Monday, October 23, 2017

Perth - one of the places you MUST GO TO!

Assalamualaikum reader...

Hari ni barulah terfikir nak blog tentang our last family vacation. Last vacay was Perth, West Australia. Bila dah pergi Aussie ni, kita akan rasa nak pergi lagi. Sebabnya, mother nature dia, Subhanallah! Memang best sangat!

Actually trip ni memang ad hoc. Beli ticket February, during Matta Fair. Fly, early bulan 5. Masa kitorang pergi ni baru nak masuk Autumn. So far, Nadia suka bawa anak jalan negara 4 seasons ni time autumn. Sebabnya, weather sangat BEST! Senang nak berjalan dan at the same time senang nak packing barang budak-budak juga. So kalau untuk permulaan, korang nak bawa kids travel overseas, boleg try autumn. Sejuk pun sejuk dan tak panas sangat. 

Masa pergi Aussie hari tu kami naik MAS. The flying hours was around 5 hours plus. So memang ok sangat. Tips nak travel ke overseas dengan anak-anak, pilih lah flight malam. Sebab mudah untuk diorang dan kita juga. Alhamdulillah, Nadia memang suka bawa anak-anak travel. Memori tu bukan untuk diorang sangat pun. Tapi, memori tu untuk Nadia sendiri. Untuk kita sendiri rasa life experience tu. Macam mana handle kids and all. Memang experience yang PRICELESS! 

Ok, masa hari tu, kami pergi 5 hari 4 malam. Dan coverage untuk tempat yang pergi pun tak lah banyak sangat dalam masa sehari. Sebab kami bawa anak-anak kan. Another tips untuk bawa anak-anak travel, itinerary tu jangan pack sangat dalam sehari. Maximum 2 tempat atau 2 main activities sahaja! Budak-budak kan cepat tired and all. So, make sure korang buat itinerary yang enjoy & relaxing. Tak apa pun if tak boleh cover semua tempat. Nanti boleh pergi lagi. =)

Masa ke Perth tu, kami sewa apartment dekat town. Alderney Apartment. Apartment with 2 rooms. Best gila apartment ni sebab location wise dekat dengan town dan at the same time facilities provided memang awesome! Lengkap semua kemudahan rumah. Washing machine, dryer, dapur, minyak masak, sabun basuh, periuk kuali, pisau & etc. Semua complete! So tak payah bawa banyak sangat baju sebab korang boleh basuh dan keringkan guna dryer. So mudah bebenor orang cakap. Heh...

Kitorang susun itinerary accordingly. First day, kitorang pergi ke tempat yg ada public transport. Benda pertama yang kitorang buat, beli groceries. Aussie ni strict sikit bab-bab bawa makanan dari luar. Benda dairy mostly tak boleh and at the same time, serunding ke, ikan bilis ke pun tak boleh. Tapi, susu tepung untuk budak-budak boleh. So kalau travel dengan anak-anak, actually banyak kelonggaran yang kita dapat. Kita diberi priorities dari Airlines sehinggalah ke immigration. Ha tu sebab nak cakap, travel dengan anak tak lah susah. Memang fun! Tapi confirm penat! Hehe...

Kitorang sewa kereta dari hari ke-2 hingga ke -4. Masa ni kita pergi lah tempat-tempat yang jauh sikit. Pergi Rockingham untuk tengok penguin di Penguin Islan dan dolphin cruise, Freemantle, Mandurah, Caversham Wildlife Park, Lancelin. Kitorang miss ke Chocolate Factory, Strawberry picking, Pinnacles and Blue Boat house. So memang kena pergi lagi lah. Perth ni sendiri sangat-sangat luas. Memang boleh sangat kalau nak repeat! Hehe..

Untuk shopping pula, memang best gila. Sebab murah! Seriously murah. Seluar Levis dalam 20 dollar, baju budak-budak dalam 2-3 dollar, kalau mahal sikit pun dalam 10-15 dollar. Shopping dekat Harbour Town memang gilo! Harbour Town ni macam Premium Outlet lah. Dekat Aussie Harbour Town ni ada banyak. Dekat Perth, Melbourne, Gold Coast and etc. 

Tapi, paling best, beli perfume dekat drug store dia yang besar dekat sana, Chemist namanya. Perfume muroh-muroh! 20-30 dollar untuk range yang memang ok sangat. Hehe... memang kitorang borong as souvenirs bagi dekat family member. Oh ya tak termasuk coklat! Phewwww... memang murah tahap gaban punya! Tapi tricky sikit lah. Kena tengok ingredient juga. Heh.. 

Untuk trip hari tu kitorang pilih untuk yang selesa. Bukanlah untuk backpackers sangat. Memang yang orang cakap value for money! Hehe.. total semua hari tu dalam RM 10k termasuk shopping and all. Alhamdulillah, BEST! Thank you so much to hubs. Iols belanja accomodation je. Balance hubs belanja. Heh.. ha tu tips murah rejeki juga tu. Suami kenalah belanja isteri dan anak-anak. Lagi melimpah ruah rezekinya! Cewah... tapi ni betul tau. Suami-suami sila praktik kan. =)

Dari segi pemerhatian Nadia, orang Aussie ni ok sangat. Diorang tak sombong dan sangat2 friendly. Actually Perth ni, kira macam capital untuk West Australia. Before Perth jadi capital, Freemantle was the capital of West Australia. 

Orang - orang kat Perth ni pula, kalau tengok memang ramai foreigner yang dah migrate stay dekat Perth terus. Yang paling best juga, orang dekat sini memang sangat suka outdoor activity. Dari muda sampai lah warga emas. Jarang tengok orang gemuk dekat sini. Mostly fit! Dan dekat Perth ni juga, diorang paling suka pakai sports attire. Paling banyak Nadia tengok, brand Quiksilver, Rip Curl, Billabong and etc. 

Kalau korang ke Perth tak perlu risau lah bab makan. Memang senang sangat. Banyak halal food yang kita boleh dapatkan. Even Nandos dekat sini pun ada halal certification tau. Jadi boleh makan tanpa was-was! 

Ha next, korang tatap lah gambar-gambar ni. Sebab memang BEST! Hehe.. alhamdulillah. Next ke mana kita? In shaa Allah, nak plan ke umrah together with the kids. Moga Allah permudahkan. =)



























































No comments:

Post a Comment