tuh. Hehe..ha, before nak pergi hospital tu, baru lah teringat Guarantee Letter (GL) utk delivery belum ada. Terus call AIA inform nak GL sebab nak beranak dah ni. Hehe.. Orang AIA tu pun gelak-gelak dengar dah nak beranak baru nak minta GL. Hehe..

Then, terus call in-laws pula, sebab nak hantar Zikri & Zarif pergi rumah sana. Ha masa nak siap - siapkan barang - barang budak berdua ni, contraction makin kerap, every 10 minutes. Huishh.. Menahan juga lah time nak mengemas tu. Huhu.. Lepas dah siap, makan dulu kurma, air zam zam, milo panas and roti pratha. Sambil makan, sambil tahan contraction. Hehe.. Then tunggu En Zhafri bersiap - siap. Dalam pukul 1130 am terus keluar rumah and arrive dekat SJMC dalam pukul 12 pm macam tu. In-laws pick up the boys dekat lobby hospital and saya naik wheelchair. Masa ni husband pergi park kereta. Before nak pergi delivery room tu, muka Zikri macam nak nangis. 

Ibu: Zikri ikut Wan eh. Nanti jumpa baby petang karang.
Zikri: Zikri takut ibu berdarah, takut ibu kena potong. Ibu jangan bagi doctor potong ya.
Ibu: iyer.. Nanti jumpa ya petang karang.

Then staf dekat SJMC tolak saya naik atas ke delivery room. Lepas masuk delivery suite tu, terus berdebar jantung saya. Takutnya nak beranak. Haishhh.. Sakitnya nanti. Lepas tukar baju, duduk atas katil, sambil bersila, terus berdoa, minta Allah permudahkan untuk kali ni. Previously, time Zikri & Zarif rasa sakit sangat n agak lama. Masa deliver Zikri, 11 jam, deliver Zarif, 7 jam. Tapi, paling sakit time deliver Zarif. Contraction dekat CTG machine tu sampai cecah 140 dB! Sakit oiiii. Memang berserah pada Allah je untuk dipermudahkan. Then, husband datang dekat bilik and saya suruh dia makan dulu, sebab takut lama nak tunggu. 

Time husband tengah makan and uruskan hal admission, nurse datang check dalam pukul 1230 pm macam tu, tengok opening baru 5cm. Hehe.. Saya ingat dah 7-8 cm kan. So tak apa, relaks dulu, ambil wudhu and sambil-sambil menunggu tu makan kurma and air zam zam sikit dan lepas tu mengaji surah Maryam. Berdebar dia Allah je lah tahu. Huish.. Then lepas dah masuk Zuhur, solat terus and lepas tu baring terus dekat katil. Nak hilang berdebar, buka tv and lepas tu tengok channel Raikan Cinta Che Ta dan Zain. Hehe.. Nak create mood happy kunun-kununnya. Heh.. Sambil - sambil tu mulut n hati dok berdoa dipermudahkan. Husband teman dekat bilik delivery sambil main game bola dia. Hehe.. Contraction pula tak lah kuat sangat dah. 20 minit sekali pula. Then, nurse datang check opening dalam pukul 230 pm, guess what? Opening still 5-6 cm! Huaaaa..2 jam, byk tu je buka. Adoii.. Risaunya lah kan. Then, doctor datang and pecahkan water bag untuk cepatkan bukaan. Lepas tu, contraction makin sakit pula. Paling tinggi dalam 80 dB. Hadoiii.. Kali ni, rasa macam sakit and tak berdaya nak tahan rasa sakit tu. Nurse datang lagi untuk masukkan drip sebab lepas check lagi skali opening 30 minit lepas tu, baru 6 cm. hadoiii.. Sakitnya bukan main, tapi, bukaan sikit je. Husband terus gosok kepala sambil baca doa. Setiap kali deliver saya mmg request husband gosok kepala sebab rasa lega sikit. Hehe..manja tak? Heh..

