Wednesday, October 25, 2017

Tips Berniaga Di Facebook!

Assalamualaikum readers...

Ramai dikalangan kita yang rasa kurang bersemangat bila buat post di Facebook (FB) tapi kurang mendapat reach atau respond. Betul?




Ok, jom fahami dulu kenapa ia terjadi. 

FB Mengunakan 'Algorithm' untuk menentukan post apa yang akan keluar dan kepada siapa post akan dapat dilihat. FB cukup tak suka post yang melibatkan penjualan @ iklan barangan di platform percuma mereka. Ya lah senang-senang je korang nak berjual beli secara PERCUMA kan. Marah lah Mark Zuck. Hehe..

Apa yg mereka akan buat kalau korang terlalu menjual?

Ahaaa, mereka akan rendahkan 'reach' / capaian post tersebut kepada friends kita! Patut lah bagai nak rak korang promote macam katalog personal FB korang tu, audience atau friends list korang tak dapat atau tak ramai yang nampak. Patutlah 'Like' pun krik..krik..krik 

Jadi Apa yang kita perlu buat? Ha nah beberapa trick and treat untuk korang berniaga di FB:-


1. Elakkan dari meletak unsur-unsur jualan dalam post kita. Contoh, elak kan menggunakan perkataam diskaun, promo,PM, RM, $, harga, murah, dan lain-lain yang membolehkan 'robot FB' faham ia adalah satu iklan jualan.




2. Walaupun reach dia rendah tapi % rakan yang akan sampai atau nampak post kita masih tinggi jika 'friend list' kita ramai.. 

[ PENTING ].. katakan FB hanya limitkan kan 3% sahaja 'Friend list' kita yang akan nampk post kita yang menpunyai unsur jualan.

Ok, jika jumlah friends list kita hanya 1,000 orang, jumlah yang akan nampak post kita hanya kurang '30 orang' sahaja!

Tapi jika kita mempunyai 5,000 (jumlah max) friend dlm list kita, jumlah yang akan nampk post kita sekitar '150 orang'! Ha nampak tak perbezaan nya? Tu sebab korang kena maximum kan jumlah friends list. Probability untuk korang promote pada customer masih lagi lebih 100 orang! 



3. So sekarang apa yang PERLU kita lakukan adalah, maximize friend list kita sehingga 5,000 FRIENDS!

Macam mana nak buat? Ikut langkah cara pantas ni:

• Add semua 'Friend suggestion' yang ada mutual friend dengan kita 10 dan kebawah.

• Utamakan mereka yang ada ciri-ciri seperti berikut, wanita, umur sekitar 25~40 tahun, berkeluarga (ada anak dan sebagainya), bekerja perwatakan menarik. Kenapa? Hellooo... ini lah nama targeted audience. Takkan nak menjual dekat orang yang tak akan membeli ya tak? 

Ni semua boleh dinilai dari hanya melihat profile picture dan sedikit info di wall mereka.

• Pastikan FB tersebut genuine. bukan FB tipu. Macam mana nk tahu, tgk apa yg di share di FB. Kalau dia banyk buat post status dan berkongsi kehidupan dia, dia adalah FB betul. Kalau hanya beberapa keping gambar sahaja, dan banyak repost video sahaja, sila berhati-hati.

• Add sampai cukup 5000 dulu secepat mungkin.

• Nanti bila dah cukup 5000 friend, baru kita masuk fasa yang seterusnya.. fasa FILTER dan REPLACE .. ni kita akan terang kan kemudian

Penting untuk buat step ni dahulu 




4. Banyak kan post tentang perkongsian yang bermanafaat. Objektif kejar jumlah 'share' yang besar!

FB suka post yang friend suka 'share'.. dia nampak post tersebut ada value.

Like dan komen yang bnyak adalah BONUS untuk post tersebut sentiasa keluar dan tak cepat hilang dari wall rakan-rakan kita..



5. Kalau nak cepat dan senang dapat targeted audience cara paling best adalah melaui kaedah berbayar (FB Ads). Tapi perlukan kos lah. Kalau korang sudi spend, why not? Nadia sendiri suka guna ads sebab rasa berbaloi! Ha buat calculation dulu ok. 

Siapa berusaha dia yang akan dapat! Cepat atau lambat hanya ditentukan menerusi kesungguhan sahaja. FB hanya alat bantuan. Kalau kita kurang bersungguh.. friend 1 juta pun x akan membawa apa2 makna utk kita!

Selamat Mencuba dan bertindak! 

Hopefully tips simple ini membantu korang. Ha nak lebih lagi tips?

Kenalah join Nadia untuk Berniaga Gaya PIN! Kita guide satu persatu sampai pandai! =)

No comments:

Post a Comment