Monday, November 27, 2017

Bila Aku Mula Berkenalan dengan Al - Fateh...

Al - Fateh, nama yang agak asing bagi aku. Tidak pernah aku kenal siapakah dia selama 28 tahun hidup aku di atas muka bumi Allah ini. Tak pernah ambil peduli, mahu pun ambil kisah!



Kasihan pada diri aku ni, jahil tentang sejarah Islam itu sendiri! Jahil sejahilnya! 

Maklum lah aku kan budak - budak Xennials! Hidup di abad ke 21. Tak perlu lah nak kenal lebih sangat dengan Al - Fateh ni. Heh... bukan Fattah Amin pun! Ops... Teruk nau bunyi nya ya tak? Tapi, itu lah realiti ummah pada hari ini. Sedih lagi memilukan. Akulah tu. 

Malu betul bilamana dunia barat lebih mengenali Al - Fateh, dari aku sendiri yang beragama Islam. Barat memberi gelaran, Mehmed The Conqueror, Sultan of Ottoman kepada Al - Fateh. 

Sultan Turki Uthmaniyah rupanya dia! Khalifah seluruh umat Islam dunia di ketika pemerintahannya!

Sebelum aku cerita lebih panjang, aku bagi warning dulu, post ini sedikit panjang. Tapi aku yakin SANGAT BERMANFAAT untuk jiwa-jiwa korang! Teruskan membaca ya. 😊

Perjalanan aku mengenali Al - Fateh bermula, apabila aku mula membaca bacaan yang agak serius, seperti, Freemason & Illuminati, Knights Templer, New World Order, Perang Salib & macam - macam lagi tentang akhir zaman. Heh...

Di sini lah aku mula mendengar nama Muhammad Al - Fateh, Penakluk Konstantinopel! Masa tu mungkin umur aku dalam lingkungan 26 - 27 tahun! Sekarang dah 34. Tua dah aku ni rupanya. Heh...

Itu pun hanya sekadar namanya je lah. Cerita lebih - lebih aku tak tahu pun. Heh... 

Bila aku mula berkenalan dengan Al - Fateh dengan lebih lagi?

Aku patut ucapkam terima kasih pada anak - anak lelaki aku, Zikri dan Zarif! Asbab mereka aku jadi rajin study tentang Al - Fateh, sebabnya aku ada impian nak anak jadi Al - Hafiz, dan Al - Fateh adalah Al - Hafiz. Impian aku memang melangit walaupun aku bukan lah ustazah! Heh...

Aku banyak belajar tentang parenting melalui bacaan blog Puan Lina Karim, founder kepada Islamic Parenting Network. Puan Lina banyak mention tentang Muhammad Al - Fateh. Dari situ aku tertarik nak tahu lebih lagi. 

Puan Lina pesan, ada 2 tokoh utama yang kita sebagai parents kena study. Pertama cara didikan Al - Fateh, dan kedua pula, cara didikan Mustafa Kamal Ataturk! 

Kenapa? 

Kedua mereka agak dekat dengan kita dari segi jarak masa terutamanya Mustafa Kamal Ataturk. Bagaimana didikan ibu - ibu mereka memberi impak terhadap anak - anak lelaki mereka ini, memang kita perlu pelajari! 

Dari Islamic Parenting Network lah aku dapatkan buku cerita tentang Muhammad Al - Fateh. Aku nak bagi tahu buku tu memang awesome gila! 

Banyak GILA (maafkan bahasa aku ni. Tapi aku nak tunjuk kesungguhan aku) ok, sambung semula, BANYAK GILA IBRAH aku dapat dari Muhammad Al - Fateh, terutamanya tentang bab kepimpinan dan parenting! 

Character building dari parents dia, fuh... aku cakap memang SANGAT FANTASTIC! 

Memang Rasulullah SAW pun dah bersabda "Kota Konstantinopel hanya jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik, dan rakyat yang baik." Rasulullah dah bagi tahu, sebaik2 raja, ketua, tentera dan rakyat kan! 

Takkan taknak ambil iktibar? Jadi, aku rasa rugi besarlah kalau aku tak share dengan korang tentang apa yang aku baca, selami, fahami dan pendapat aku sendiri. 

Segala aspek kehidupan Al- Fateh korang boleh apply dan dekat sini aku ambil pendekatan kepada berniaga. 

Yes berniaga! 

Okay, aku nak tanya korang yang berniaga selalu kita terinspirasi dengan siapa? 

