Monday, October 2, 2017

Confession

Assalamualaikum readers...

Ha hari ni special tau. Sebabnya, Hari Anniversary yang ke-8! Alhamdulillah. Moga Allah kurniakan barakah dan rahmat ke atas perhubungan ini. Amin...

Ok, entry kali ni nak sambung cerita dari last post. Heh... 

So, lepas Zhaf dah balik UTP, kitorang teman tapi mesra. Adalah calling2 dan juga message2 dekat Friendster. Ha masa ni FB tak de lagi. Kalau ada pun tak tahu. Heh... 



Lama juga jadi teman tapi mesra ni. Lama-lama macam tersuka pula dekat Zhaf ni. Ha dalam hati rasa macam fZhaf pun suka iols, tapi, tak ada siapa nak confess kan. 

Ada satu malam tu, dok SMS dengan Zhaf. Borak-borak kosong. Then entah macam mana Nadia terconfess dekat Zhaf. Masa ni still tengah internship, stay dekat rumah opah kat KL. Ingat lagi ayat nya macam ni:-

"Wey, hmm aku nak cakap something ni. Hmm, aku nak cakap, aku rasa aku suka kau lah. Suka yang suka tu. AmTapi, kalau tak suka aku, jangan lah tak kawan ngn aku  lagi tau. Aku suka kawan ngn kau."

Ha..pappp, tekan send terus, lepas tu cepat-cepat letak phone bawah bantal! Terus lari keluar bilik, pergi dekat opah. Pegang tangan opah kuat2 sambil pejam mata sambil dalam hati cakap "Nadia!!! Ko buat apa ni? Aiyooo malunya. Kalau Zhaf tak suka aku macam mana? Damn!"



Opah pula tanya, "Kenapa ni?" 
Nadia cakap kat opah, "Tak ada apa. Sayang opah saja. Hehe.."

Tiba - tiba kaki tangan jadi sejuk macam ice! Perut pun sakit. Terus pegi toilet buang apa yang patut! Peluh sejuk makin pantas mengalir! Fuh... jantung pun laju! 

Iols tak pernah confess. So jadi tak keruan bila first time buat! Hehe... yang paling tak boleh blah, sementara tunggu Zhaf respon tu, kat tv keluar lagu Menanti Sebuah Jawaban - Padi! Muahaha.. what the heck!

Ha ada lah dalam 15-20 minit iols menanti sebuah jawaban! Haha.. then.. toot toot! Toot toot! SMS masuk!

Oh ya Allah... degup jantung pun bertambah pantas! Zhaf respon.. "Aku pun suka kawan dengan kau. Jap aku call!"

Suka kawan je ke? Adudu... tiba-tiba Zhaf call... memang tak mau angkat. Sebab malu tahap cipan! Haha... Tapi, angkat lah juga! Dihujung talian dengar orang gelak2. Perkataan pertama dari Nadia.. "Kau call aku kenapa? Sengal lah. Aku malu lah. Dah lah. Aku nak letak!"

Zhaf cakap, "Aku pun suka kau. Jantung aku macam nak stop bila baca sms kau tadi! Terpaksa aku bagitau kawan aku!"

Haha... then semalaman borak. Masa nak tidur tu pun tak boleh tidur. Sebab sengih je sepanjang masa! Haha..

Kenangan terindah untuk iols! Alhamdulillah! Ingat lagi, 22 July date officially in relationship. Poyo je kan. Hehe..

Syukur kat Allah. Sebab Allah bagi peluang untuk suka dengan orang yang suka kita juga. Hehe.. korang pun, kalau ada suka sesiapa kena lah cakap sebab, itu pilihan kita! 

And I am so grateful with the jodoh from Allah. Of course we have our ups and downs, tapi, that is part & parcel of life! =)

Sampai sekarang dengar lagu Menanti Sebuah Jawaban iols sengih sorang-sorang! Sebab diri sendiri je yang tahu betapa dahsyatnya adrenaline rush ketika itu! =)



Ha dari situ korang dah nampak kan, I am a risk taker! Kalau tak ambil risk macam mana nak dilorongkan jalan-jalan rezeki dan jodoh. Cewah.. heh... 

Alhamdulillah untuk our 8th anniversary though we not have the chance to celebrate it together. I am grateful! Thank you Allah! =)

So.. there to confess? =) 


1 comment:

  1. hahaha lawak lah.. toot toot mesti nokia 3310 ek? hahaha

    ReplyDelete