Saturday, September 30, 2017

First Love!

Assalamualaikum readers...

Hari ni alhamdulillah hari last untuk closing September. Congrats to all partners! Moga kita usaha lebih kuat lagi tau untuk bulan October. Then masa dok tergolek tergadak dengan anak2 ni, baru lah teringat... alamak lagi 2 hari nak anniversary ke 8 tahun! Macam tak percaya je dah nak masuk 8 tahun! 

Nadia ni manja dan anak ayah, never ever thought I would be someone's wife and a mother. Alhamdulillah... =)

Tapi, tahun ni, kitorang tak dapat celebrate pun sesama. Sebab Zhaf di perantauan! Wah macam hari raya sangat kan. Hehe.. so decided to blog about our journey of relationship, so adalah post rentetan selepas ni! Haha..

Korang baca lah kalau nak baca. Heh.. ok... actually Zhaf adalah boyfriend pertama dan terakhir (in shaa Allah.. hehe..) We met when we were 21 years old. Nadia memang sejenis yang tak kawan dengan budak laki sangat. Kalau kawan pun hoi2.. kau apa hal. Hehe..

Zhaf ni pun terjumpa kat UTP. Dia batch lain. Batch January. Iols batch May. Dia batch budak pandai al maklumlah maksud UTP dengan scholarship guna result trial. Heh.. iols pula masuk lepas SPM. Actually, tak adalah suka pun dia, sebab budak Jan tak gemar budak May, sebab kitorang memang batch huha huha.. haha.. 

Jumpa masa mula2 dekat meeting persatuan Electrical & Electronic Engineering. Haha.. korang jangan gelak, sebab iols pun rasa, apa hal skema sangat diriku ini. 

Actually Nadia memang dah lama join kelab ni. Dari 1st year 2nd sem dekat UTP. Itu pun entah siapa lah gatal ternominate jadi wakil batch untuk First year Second sem. Lepas tahun ke tahun upgrade pangkat, jadi wakil batch untuk Bendahari. Heh.. maklum lah tak ada pilihan, siapa lah nak join kelab EE ni. Hehe.. baik join club lain kan. Heh..

So sampai lah time 3rd year 2nd sem. Masa ni rasa memang langsung lah taknak jadi dah AJK untuk kelab EE ni. Ha masa nak nominate member kelab baru ni lah, baru lah ternampak Zhaf dan konco2 nya buat pertama kalinya datang untuk meeting tahunan untuk semua budak2 EE. Heh.. ternampak lah diorang. Lepas tu rasa, dah datang dah batch budak skema. Hehe.. dalam hati je. Nadia pun bawak budak2 rumah sama course untuk nominate President Club yang baru dan AJK baru juga. 

Zhaf pula kata, kononnya malam tu dia datang sebab nak makan2 free. Huhu.. hampeh. Itu lah kali pertama dia datang meeting untuk kelab EE. Before this tak pernah datang. Heh.. Tiba-tiba, dalam meeting tahunan tu, Zhaf dapat jadi Presiden, iols pula terpaksa jadi Bendahari lagi. Aiyo boring! 

Ha itu lah permulaan untuk jumpa First Love iols! Tapi, masa tu Zhaf ada girlfriend lain. Haha.. dan masa tu tak adalah suka lagi dekat dia. Lama-lama suka Zhaf jadi presiden. Sebab dia memang pandai berborak dan bila meeting je memang gelak2 je. Heh.. sampai sekarang pun dekat office dia, budak2 suka dengan dia. Sebab Zhaf ni, kalau orang start kenal dia, memang boleh suka lah. Sebab borak dengan dia memang best! Cewah puji laki sendiri kan. Heh...

Ha.. macam mana boleh ter-in relationship? Hehe.. ok gini. Lepas setahun jadi presiden kelab, then batch Zhaf due untuk pergi internship. Then masa tu diorang pergi lah. Then batch kitorang pula kena take over club dan pass over kepada junior. So that's it. I was no more involve dengan EE Club! Wohooo.. heh.. 

Masa tu, batch zhaf dan pegi internship. So tak adalah keep in touch ke apa2. Cuma time cuti2 sem tu, adalah SMS! SMS ok. SMS biasa2 je. Lepas tu, dah tak adalah contact sangat pun.

Masa ada satu hari tu, ada number KLCC call. Ingat ada company call interview untuk internship. Sebab masa tu batch kitorang dok sebok pula hantar resume apply untuk buat internship. Then, terkejut lah iols, ""La Zhaf ke. Ko ni aku ingat bos KLCC call aku nak ambil aku internship. Sebok lah kau ni." Heh...

Masa tu tanya dia, "Ko tower berapa? Girlfriend ko tower mana? Best ke tak internship kat KLCC? Rasa mcm cool je dapat kerja dekat KLCC kan. Heh.."

Borak lama juga dalam 20 minit. Dah lepas borak2 tu, barulah dia cakap, "Nanti jumpa kau kat KLCC tau. Ok bye."

