Wednesday, September 20, 2017

Free Trip to Italy

Assalamualaikum readers...

Ha... dah berkurun baru nak update tentang Free Trip ke Italy masa bulan March 2017 hari tu. Harap bersabar dan jangan marah na. Hehe... By the way, hari tu kan, masa pergi Italy hari tu pergi ke 5 tempat yang memang super duper awesome di Italy.

Ha mana tu? Perjalanan kami bermula seperti di bawah ni:-

MILAN - VENICE - FLORENCE - PISA - ROME!

Melalui perniagaan Premium Beautiful Corset ni lah, Nadia merasa buat pertama kali nya melancong ke Europe secara PERCUMA! Italy kot! Memang super duper best iols cakap! Bayangkan lah, first time pergi Europe, negara pertama jejak, ITALY! Memang AWESOME BOSSUM! Seriously, jatuh cinta dengan Italy.

Lepas tu paling BEST perginya PERCUMA saja! Ni part paling best buat business ni, FREE TRIP dari SHOM! Memang Kak Nora bagi 5 BINTANG! Rasa syukur sangat berpayung di bawah SHOM ni, sebab treatment yang diberikan kepada semua usahawan memang 5 BINTANG! Alhamdulillah.

Korang kalau nak pun boleh. Yang penting ada matlamat yang jelas dan mind setting kena betul. In shaa Allah boleh dapat FREE TRIP ni. =)

Ha korang enjoy ok tengok gambar dekat Italy ni. Punya lah jatuh cinta dekat Italy sampai tercetusnya puisi dari hati Nadia ni! Hehe... =)

So enjoy the show! =)

Love Letter to Italia!
(By Nadia)

Italia, aku hanya sempat mengenali mu untuk 7 hari

Sebelum mengenali mu, perasaan ku hanya biasa saja, tiada cinta, tiada benci, hanya untuk berlibur dan bercanda bersama teman - teman

Namun, aku jatuh cinta pandangan pertama dengan mu sejak aku ke Milan dan makin lagi jatuh cinta dengan mu bila aku tiba di Venice

What have u done to me Italia?

Aku jadi lebih lembut jiwanya dan menikmati segala keindahan dan kecantikan mu

Aku jadi lebih sabar dengan kamu yang perlahan segalanya dari menunggu pesanan order makanan sehingga beratur membayar hasil beli belah! 😍

Aku jadi takjub dengan seni yang ada pada mu. Bukan sahaja seni, tapi, segala kebijaksanaan Galileo, Da Vinci, Michaelangelo dan segala lagi anak-anak mu yang memang Allah kurniakan kehebatan untuk berfikir kreatif dan kritis! 

Dan aku yakin pemikiran dan kebijaksanaan anak- anak mu pasti berkait rapat dengan Islam, berdasarkan lukisan-lukisan yang ada di ceiling-ceiling bangunan mu yang terkadang penuh dengan gambar pedagang Islam, baik di Milano maupun Venice! 

Aku jadi terkesima melihat Florence!

Subhanallah...cantik sungguh hamparan gunung - ganang di atas muka bumi mu

Seperti sebuah hamparan lukisan indah. Allahu akbar... cantik sangat!

Dari Pisa kembara ku diteruskan ke Pisa! Allahu akbar! Sekali lagi aku terpersona indahnya alam ciptaan Tuhan.

Sambil pakai sunglasses, mata ku berair, sebab rasa syukur sangat, sebab terpilih untuk melihat indahnya dirimu, wahai Italia! 

Rome sudah lama kunantikan untuk tiba di sana! 

Masakan aku tidak teruja untuk mengenali peradaban bangsa Romawi yang pastinya hebat namun ada jatuh naiknya, sehinggakan Allah ceritakannya di dalam Surah Ar - Rum di dalam Al - Quran untuk dijadikan teladan buat seantero umat Islam! 

Alhamdulillah, Allah lorongkan peluang untuk mengenali mu, Italia, kerana dengan mengenali mu, aku rasakan lebih dekat lagi dengan Sang Pencipta! 

Terima kasih Allah untuk peluang nan satu ini.

Akhir kata, moga kita berjumpa lagi, dan untuk perjumpaan yang akan datang, aku berdoa moga aku boleh bawa Zikri, Zarif, Naila dan Aboh untuk mengenali mu! 

Sememangnya... Italia... kau memang indah!

Alhamdulillah... 😊

-Nadia- 




















































Berminat untuk buat side income secara online?
Atau berminat menjana pendapatan dari rumah?

Boleh hubungi saya, Nadia, PIN Mastermind anda!








No comments:

Post a Comment