Wednesday, July 12, 2017

New House atau Subsale?

Assalamualaikum readers...

Hari ni kan seronok tau sebab entah kenapa, terus set appointment dengan agen Sime Darby Property untuk tengok rumah idaman! Cewah...bukan lah rumah yang besar bak hang, tapi, yang meet our own requirements lah orang cakap. Orang kata kalau ada impian, kena lah Touch Your Dreams!


Rumah pertama yang saya beli adalah masa berumur 26 tahun dan ianya adalah dari Sime Darby. Sebenarnya tak adalah pandai sangat nak pilih property yang mana nak beli. Tapi, husband pilih Sime Darby sebab dia stay Subang Jaya dan Subang Jaya adalah salah satu kawasan township yang very well - planned dalam Malaysia! Jadi, macam kami, when we buy house, we not only buy A HOUSE but, we buy the township and the life that we want! So, kita kena tau, apa yang kita beli tu, berbaloi atau value for money unutk keperluan dan kehendak kita tadi!


Ok soalan seterusnya, subsale atau new house? Personally, sy tak pernah beli rumah subsale. Sy prefer new house! Before this sy dan husband ada a few properties yang kami beli direct dari developer, Sime Darby & MSSB. 


Kenapa?


Salah satu sebabnya adalah, kami suka area baru yang ada potential development dan kami 'beli' future! Kami 'beli' jiran, kami 'beli' ammenities, kami 'beli' kehendak dan keperluan kami. 


Next, kenapa new house? MODAL! Percaya tak kalau sy kata, modal untuk beli rumah baru sangat rendah, ya rendah sehingga ada yang ZERO modal! Sebagai contoh, rumah first dari Sime, kami beli masa umur kami 26, Rumah harga RM 620k, rumah endlot, kami hanya perlu bayar down payment RM 18,500 sahaja dan itu pun installment 12 bulan, RM 1500 dan itu pun share dengan husband. Itu je modal kami! FREE Legal Fee, Free MOT & No Construction FEE! Heaven kan? 


Ada satu lagi rumah dengan MSSB, apparment dekat Batu 3, modal yang dikeluarkan adalah RM 450! FREE Legal Fee, FREE MOT, but ada sedikit progressive payment untuk construction yang actually, sangat-sangat minimal, dalam RM 300 - 400 sahaja dan bukanlah every month pun.


Kalau rumah pertama sy tadi, beli 2009 tapi, hanya mula bayar monthly installment pada bank starting Nov 2011 after rumah siap! Ha jimatkan? 


Pada sy sangat-sangat jimat sebab sy tak ada modal yang besar untuk beli rumah. Macam rumah yang sy tengok pagi tadi, modal RM 10k saja untuk booking. Tapi lepas settle semua, Sime Darby akan bank in semula RM 10k tadi untuk hari Raya Diskaun katanya! Adoiii... mau tak tidur malam ni. Rumah pula siap lambat lagi. Jadi kurang beban dekat situ. (Malam ni mimpi rumah dulu lah! Hehe... )


Sebab tu kami suka beli rumah baru. Oh ya lagi satu, bila beli rumah direct developer perlu bayar legal fee untuk loan dengan bank, tapi, Sime Darby advise untuk guna legal diorang terus sebab boleh dapat 50% diskaun! Katakanlah legal fee untuk loan RM 17k, lepas diskaun, baru RM 8500 je. Jadi, jimatnya banyak lah sangat! 


Jadi, kalau korang  nak beli rumah, janganlah takut nak survey rumah baru. Pergi je tengok. Sebab, kadang - kadang, ada promo yang BEST GILA! Dan, katakanlah minggu yang korang pergi tu dah sold out, jangan lah risau, lagi seminggu datang balik, sebab kadang-kadang ada yang dah booking tapi, loan tak approve, so unit to release semula. 


Dan semestinya rumah baru BEST sebab BARU! Hehe... siapa lah tak suka benda baru? Dah lah yang tadi siap dengan finishing yang cantik dan WOW plus dah siap alarm system semua. 

Apa - apa pun pilihan di atas masing-masing. Ini cara kami untuk beli rumah impian secara mampu milik. Hehe... Lamanya dah tak beli rumah ... kita berimpian dulu. Mana tahu kalau ada rezeki kan. Moga Allah permudahkan! Hehe...


Oh ya, ada lagi satu area rumah yang sy suka, Setia Eco Glades! Cantik sangat! Ada sorang kawan tu baru beli area situ, sangat lah cantik rumah dia tu. BEST! Macam sy, kalau rumah untuk tinggal memang pilih area selain KL. KL terlalu padat untuk orang-orang luar bandar macam sy! Hehe... kalau korang nak beli rumah untuk invest amatlah digalakkan di KL. Sebab high demand kan. Hehe...

Apa - apa pun korang pilih je apa yang korang nak dan suit citarasa korang ok! =) 

Kenapa sy berani berimpian beli rumah walaupun tidak lagi makan gaji? Senang je jawapan dia, berniaga sebagai usahawan SHOM, atau usahawan Premium Beautiful Corset bersama PIN, kita akan ada bonus slip dari SHOM yang di hantar setiap bulan kepada para usahawan dan bonus slip ini adalah seperti pay slip ketika makan gaji dan ianya accepted by bank untuk loan approval! Yeehaaa... best atau sangat - sangat BEST? =)

Hopefully, sharing ilmu streetsmart kali ni bantu korang untuk berani pergi house showroom dan berimpian! Ini cara kami yang biasa - biasa saja. Ada ramai lagi yang hebat tentang ilmu hartanah. Anda boleh rujuk mereka juga tau! Hehe...

Thank you tau sebab sudi baca!


Throwback 2011. Masa ni baru dapat kunci rumah pertama kami! Baby mata sepet ni Zikri! Heh...


Ha ni lah rumah impian yang pergi tengok pagi tadi. Cantik sangat! Rumah impian sy adalah rumah terrace corner. Memang tak suka banglo sebab suka ada jiran! Heh...


The finishing is absolutely satisfying! Suka sangat!

Ha siap ada courtyard lagi. Boleh lah nak buat landscape sket konon kat sini! Hehe... berangan sungguh lah Nadia ni! Hehe...





Berminat untuk buat side income secara online?
Atau berminat menjana pendapatan dari rumah?

Boleh hubungi saya, Nadia, PIN Mastermind anda!





No comments:

Post a Comment