Hek ele...tak bagitau pun iols dapat jadi intern sama tempat dengan dia next semester. Kitorang sempat lah overlap sebulan time dekat KLCC tu.

Ha masa ni adalah sekali tu, dia call dari Tower 2 KLCC. Minta tolong dia buat slide utk final presentation before dia habis internship. Nadia baru je start internship 3-4 hari. Then, kita ni datanglah ke Tower 2. Bebel lah, "Kau kan, ada girlfriend, kau suruh aku juga kulikutif kau. Tak pun buat lah sendiri. Bla bla bla bla..." (nampak tak ciri2 suka bebel dekat situ. Heh)

Zhaf sengih je. Dengan tak malunya suruh iols buat itu ini untuk slide dia.  buat animation lagi untuk slide dia. Guna powerpoint je pun. Heh.. rasanya sampai sekarang pun, orang lain juga yang buat slide untuk dia. Heh...

Then lusa tu, lepas Zhaf habis presentation, lunch hour tu dia belanja lunch. KFC je pun kan. Heh.. masa tu dia dari Tower 2, Nadia dari Tower 1. Dari jauh dia sengih2. Cakap kat dia, "Weh... tak pe ke kita dua orang je. Nanti girlfriend ko marah kot. Aku panggil kawan aku sekali lah." Hehe... takutlah kan, karang marah pula girlfriend dia. Heh.. lepas tu dia kata, "Tak pe. Jom lah. Aku nak belanja kau sebab tolong buat slide untuk aku." 

So, kitorang pun jalanlah pergi ke KFC. Ha masa duk makan tu, baru lah dia cerita dia dah clash dengan girlfriend dia. Masa awal2 dia start intership hari tu. Heh.. kesian dia. Haha... dalam hati iols leganya. Bukan apa, nanti apa pula orang cakap kan. Hehe... 

Ha masa overlap sebulan ni lah, tiap kali balik kerja, Zhaf nak balik sama. Kebetulan memang kitorang naik LRT sama arah. Dia turun Taman Jaya, Nadia turun KL Sentral. Dari KL Sentral naik bus Rapid KL tu pula untuk balik ke Taman Desa. Sebelum balik naik LRT, adalah teman beli bola basket lah, baju basket lah, kasut basket lah and macam-macam. Heh.. masa ni tak adalah suka dia. Tapi, selesa lah kawan dengan dia. I enjoy his companionship. =)

Ada satu hari tu, lagi seminggu dia nak habis internship. Masa tu Nadia tengah tunggu bus dekat KL Sentral. Lepas tu ada lah sambil-sambil tu SMS dia. Dia tanya ada mana. Dah sampai rumah ke. Then, masa tu entah kenapa, bus lambat gila. Nak dekat sejam lebih tunggu. Tak sampai2. Tiba-tiba, tengah borak2 dalam SMS tu, ternampak Zhaf dekat seberang jalan! Haha.. macam poyo scene ni.

Kita punya lah terkejut. Cakap kat dia ko dah kenapa datang sini. Lepas tu dia cakap, saja lah. Teman kau. Kesian kau sorang2. Heh.. eleh.. poyo lah kau ni. Tak sampai 10 minit dia sampai bus stop tu, bus datang. Muahahah.. kesian zhaf! Good effort bro! Takkan lah iols tak naik bus tu kan. Penat kot tunggu. Dengan selambanya, "Ok lah, aku balik dulu. Bus dah datang ni. Nanti jumpa lagi."

Heh... adoiii... siapa suruh nak surprise sangat kan? Hehe... 

Then, lepas Zhaf dah habis internship, dia pun balik lah ke UTP. Ha masa ni bermula lah siri bergayut phone. Bukan Nadia yang call. Tapi Zhaf call. Dia guna public phone yang masuk syiling tu! Heh... semangat kan dia call. Sebabnya, dekat UTP line telefon macam siput dulu2. Hehe..

Ha dari series of phone call tu, rasa suka sangat lah dekat Zhaf ni. Sebab dia memang best borak2. Hampeh sikit, campur lawak genius dia sikit, lawak entah apa2 sikit. So adalah rasa sedikit suka dekat dia. Lama juga macam tu. Adalah salam 6-7 bulan. Duk calling kan. 

Nadia ni takut nak ada boyfriend. Bukan apa, ayah memang lah garang gila! Takut kot nak ada boyfriend! Ayah kata, " Belajar habis2 dulu. Tak payah nak berboyfriend sangat!" Hehe.. garang gila ayah Nadia. Memang tak berani ok.

Tapi kan... suka Zhaf ni. Kita pula takut juga, kalau dia tak suka kita pun. Biasa2 je. Nanti heartbroken macam mana? Haaa... heh.. tunggu esok eh sambungannya. =)

Thank u sudi baca! Heh...



No comments:

Post a Comment