Sunday, October 8, 2017

Ini cerita aku dengan baju kuning aku!

Satu ketika aku pernah bergelar Electrical Engineer. Orang yang paling bangga dengan aku, bila aku sarungkan baju kuning ni, semestinya arwah ayah aku! 

Siapa tak bangga anak kerja oil & gas. Tapi ayah aku, bangga dalam diam. Dia tak pernah menunjuk bagi tau semua orang. Cuma setiap kali, duduk berdua dengan dia, dia akan cakap, Aku Kebanggaan diorang! =)

Dengan baju kuning ni, aku belajar banyak benda. Aku belajar berdikari. Aku belajar bagaimana nak berkomunikasi dengan lelaki! Ya lelaki! Aku belajar macam mana nak handle 15 technicians lelaki baik tua atau muda! Aku belajar macam mana nak berurusan dengan manager hingga ke President. Dan tak lupa dengan kawan2 seperjuangan ku, the engineers! 

Paling penting aku belajar banyak benda ketika aku sarungkan baju kuning, tag hijau! 

Antara yang paling penting, soft skill. Baju kuning ni juga kenalkan aku pada leadership skill. Pakai baju kuning, kau tak belajar jadi engineer jer, tapi kau belajar manage and lead people 

Aku sangat terima kasih dengan baju kuning. Tak pernah jemu bagi latihan leadership skill pada aku. You name it, ESQ, Dale Carnegie, Stephen Covey, Dr HM Tuah and etc. Semua kau kena pergi atas dasar kau kena manage and deal dengan orang. 

Aku bangga dengan baju kuning. Sebab ini cita2 ayah aku. Aku dah realizekan cita-cita ayah aku untuk jadi engineer. 

Aku syukur aku sarung baju kuning! Aku tak sangka skill yang tadi aku belajar time kerja, applicable untuk business aku deal sekarang. Aku memang buat MLM je. Tapi, aku tak pernah lupa leadership skill ketika pakai baju kuning. Semuanya berguna untuk aku especially untuk people skill!

Ini asas aku. Aku bangga dengan baju kuning. Aku tak pernah benci kerja aku. Sampai hari ni aku bangga. 

Tapi, dalam hidup ada priorities. Aku lepaskan baju kuning untuk baju kelawar. Aku bangga! Walaupun aku berbaju kelawar di rumah, skill waktu sarungkan baju kuning aku tak lupa! 

Terima kasih ayah sebab paksa aku terima dan ambil peluang dengan baju kuning! 

Baju kuning, bentukkan karakter tough aku hari ini! 

Sekarang aku ada misi baru dalam hidup! 

Experience baju kuning masih lagi relevant dengan misi aku. Moga Allah bantu aku dalam misi kali ni. Untuk bagi lebih lagi pada orang sekeliling! 

Last but not least, baju kuning ajar kau, "Energy Receive, Energy Return, Aspiring People Everywhere!" =)


No comments:

Post a Comment