Tuesday, August 9, 2016

Impian, cita dan harapan seorang penjual corset bernama Nadia!

Assalamualaikum readers...

Ha.. Panjang kan iols punya title. Hehe.. Headline biar kita kasi power lagi yo yo or! (",)

Pagi semalam, my mentor CDM Zul ada bagi task dekat kami PIN Mastermind untuk buat vision board masing-masing. Ha..kenapa nak ada vision board ni? 




Vision board ini sangatlah penting untuk kita mendapat gambaran jelas tentang impian yang kita nak capai! Memang best tau buat vision board ni, dia macam kita dok koya atau berangan nak macam-macam dalam hidup ni. 

Best kan berimpian, lagi best bila impian kita dapat direalisasikan!

Tapi perasan tak kenapa bila kita dah memasang impian tapi masih gagal untuk merealisasikan impian kita?

Jawapannya kerana impian kita tak cukup 'KUAT'

Mengikut padangan ahli psikologi:- 

"Apabila seseorang berimpian, otak kanan kita akan menerima dan mempengaruhi mood/perasaan gembira untuk kita bertindak!"

"Tetapi, proses tindakan ini selalu terbantut kerana push factor dari impian belum cukup kuat dan otak kiri masih mengganggu kita mencari 'logik' dalam impian kita!"

Kacau betul otak kiri ni! Hehe..

Jadi bagaimana nak selarikan impian kita dengan tindakan dan memastikan kita sentiasa bergerak ke arah impian kita?

Jawapan nya kita kene betul-betul tanam kan impian kita jauh dalam minda kita.

Sebagi contoh, pernah tengok orang tanam tiang atau buat piling? Semakin dalam piling ditanam, semakin kukuh sesebuah bangunan.

Bayangkan KLCC sebagai impian kita (I cannot run away from KLCC..hehe) untuk memastikan KLCC (impian) kita berdiri kukuh, piling kita mesti 2x ganda lebih dalam dari ketinggian KLCC (impian) kita!

Apa caranya utk pastikan impian kita kukuh dipasak kan dalam minda kita?

Kitalah yg kena sentiasa tanamkan impian kita. Macam konsep tanam piling tadi, kita kene ketuk setiap masa untuk masuk lebih dalam.

Macam mana nk ketuk impian utk masuk lebih dalam ke dalam minda kita?

Jawapan nya kita kena sentiasa mengingatkan diri kita tentang impian kita!

Di sinilah datangnya peranan Vision Board kepada diri kita. Vision board adalah gambaran secara visual untuk kita selalu ingat tentang apa yg kita nak capai.

Berbanding dgn kata-kata, tulisan atau hanya gambaran minda sahaja; vision board memberi hasil yang lebih kuat kerana kita akan lihat sesuatu yg sama setiap masa.

Setiap kali kita lihat vision board kita, otak akan ingat dan berfikir tentang impian dan tindakan! Masa ni la impian kita akan masuk lebih dalam dan kuatkan impian kita.

Bayangkan setiap masa kita duk merenung impian kita, agak-agaknya mampu tak diri kita utk menahan dari tak mencapai impian kita?  

So dah ada vision board, what's next?

Next, letak kan vision board korang pada tempat yang korang selalu lihat. Contohnya wallpaper handphone kita, workstation kita, buku catatan kita atau framekan dan diletakkan pada dinding rumah kita!

Tengok setiap masa impian kita!

Setiap kali rasa tak bersemangat gunakan vision board utk bakar semangat kita.

Semakin kita tengok & tenung, semakin kuat semangat kita utk merealisasi malah tak akan ada masa untuk berasa malas atau down!

Otak korang akan ligat berfikir cara tindakan untuk capai destinasi itu!

Tahu tak ade orang yg sanggup print sebesar2 alam vision board dia tampal di dinding rumahnya. Hasilnya impian dia lebih cepat direalisasikan berbanding mereka yg lain!

Pada saya, vision board ni seakan desakan kepada kita untuk bertindak! Manusia lebih mudah bertindak bila adanya desakan! 

Kesimpulannya, minda kita perlukan dorongan dan paksaan untuk sentiasa bergerak menuju impian. 

Tanpa usaha untuk mengingatkan minda kita, impian akan hanya tinggal kata2 sahaja, dan impian tidak akan pernah direalisasikan!

Jadi, di sini saya nak share vision board saya bersama korang semua! Doakan moga vision board saya ni tercapai!

In shaa Allah saya juga mendoakan semua impian dan cita-cita korang tercapai! (",)


Dalam mengejar impian kita, pasakan satu perkara atau ingatan, akhirat adalah destinasi terakhir kita. Gunakan dunia sebagai jambatan untuk kita ke akhirat! In shaa Allah. Dalam berusaha ingat satu perkara iaitu:-


Siapa yang ada impian? Jom buat vision board korang, dan sharekan dengan saya pada ruangan komen! Kita sama - sama aminkan setiap impian dari kita terealisasi! Amin... (",)



Berminat untuk buat side income secara online?
Atau berminat menjana pendapatan dari rumah?

Boleh hubungi saya, Nadia, PIN Wellness Consultant



No comments:

Post a Comment