Wednesday, September 20, 2017

Impian dan Matlamat!

Assalamualaikum readers...

Entry kali ni Nadia nak share dengan korang tentang impian dan matlamat. Eh apa beza tu? Gini kita boleh berimpian setinggi petala langit ketujuh. Namun nak capai impian perlu ada matlamat!

Yes, matlamat ni korang perlu pecahkan kepada pecahan kecil yang korang perlu capai untuk dapatkan impian tadi. Ha faham kan? =)

Dulu Nadia langsung tak ada matlamat. Memang just go with the flow. Heh...

Tapi kan, so far lah, Nadia compare between orang yang ada matlamat, orang ada matlamat ni sangat structured. Plus lagi satu, diorang lagi beruntung bila start early.

Masa kerja dulu, Nadia jumpa dengan kawan-kawan yang memang ada matlamat dalam hidup. Dan diorang tahu apa yang diorang nak dalam life! Serious, dan orang-orang ni memang ambil berat tentang career path diorang. Diorang plan untuk naik grade by bila dan even ada yang memang aim untuk jadi President or VP. Hehe... Seriously, diorang ni sangat structured dan selalunya by the time diorang capai certain umur diorang dah capai apa yang diorang impikan pada usia muda!

So, ambil peluang untuk tengok orang-orang ni. Memang diorang sangat fokus pada kerja diorang sebab diorang tahu apa next step yang diorang nak kena capai! Bila dalam business kan, rupanya benda yang sama kena buat.

Dan melalui business Premium Beautiful Corset ni lah, Nadia baru berani berangan! Hehe.. berangan tu berimpian lah kan! Dan dalam PINPRENEUR, fuh... impian yang ada memang setinggi langit! Dan diorang juga sangat jelas dengan impian dan matlamat sendiri. Kuasa imaginasi akan mencetusnkan emosi dan emosi makan menggerakkan aksi! =)

Lagi mencabar, bila business ni kita kerja sendiri. So, impian dan matlamat kena lebih lagi specific sebab akan ada tendency ke laut kalau tak sejelas - jelasnya! =)

Korang tau tak, actually memang sedikit sahaja orang yang tahu apa yang mereka mahukan dalam hidup ini. Cuma 10% sahaja yang mempunyai impian.

Dan yang berani menulisnya di atas kertas hanya 3%! Maka, tak hairanlah mengapa hanya sedikit sahaja orang yang mencapai impiannya!

Hakikatnya, kita bukan tak berupaya mencapai kejayaan, tetapi kita sendiri tak ambil serious APAKAH SEBENARNYA IMPIAN KITA?!

Ha... sekarang korang pilih. Nak masuk golongan mana? Nah... ambil pen dan kertas dan tulis sekarang impian anda yang mungkin tinggi melangit tu!

Nadia pun dah buat buku impian tau. Macam sketch book. Dan Nadia dah pecahkan impian Nadia kepada beberapa aspek kehidupan. One thing yang Nadia belajar, IMPIAN PERLU BALANCE!

Impian kerjaya, impian keluarga, impian kewangan, impian pembinaan diri, impian untuk masyarakat, impian utk ibadah, impian untuk akhlak dan pekerti dan impian untuk spiritual!

Menarikkan? PERCAYALAH, dengan impian yang balance kita sedang menuju untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik!



Nadia sendiri hari2 bermuajahadah dalam hati untuk jauhkan dari sifat, ujub, riak, takabur dan ghurur! Allah... kita kan manusia biasa. Even nak tulis entry ni pun takut juga. Sebab takut kalau ada yang ingat nak riak ke apa. Tapi, reset balik minda dan hati, dan fikir balik, in shaa Allah ini adalah sebahagian dari impian untuk masyarakat! Impian untuk memberi inspirasi dan juga berdakwah!

Wah...macam lah ustazah kan. Nak berdakwah bagai. Hehe... tapi jangan lupa, tujuan hidup kita sendiri adalah menyampaikan kebaikan kepada mereka yang kita kenali! Jangan fikir apa orang lain pandang, fikir apa yang Allah akan pandang kita! =)

Ha...terpanjang pula. Heh... Nadia harap, post kali ni membantu korang untuk lebih bersemangat dan BANGKIT untuk berimpian dan realisasikan impian tersebut! In Shaa Allah. Kita kan ada ALLAH yang MAHA HEBAT! PASTI BOLEH!




Berminat untuk buat side income secara online?
Atau berminat menjana pendapatan dari rumah?

Boleh hubungi saya, Nadia, PIN Mastermind anda!




1 comment:

  1. pinjaman! pinjaman!! pinjaman!!!
    Apakah Anda mencari perusahaan pinjaman swasta terkemuka dan terakreditasi yang memberikan pinjaman untuk kesempatan seumur hidup. Kami menawarkan semua jenis pinjaman dengan cara yang sangat cepat dan mudah, pinjaman pribadi, pinjaman mobil, pinjaman hipotek, pinjaman mahasiswa, pinjaman usaha, pinjaman investasi, konsolidasi hutang dan banyak lagi. Sudahkah anda ditolak oleh bank dan lembaga keuangan lainnya? Apakah Anda memerlukan pinjaman konsolidasi atau hipotek? Jangan terlihat seperti kita di sini untuk membuat semua masalah keuangan Anda menjadi sesuatu dari masa lalu. Kami meminjamkan dana kepada perorangan dan perusahaan yang membutuhkan bantuan keuangan dengan tarif 2%. Tidak ada nomor jaminan sosial yang dibutuhkan dan tidak diperlukan pemeriksaan kredit, 100% dijamin. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberi tahu Anda bahwa kami memberikan bantuan yang andal dan suportif dan kami akan dengan senang hati menawarkan pinjaman kepada Anda.
    Kemudian kirimkan email ke: (victoriaemmanuelloan@gmail.com) untuk mengajukan pinjaman

    ReplyDelete