Friday, September 22, 2017

Perempuan dan duit sendiri ... PERLU KE?

Assalamualaikum readers...

Hello2... Salam Maal Hijrah untuk korang semua! Hopefully, korang sentiasa mendapat barakah dan rahmat dari Allah. =)

Hari ni Nadia saja je nak share dengan korang tentang topik di atas ni. Perempuan dan duit sendiri ... PERLU KE?

Ha... untuk kaum Adam mesti rasa, ah menyampah lah. Ni nak ajar perempuan derhaka pada suami lah ni. Huhu... Jangan macam tu, bro. Look at this matter from other perspective.

Yang wanita pula, especially housewife, pun perlu hati terbuka dan baca dengan penuh teliti.



Cewah... macam besar sangat ceritanya ya. Nadia nak cerita sikit dekat korang tentang seorang wanita yang sangat memberi impact dalam hidup Nadia. Selain dari ibu Nadia sendiri, ada seorang lagi wanita hebat yang hadir dalam hidup Nadia. Nak tahu siapa? Ha Wanita tersebut adalah arwah opah Nadia sendiri.

Opah Nadia ni, namanya Sefiah binti Husin. Tapi opah ada nickname tau, orang panggil opah dengan nama, Chik. Dulu pernah tanya opah, kenapa orang panggil dia Chik? Opah cakap, dia suka nama tu. Dia yang suruh semua orang panggil dia macam tu. Sebab dia rasa cantik bila orang panggil Chik! Hehe...


Opah dan cucu - cucu! =)

Opah ni dulu kerja sebagai seorang cikgu. Opah ajar Math & BM. Opah dulu sekolah sampai Darjah 6 aje. Tapi, alhamdulillah dapat jadi cikgu untuk sekolah rendah. Opah Nadia ni, kalau hidup lagi, sebaya dengan Tun Mahathir. Opah cakap Tun Mahathir idola opah lah. Heh... Well as usual, opah kan orang lama, so memang sokong government sehingga ke akhir hayat! Hehe...

Opah ni, ilmu Matematik dia super duper hebat! Dulu Nadia kecik2, time belum tadika lagi, opah selalu datang rumah ajar Math. Sampai lah kitorang sekolah rendah. Memang kalau datang je rumah Nadia, dia akan ajar basic tambah tolak dan juga menulis! Rumah kitorang wajib ada buku latihan Matematik yang kotak-kotak besar tu. Sebab nanti opah datang, kena buat latihan yang opah tulis dalam buku tu. Opah memang suka mengajar!

Ok... masa opah bujang dulu, opah ada boyfriend tau. Ha... boyfriend opah ni, namanya Zawawi bin Hamzah. Inilah atok kitorang. Kitorang panggil Tok Wi. Opah bukan typical perempuan zaman dulu-dulu yang kahwin awal. Opah kahwin masa umur 26 tahun! Sangat lah lewat untuk generasi time tu kan? Tapi, opah kata, dia ok je, sebab opah nak tunggu Tok Wi habis study.

Tok Wi ni kalau tak silap beza setahun je dengan opah. Tok Wi ni, untuk orang kampung kira pandai lah. Sebab Tok Wi dapat further study dekat Uk. Dekat Cardiff University. Hehe... Kalah cucu dia ni. Kih Kih Kih... Arwah Tok Wi ambil course Agriculture. Tok Wi ni, study lama juga dekat dekat UK. Tak ingat berapa lama. Tapi, opah pernah cerita Tok Wi lambat habis sebab kena extend setahun sebab ada paper yang fail. Hehe...

Opah cerita, masa Tok Wi tengah belajar tu, Tok Wi balik Tanah Melayu dulu untuk kahwin dengan opah dan lepas tu pergi sambung balik belajar dekat UK. Lepas setahun tu, Tok Wi balik lepas habis study semua. Ha masa Tok Wi dekat UK tu, ayah Nadia lahir kalau tak silap. Ayah Nadia ni anak first. Arwah Tok Wi balik je Tanah Melayu, time tu tahun 1958 atau early 1959. Entah tak ingat. Lupa dah opah cerita. Balik je, atok kerja sebagai Pegawai Pertanian dengan government. Kerja dekat Butterworth kalau tak silap.

Opah kata, masa tu opah masih lagi mengajar. Opah cerita, masa tu, opah senang sangat. Ada rumah besar, ada kereta besar, ada driver lagi. Masa tu Pegawai Kerajaan macam Tok Wi dapat kemudahan macam tu. Maybe, masa tu tak ramai orang Melayu yang berjawatan tinggi dalam governement.

Nak jadikan cerita, Tok Wi meninggal awal. Umur 32 - 33 tahun kalau tak silap. Sebab masa tu opah kata dia baru je pregnant anak dia yang keempat dalam beberapa bulan. Masa tu arwah ayah Nadia dalam 5 -6 tahun kalau tak silap. Ha dari situ, mula lah hidup opah sebagai seorang ibu tunggal dengan 4 orang anak kecik! Opah kata, susah sangat opah time tu, tapi, opah kata dia bersyukur sebab dia masih lagi bekerja dan sekurangnya dia ada income walaupun tak lah banyak mana. Opah kata masa tu gaji opah dalam 200++ je.

