Tuesday, February 2, 2016

Bio Velocity™ Sleep Mate

Mesti ramai yang dah tahu mengenai pelapik tilam Bio Velocity™ Sleep Mate (BVSM) kan? Dan semestinya juga ramai yang dah pernah baca semua testimoni yang berkaitan dengan BVSM ye tak? Tak kurang juga yang mengatakan BVSM ini penipu dan sebagainya kan? (",)




Okay, bagi yang mana yang keliru dan tak pasti macam mana BVSM berfungsi, apa kebaikannya dan siapa yang patut cuba dan pakai serta pelbagai lagi persoalan yang bermain di minda korang tu, saya akan terangkan dalam entri kali ini. Jadi, lapangkan dada untuk baca lebih lanjut lagi untuk anda memahami BVSM lebih mendalam! 

Secara semulajadi, kitaran hidup kita adalah:-




Dan kita sebagai manusia yang normal, mestilah nak elakkan diri kita dari pelbagai sakit yang timbul masa kini. Memang sakit itu penghapus dosa, tetapi, sakit juga akan mengundang bermacam masalah atau impak bukan saja pada kehidupan kita, tetapi, ahli keluarga yang lain serta orang - orang lain di sekeliling kita. Kalau boleh semua orang nak "age gracefully" orang putih cakap. Maksudnya, membesar dari bayi, remaja, dewasa dan tua dalam keadaan yang serba sehat. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara ya tak? (",)

Apa - apa pun, kitaran hidup kita sudah memang ditetapkan dan kita tidak boleh mengubahnya. Apa yang boleh kita lakukan adalah melambatkan proses penuaan tersebut dan andaikata kita dah beumur pun, tak adalah penyakit kronik melanda diri kita kan? 




Dari masalah di atas inilah, BVSM menjalankan fungsinya. BVSM membantu untuk menguatkan badan kita dari segi sistem imunisasi badan, melancarkan peredaran darah dan sekaligus menambahkan lagi keseluruhan tenaga dalaman dan aura semulajadi badan kita.

Tak sama dengan tilam - tilam tenaga lain yang berada di pasaran (ada yang mencecah RM 10 ribu), BVSM tidak memerlukan tenaga elektrik untuk diaktifkan. Jadi, di mana juga lokasi korang, BVSM masih lagi boleh digunakan hatta di dalam kereta juga! Ha, memang handy sangat kan! (",)

Pasti ramai yang sangsi, macam mana pula lah pelapik tilam BVSM ini berfungsi dan mendapatkan tenaga? Ok jom saya terangkan dengan lebih lanjut lagi!


Fabrik BVSM

Pertama sekali, kita bercerita tentang fabrik BVSM ini. Fabrik BVSM ini merupakan fabrik anti dust & mite dan material fabrik ini diimport khas dari German. Oleh itu, pastinya tak akan ada fungus atau pun bakteria yang akan singgah atau hinggap pada pelapik tilam BVSM ini. Lagi satu, fabrik ini sangat kukuh dan tak mudah koyak. 



Tenaga  yang ada pada BVSM

Itu bab material & fabrik kan. Sekarang kita beralih kepada tenaga yang ada pada BVSM. Tenaga apa yang ada pada BVSM ni? Kalau tilam - tilam kesihatan atau tenaga yang lain berada di pasaran, semuanya menggunakan tenaga elektrik berserta elemen pemanas di bahagian dalam tilam tersebut. Tapi untuk BVSM, tenaga yang terkandung di dalamnya adalah dari tenaga cahaya matahari pagi. Ha?? Pasti korang masih terpinga - pinga kan? Kenapa dan bagaimana tenaga dari cahaya matahari ni ada pada BVSM? Macam yang kita tahu, cahaya matahari pagi adalah yang terbaik untuk manusia. Sinarannya mampu membekalkan vitamin D yang baik untuk kulit kita. Kalau bayi yang ada jaundice pun, sinaran cahaya matahari pagi digunakan untuk tujuan penyembuhan. 





Kajian mengenai tenaga matahari telah dijalankan berpuluh tahun lamanya. Seperti di Korea sendiri, lebih kurang 30 tahun kajian dijalankan tentang tenaga cahaya matahari pagi ini, ya lah, orang Korea dan Jepun adalah antara 2 bangsa yang gemar menggunakan 'natural healing' untuk perubatan mereka. 

Dari kajian yang berpuluh tahun tu, terhasil lah teknologi yang di panggil Bio Velocity yang membolehkan tenaga cahaya matahari pagi tadi di simpan di dalam garam. 

Kenapa garam? Okay, sebenarnya garam telah lama digunakan sebagai penyimpan tenaga cahaya matahari. Kalau dalam 'Renewable Energy', khasnya tenaga solar, 'molten salt' atau garam yang dileburkan digunakan sebagai energy storage. Garam - garam ini mampu menyimpan tenaga haba yang didapati daripada cahaya matahari tadi. Tenaga haba tadi kemudiannya diubahkan kepada tenaga elektrik untuk kegunaan seterusnya. Teknologi yang sama juga di aplikasikan pada pelapik tilam BVSM ini. 




Okay, bagaimana garam tadi kita simpan di dalam BVSM? Sebenarnya, garam akan dicairkan terlebih dahulu dan akan melalui pelbagai proses dan di mana akhirnya cecair garam tadi disembur di bahagian dalam pelapik tilam BVSM. Jadi, setiap inci dan sudut BVSM akan terdapatnya garam yang diproseskan tadi. Seterusnya, pelapik tilam BVSM ini dijemur di bawah cahaya matahari pagi sahaja selama sebulan. Selesai saja proses jemuran tersebut, pelapik tilam BVSM ini mempunyai segala kebaikan dari tenaga cahaya matahari pagi yang baik untuk setiap organisma dan mikroorganisma di atas muka bumi ini. 




