Friday, September 29, 2017

Digunjing atau dighibahkan? Nah... ini jawabnya ya

Assalamualaikum readers...




Digunjing atau dighibahkan bermaksud difitnah, dikutuk dan kawasan sewaktu dengannya. 

Just nak share tentang satu kisah ni. Ni Nadia ambil ibrah dari buku Hijrah dan juga satu video tentang Imam Hasan Al Basri. 

Dalam buku Hijrah by Felinna Nadea tu, dia ada share, kalau kita difitnah, dicaci maki, dihina, jangan pernah tengok kesalahan orang lain. Kita tengok balik pada diri kita dan kembali pada Allah. Ya hanya kembali pada kita dan Allah.

Semestinya apa yang berlaku ada hikmah buat kita. Itu cara Allah nak tegur kita supaya tidak mudah mendabik dada di atas muka bumi ini. Kadang2 kita tanpa sedar ada perasaan ujub, riak, takabur dan ghurur. 😊



Minta maaf pada Allah, dan doakan yang baik2 saja buat yang mengata kita, mengumpat atau sebagainya. Sebab apa2 pun pasti ada hikmah dari Allah untuk kita. 

Katakan ada orang fitnah dan mengumpat tentang kita. Kita pun tak tahu apa benda, tapi, orang sekeliling mula benci, jauhkan diri ke apa. Sebenarnya tak perlu explain pun pada mereka. Sebab memang Allah nak uji kita. Allah akan tutup telinga mereka dan mata hati mereka dari mendengar penjelasan dari kita. 😊

Sedihkan kalau keadaan macam ni? Tapi tak apa. Kita selayaknya pergi balik pada Allah dan bertaubat. 😊

Tahu tak ujian di fitnah, di caci, di maki ini paling best kalau kita cepat2 kembali pada Allah dan bertaubat. 

Kenapa cakap macam tu?

Ok nak cerita pasal Imam Hasan Al- Basri. Satu hari, Imam Hasan dapat tahu dia diumpat, difitnah dan dicaci oleh seseorang. Tau tak Imam Hasan buat apa?



Imam Hasan bawakkan sepinggan buah tamar dan bawakannya kepada tukang umpat keji caci maki tadi. Ha untuk apa? Sebagai tanda hadiah kepada tukang umpat keji caci maki tadi.

Ha hadiah? Ya lah hadiah lah Imam Hasan cakap. Beliau siap cakap lagi, sepinggan tamar ni pun takkan terbalas budi baik yang tukang umpat, fitnah, caci maki ni buat. 

Sebab apa? Sebabnya, orang ini begitu baik hati, menyumbangkan pahala solatnya, sedeqahnya, zikirnya serta apa juga amalan yang dia buat untuk hanya diberikan secara PERCUMA kepada yang difitnah dan dicaci maki tadi. 

Tanpa, orang itu buat extra ibadah pun. Terus dapat pahala FREE tadi. Allahuakbar!

Menangis tak kalau korang dapat ujian begini? Jangan menangis kalau kita difitnah, diumpat, dicaci dan dimaki. Itu tanda Allah syg dekat kita.

Allah nak kita baiki lagi diri kita. Ubah jadi lebih baik sebab Allah prihatin pada kita. 😊

Allahuakbar. 

Menangis tanda syukur lah kita semahunya, untuk setiap ujian tadi, sebab, apa lah hebatnya kita sampai Allah nak bagi ganjaran pahala orang lain utk kita? 😭

Baiknya Allah dengan kita.😊

Makanya jangan la terlalu ambil pusing kalau orang tak suka kita, atau kawan2 lari jauh meninggalkan kita. Sabar. Sebab yang penting Allah sentiasa bersama kita bila kita sentiasa ingat dan kembali pada Dia.

Ini antara ibrah yang Nadia rasa happy dan nangis bila baca dan dengar. Rasa, baiknya Allah. 😊



Alhamdulillah. Tu saja sharing untuk malam ni. Tak ada niat lain. Hanya utk sharing dan juga maybe ubat hati korang yang sedang diuju. Wallahualam... 😊

Minta maaf kalau ada yang terasa menyampah dengan Nadia. Ikhlas dari hati untuk sharing.😍

No comments:

Post a Comment