Nak tak nak, opah kena juga sara diorang 5 beranak! Masa tu, opah balik kampung duduk dengan Moyang Husin dan Moyang Asiah. Diorang ni parents opah. Opah kata, moyang lah banyak tolong opah serba sedikit untuk besarkan anak-anak. Tapi, tak lama lepas tu, moyang meninggal. So tanggungjawab opah terhadap anak - anak lebih besar lagi!


Kesayangan cucu - cucu!

Opah ni, kuat semangat tau. Dia tak pernah terfikir kahwin lain untuk bergantung hidup pada orang lain. Pernah tanya opah, kenapa tak kahwin lain lepas arwah atok dah meninggal. Then, opah jawab, siapalah yang sudi nak kahwin dengan opah ni. Balu anak 4 pula tu. Tak ada lelaki pun yang boleh terima opah sekali dengan anak - anak opah. Lagi pula, susah tau nak cari yang handsome dan baik macam Tok Wi! Hehe... Sweet sangat opah ni. Setia! Macam cucu dia. Haha... sebab opah pun kahwin dengan first love, Nadia pun sama! Kah Kah Kah ... =)

Masa dalam membesarkan anak 4 orang ni lah, opah jadi sangat cekal! Ya lah anak 2 lelaki, 2 perempuan. Dan ayah Nadia lah yang paling susah nak dibesarkan! Hehe... Opah cakap, ayah mental breakdown masa arwah Tok Wi meninggal dunia dan lepas tu Moyang Husin pula pergi tinggal kan dia. So ayah memang emosi kadang - kadang tak stabil. Tapi kan, opah memang sayang ayah walaupun ayah sangat lah garang! Kalau ayah susah, opah lah yang datang tolong. Opah kan, dia lah yang tolong bagi duit dekat ayah masa ayah struggle dulu time kerja dan nak start business sendiri.

Opah kata, ayah pandai, tapi rezeki dalam belajar bukan milik ayah. Ayah belajar sampai Form 5, lepas tu dapat tawaran masuk polis dan Maktab Perguruan. Opah cerita, mula - mula opah sendiri hantar ayah pergi maktab untuk jadi cikgu. Siap jumpa hantu tengah jalan. Hehe... Tapi, tak sampai bape minggu kot, ayah balik rumah, bagitahu opah, nak masuk polis pula. Tak mahu jadi cikgu. Heh... Beruntungnya arwah ayah, sebabnya, arwah opah sentiasa ada untuk bantu dia. Tak banyak pun opah bagi. Tapi opah selalu belikan groceries untuk rumah kitorang dulu. Hehe... opah concern tau pada pemakanan cucu - cucu dia. Kalau nak exam, opah sendiri datang dan bawa makanan yang baik untuk otak untuk Nadia dan adik - adik. Thank you opah! Ya rindu opah! =)


Opah maintain posing. Cucu - cucu beria! = )

Hebatnya opah ni, dia independent. DIA KENA INDEPENDENT! DIA TERPAKSA INDEPENDENT! Dia ada 4 orang anak yang nak dijaga!

Opah ni hebat Matematik dan juga pandai plan financial! Opah ajar Nadia rule of 50:30:20 dalam financial planning. Macam mana nak spend duit gaji! Opah memang hebat! Kalau kitorang pergi kedai, dia pesan barang, siap sekali dengan harga barang tu dengan tepat, dan ada duit baki untuk kitorang nak beli aiskrim sebagai upah. Alhamdulillah opah tak nyanyuk. Sampai ke akhir hayat opah, dia sentiasa mengaji dan buat latihan Matematik yang simple - simple. Opah kata dia takut nyanyuk, so kena buat minda exercise dengan Math dan mengaji! Opah meninggal masa umur 79 tahun if tak silap. Ke 80 eh? Tapi yang pasti, dalam sebulan lebih lepas Nadia lahirkan Zikri! I miss opah! =)


Opah bersama cucu pertama dan cucu menantu pertama! Zhafri pun sayang opah!

Dan korang tau tak, sampai akhir hayat, opah sekali pun tak pernah harap duit anak - anak dia. Dia sendiri ada duit saving, ada duit pencen dia dan arwah atok sekali! Opah kata, perempuan kena ada duit sendiri walaupun suami kita kaya dan berjaya macam mana pun. Kita tak tahu masa depan. Kerja biasa - biasa pun tak apa. Tapi, kena tahu dan pandai cara nak generate & manage duit! Ajal, jodoh dan rezeki semua milik Allah.

Tulah cerita Nadia. So korang sendiri jawab, Perempuan dan duit sendiri ... PERLU KE?






Berminat untuk buat side income secara online?
Atau berminat menjana pendapatan dari rumah?

Boleh hubungi saya, Nadia, PIN Mastermind anda!





No comments:

Post a Comment