After awhile, cakap dekat husband, sakit sangat lah. Macam tak mampu nak tahan jer. Lepas tu husband tanya dekat nurse ada apa-apa options tak nak kurangkan sakit. Nurse pun bagitahu boleh lah pilih sedatif or epidural. After that, saya decide ambil sedatif. Masa Zikri & Zarif dulu, ambil happy gas je and badan pun mampu je tahan contraction yang datang. Tapi kali ni tak tahu kenapa tak dapat nak tahan pula sakitnya. Huhu..Lepas ambil sedatif tu still rasa sakit tapi rasa mamai sket so tak adalah focus pada rasa sakit tu. Tapi still sakit. 

Then lepas tu, nurse check opening lagi, tengok dah 7 - 8 cm. Allah hai masa ni sakit sangat - sangat and saya pun minta happy gas. Bila sakit je pakai happy gas! Then masa 420 pm tu dah tak tahan sangat, rasa nak berak sangat - sangat, n nurse check dilation dah 10 cm n doctor pun dah siap-siap datang. Actually masa tu mamai sbb ambil happy gas sekali kan, tapi bila dengar je nurse cakap ok dah 10 cm, terus segar, buka mata luas and dalam hati, "Ok Nadia, sikit lagi. This is the time! U can do it!" Hehe..

Alhamdulillah, lepas 2 kali push, terkeluarlah kepala baby! Huish.. Lega sangat. Then lepas keluar kepala push sikit utk bahu n uri pula. Masa tu, dah terus dengar baby nangis. Mulut terus cakap "Alhamdulillah Ya Allah! Alhamdulillah." kuat juga rasanya. Hehe.. Menangis sat. Then lepas tu, doctor jahit sikit and lepas settle tu, terus cakap, "Terima kasih doktor, terima kasih nurse, terima kasih banyak-banyak semua!" Hehe.. Saya memang hyper sket lepas beranak. Mulut bercakap jer. Adakah disebabkan effect happy gas atau perasaan yang terlampau lega n happy semua nya dah habis! Allah je lah yang tahu! Hehe.. Alhamdulillah.. Terima kasih Allah. Kali ni lebih mudah dari yang lepas - lepas. Terus menangis lagi. Menangis sebab Allah makbulkan untuk mudah sikit kali ni.

Lepas husband azan n qamatkan baby rasa nak nangis lagi sebab terharu ada baby girl! Alhamdulillah. Terus nurse passkan pada saya untuk breastfeed. Ya Allah, wanginya anak syurga ni. Menangis lagi. It was a very emotional moment for me! Time breastfeed tu, husband cakap ok ready untuk nombor 4? Haha.. Wakluuuu..memang ngek sangat tanya macam tu lepas deliver! Heh..

Alhamdulillah.. Syukur sangat pada Allah semuanya dipermudahkan. Terima kasih juga pada suami sebab teman saya untuk kali ketiga melahirkan anak. Alhamdulillah. Dan syukur sangat, kali ni 4 jam sahaja sakitnya. Phewww.. Terima kasih Allah. =) Deliver kali ini, saya tak kisah lah ambil sedatif or masuk drip ke apa, yang penting dapat deliver dengan selamat! Alhamdulillah.. Syukur sangat pada Allah. Okeh, next is confinement! InsyaAllah confinement kali ni would be the happiest one with Premium Beautiful Corset! Aminnn.. Hehe.. 


Alhamdulillah, 32 Years Old, 3 kids!

Safely delivered baby girl on 2 January 2016 at 430 pm!


Alhamdulillah our new bundle of joy!


My third delivery at SJMC! Thank you Dr Noor'aini and nurses!


Resting after delivery! Hooray!!

-Working at Home Mom-



Berminat untuk buat side income secara online?
Atau berminat menjana pendapatan dari rumah?

Boleh hubungi saya, Nadia, PIN Wellness Consultant

No comments:

Post a Comment