Soalan seterusnya yang korang akan tanya adalah macam mana kita tahu yang BVSM tu ada tenaga yang kita ceritakan tadi? Okay, indikasinya senang sahaja, macam saya sendiri, dekat saja dengan BVSM, saya akan terus mengantuk dan rasa nak tidur. Bagi yang lain pula, contohnya suami saya, sebaik sahaja tidur semalaman dengan BVSM, terus demam keesokan harinya. Dan untuk yang lain, akan merasa sedikit warm, pening dan sebagainya. Kenapa kita akan berasa demikian? Sebabnya, tenaga dari BVSM cuba menyeimbangkan tenaga dalam badan kita yang sebelum ini banyak terdedah kepada radiasi, penat dengan kehidupan yang serba sibuk, makanan yang tidak berkhasiat dan sebagainya. 

Jom tonton demo-demo ini.





Dalam masa 10 saat saja, BVSM akan transfer tenaga yang terkandung di dalamnya ke badan kita. Itu baru 10 saat, kalau kata kita tidur 5 - 6 jam sehari dengan BVSM, pastinya result nya lebih menggemparkan! (",) memang akan rasa segar walaupun hanya tidur beberapa jam menggunakan BVSM. Refreshing sangat!

Kadang - kadang atau selalunya, kita ni memang susah sangat nak dapatkan tidur yang berkualiti. Dah lah seharian bekerja bagai nak rak, terdedah dengan pelbagai jenis radiasi, tak sempat nak senaman dan sebagainya. Oleh kerana itu, tidur yang berkualiti dapat memastikan badan kita sentiasa segar dan sihat. Di dalam tidur yang berkualiti ini lah, sel - sel dalam badan akan diperbaharui dan disesuaikan dengan sistem tubuh kita serta merehatkan dan membetulkan semula urat saraf dalam badan kita dan sekaligus melancarkan peredaran darah dalam badan kita. BVSM juga membantu untuk menstabilkan gelombang negatif dalam badan kita hasil dari kehidupan kita yang tak berapa sihat tadi. Seronok tak kalau hanya dengan tidur yang berkualiti, kita boleh mengurangkan peratusan untuk kita terkena pelbagai jenis penyakit dan membantu kita untuk awet muda? 

Tapi, tenaga kan benda yang tak boleh dilihat tapi, boleh dirasai kan. Pastinya ramai yang masih sangsi berkesan ke tidak BVSM ni kan?

Jangan risau, Sahajidah Hai O Marketing (SHOM) dah pun melaburkan duit untuk membeli patent Bio Velocity ini dan seterusnya membuat Research & Development yang lebih lanjut terhadap teknologi ini selama bertahun - tahun. Pelbagai clinical trial research telah dilakukan bagi memastikan tenaga cahaya matahari pagi dalam BVSM ini, berkesan ke atas manusia. 

Kalau ada antara anda yang berminat untuk mengetahu dengan lebih lanjut mengenai teknologi Bio Velocity ni, boleh datang ke HQ SHOM di Jalan Kapar, Klang, untuk baca sendiri dengan lebih mendalam research journals mengenai Bio Velocity ni, ada 7 jilid semuanya. 


Siapa yang patut mencuba BVSM?

Kesimpulannya BVSM membantu untuk:-

1) Meningkatkan metabolisme
2) Mengaktifkan fungsi - fungsi sel
3) Menggalakan dan melancarkan peredaran darah
4) Meningkatkan pertahanan badan dan memperbaiki sistem imun
5) Menstabilkan emosi, mengurangkan tekanan dan desakan
6) Meningkatkan keupayaan penyembuhan secara semulajadi
7) Melegakan kepenatan dan kesakitan badan
8) Merangsang dan menyelaraskan sistem saraf autonomik
9) Menggalakan fungsi jantung
10) Membantu untuk mendapatkan tidur yang sihat dan berkualiti






Saya juga ingin berkongsi ringkasan dari laporan kajian clinical untuk BVSM di sebuah universiti di Russia. Kalau ada di antara anda yang inginkan laporan penuh, boleh hubungi saya secara terus ya. (",)













Saya sendiri menggunakan BVSM untuk diri sendiri, suami dan anak. Tidur dengan BVSM memang membantu untuk saya bangun dengan segar walaupun tidur tak adalah lama sangat. Masa waktu kerja dahulu, balik kerja lambat, lepas tu nak uruskan keluarga pula, siapkan barang - barang untuk bekerja esoknya, breastfeed anak malam hari, tidur pun agak lewat dan kene bangun awal pagi. Memang memenatkan! Bila dah ada BVSM, memang rasa beza sangat, tidur malam lena sangat - sangat, macam power nap tu, tapi ini kita panggil power sleep ye, heh.. 





Lepas tu kalau untuk anak - anak pula, alhamdulillah membantu untuk diorang tidur lebih lena walaupun waktu tak berapa sihat contohnya selsema atau demam. Recovery rate dari sakit pun lebih cepat. Semua pun dengan izin Allah juga. (",)

Walau apa pun, penggunaan BVSM bukanlah menggantikan rawatan doktor, ubat dan hospital. Tetapi merupakan salah satu rawatan alternatif yang boleh di cuba bersama rawatan wajib dari doktor. Tidak salah mencubakan? (",)

Berminat? Hubungi saya secepat mungkin di 017-5279717!

-Work at Home Mom-




Berminat untuk buat side income secara online?
Atau berminat menjana pendapatan dari rumah?

Boleh hubungi saya, Nadia, PIN Wellness Consultant






No comments:

Post a Comment