Monday, September 25, 2017

5 Tips Memulakan Perniagaan Online!

Assalamualaikum readers...

Hari ni nak share dengan korang, tentang tips basic untuk memulakan perniagaan korang sendiri. Ha kali Nadia nak share kan 5 je dulu ok. Let's check it out!

1) Mulakan dengan produk yang sedia ada


Contohnya Premium Beautiful Corset ni. Dah 20 tahun dalam pasaran dan produk pun dah sedia ada. Sangatlah memudahkan korang yang nak mulakan online business!


Yes... korang tak perlu nak tunggu ada produk sendiri baru korang nak mulakan business. Untuk newbies, byk benda yang korang perlu ambil kira untuk buat produk sendiri. Nak kena cipta jenama dulu, branding yg in shaa Allah memang makan masa yang lama! Bukan hari ni promote esk dah berjenama! = )

At the same time kena ingat sebagai usahawan takkan korang nak main redah dan terjah je nak buat produk sendiri? Tanggungjawab besar. Korang kena buat R&D dulu, dapat kelulusan dan sebagainya! 

Lagi pun, customer lebih cenderung untuk membeli produk yang mereka dah biasa nampak dan dah ada branding sendiri. 

Permulaan dengan menjual produk orang ni bantu korang untuk minimumkan risiko yg ada ketika berniaga. = )

2) Mulakan dengan menggunakan online medium PERCUMA dahulu!




Ada banyak online medium yang korang boleh pilih untuk buka kedai online korang. Kita ada FB, IG, Blog, You Tube, Tweeter, Whatsapp group, Telegram Group and etc.

Yang pasti PERCUMA DAHULU! Yang percuma ni, kalau gunakan sebaiknya, memang boleh dapat hasil yang vavavoom orang cakap! 

Belajar cara buat marketing dan bina branding korang sendiri melalui free medium ini! Tak susah kalau korang betul2 fokus! Cari identiti masing2 dan jangan jadi robot! = )

Ha kenapa buka robot? Since kita gunakan yg percuma, kita perlukan audience yang jatuh hati dan cinta dengan personaliti kita. 

So bina jenama korang dengan gunakan medium percuma ini dahulu! Later, dah ada duit extra boleh lah buat marketing berbayar! = )

3) Cari mentor untuk berguru tentang business



Ha pernah dengar malu bertanya sesat jalan? Ha sama juga la dalam business. Online ke, offline ke, WAJIB ada cikgu!

Kalau tak ada cikgu nak tanya siapa? That is why u need a mentor! Ok nak cari mentor macama mana? 

Ok, kita boleh pergi berpuluh kelas business untuk cari ilmu, dan memang kita akan dapat. Tapi, kita takkan ada mentor utk tegur salah dan silap kita dan juga guru yang akan menyuluhi perjalanan business kita through ups and downs!

Jadi pilihlah mentor yang berniaga dalam business yang sama macam kita! 

Kalau korang betul2 faham business, sistem dalam MLM dah ada wujud benda ni. Orang panggil upline and downline. Ini bukan saja2 ya. 

Upline penting untuk downline yang baru mulakan business! Sebab mereka konfem bermula lebih awal dari kita dan diorang pun dah ada pengalaman dalam berniaga. Jadi tugas korang sekarang pilih nak berguru dgn siapa! 

Ni penting. Sebab korang nak berniaga ni, so kena ada cikgu yang sentiasa bersama korang through ups & downs! 

Dengar cakap mentor dan bulat hati. Sebab diorang dah sah2 terbukti berjaya. So apesal kita tak mau dengar cakap diorang? Hehe..

4) Jangan kedekut untuk keluarkan modal hatta RM 10!


Ambil stok sikit untuk pakai dan sample! Modal hanya sekali seumur hidup!


Ya...nak duit besar, wajib keluar duit kecik dahulu! Ramai tau, semua nak business tanpa modal, tapi nak hasil besar! 

Come on. Heh.. dalam investment pun kita ada belajar, high risk high return, low risk low return, no risk no return lah jawabnya! =p

Jadi kenapa nak kedekut keluarkan duit utk berniaga? Walaupun korang buat dropship. Keluarkan lah sedikit modal untuk korang bermula dengan diri sendiri dulu. Untuk korang pakai produk dan rasa sendiri keberkesanan produk tersebut!

Kita bukan hanya nak jadi penjual sahaja. Kita nak jadi usahawan. Jadi belajar untuk keluarkan duit kecik untuk dapatkan hasil besar! = )

Modal duit untuk jadikan kita push factor untuk bergerak lebih ke depan! Kalau tambah lagi dengan modal insan, FUH! Meletop tau! 

Jangan jadikan modal sebagai alasan untuk korang bermula! = )

5) Konsisten




Terakhir, untuk tips mulakan perniagaan online adalah konsisten! Nampak perkataan yang mudah. Tapi, actually sukar untuk dilakukan!

Berapa ramai di antara korang yang baru je mula promote, lepas tu esok berhenti cuti, lepas tu bulan depan buat semula?

Ha kalau macam tu makin jauhlah korang dengan kejayaan! Ya kejayaan tak datang dalam sehari dua! Kejayaan datang bergantung pada sekuat mana usaha kita dan konsisten kita dalam mengembangkan perniagaan kita! 

Kenapa Allah suka dengan hambanya yang istiqamah? Sebab istiqamah ini sukar dan menunjukkan kesungguhan dalam sesuatu. Jadi kalau korang dah mula berniaga, sekarang istiqamah lah dalam marketing, menuntut ilmu business, merujuk mentor dan etc. 

In shaa Allah konsisten akan bantu korang terus maju dan bertahan dalam business! = )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Yes, itu saja sharing dari Nadia untuk korang yang nak mulakan online business. Yang penting mulakan dulu dan jangan bertangguh. Lagi lama kita bertangguh, lagi lamalah kita nak capai cita dan impian kita tu. = )

Moga bermanfaat ya!


Berminat untuk buat side income secara online?
Atau berminat menjana pendapatan dari rumah?

Boleh hubungi saya, Nadia, PIN Mastermind anda!






No comments:

Post a Comment