Ha selalunya lah, kita selalu dok refer Warren Buffet lah, Jack Ma lah, Steve Job lah, macam - macam lagi icon dunia yang sukses! Tapi, kali ni aku nak bawa korang untuk belajar leadership & spirit perjuangan dari Al - Fateh! 

Yang memang ternyata sosok tubuh hamba Allah yang bernama Al - Fateh ini keluar dari mulut Nabi Muhammad SAW sendiri. Rugi lah orang Islam tak belajar dari sejarah Islam itu sendiri! Setuju? Kalau setuju, teruskan pembacaan korang. 

Aku tulis ni pun aku rasa terbakar dengan semangat! Semangat bab leadership dan parenting! Heh...

Korang tahu tak, strategi peperangan Al - Fateh ni diakui oleh orientalis barat sebagai antara taktik peperangan yang terbaik di peradaban dunia! Memang aku baca ni je, aku rasa huishhh, semangat tak sudah!

Dan aku yakin, kita dalam berniaga memang umpama dalam medan perang! Mental kau kalau tak kuat, memang senang lah kau terjerumus ke lembah hitam! Serius HITAM ok! Aku tak main - main!

Kalau kita nak menang perang, perlu ada mind, body and soul! Ini yang aku nak bagi highlight dekat korang! Ready ok!

Ok, apa ciri - ciri leadership dari Al - Fateh yang wajib kita contohi?

Kalau nak cerita memang banyak sungguh! Jadi, aku bagi dalam bentuk point, so korang senang nak baca tentang ciri - ciri utama kepimpinan Al - Fateh:-

1) FOKUS!

- korang tahu tak, dalam hidup Al Fateh fokus dia hanyalah nak menakluk Konstantinopel! Dari dalam perut lagi, mak abah dia dah tanamkan, Al Fateh lah hamba Allah yang Rasulullah khabarkan bakal menakluki Konstantinopel! 

Dah lahir ke dunia pun, itu lah ingatan yang parents dia bagi! Sampai Al Fateh pun memang jadi semangat dan fokus untuk pastikan dia adalah yang diceritakan oleh Rasulullah dalam hadis.

Fokus dia memang hanya Konstantinopel! Negara lain pun pergi juga perang untuk sebarkan syiar Islam. Kalau aku tak silap Al - Fateh ada 25 kempen peperangan! 25 beb! Hebat idok? Tersangat hebat!

Sama macam tu jugalah bila berniaga. Korang WAJIB FOKUS! Macam mana nak berniaga kalau tak fokus kan? 
Kurang fokus akan menyebabkan matlamat kita pun tak jelas. 

Tak jelas, gelap lah masa depan perjalanan dalam perniagaan! Heh...

Ok bila si Al - Fateh ni fokus, dia akan pastikan dia sentiasa bersedia! Sedia dari segi apa? Ha, point seterusnya.

2) SUSUN STRATEGI DAN BERTINDAK!

- Rasulullah dah bagitahu sebaik-baik ketua negara, tentera dan rakyat yang akan menang mengalahkan Konstantinopel. Ok apa Al Fateh buat?

Pertama sekali, dia perintahkan semua tentera Uthmaniyah untuk tingkatkan latihan ketenteraan di siang hari & menggandakan amal ibadah di malam hari, para peniaga dilarang menipu dan rakyat wajib patuh pada undang-undang Islam!

Bukan takat perintah sahaja yang keluar, perintah itu disusuli dengan tindakan! Semua tentera WAJIB solat fardhu lima waktu & yang sengaja tinggalkan solat dihukum! 

Al Fateh hanya rekrut mereka yang kuat beragama menjadi tentera. Rakyat juga dididik menjadi bertakwa. Segala benda haram contohnya judi, arak dan sebagainya dilarang sekeras - kerasnya!

Kalau kita sebagai usahawan lah, nak cipta kejayaan, pertama sekali kembali pada Allah dan tinggalkan yang haram. Jaga solat yang wajib dan sebaiknya awal waktu. Dan beribadah lah di malam hari. 

Kenapa malam hari? Allah dah bagitahu fadilat berqiamullail adalah kekuatan! Jiwa dan minda akan kuat melalui santapan rohani tadi. In shaa Allah segala kekuatan fizikal kita juga akan jadi seiring bila jiwa dan minda kita memang kuat!

Hebat kan Al Fateh dalam bab strategi dan perlaksanaan? Tiada tangguh dan nanti! Terus pergi buat sebab Al Fateh tahu apa yang dia nak capai dan bagaimana. Ha memang boleh kita aplikasikan dalam kehidupan kita kan? 😊

Di sini kita pun sama. Kenalah tahu apa tindakan dan bagaimana langkah yang seterusnya untuk sampai pada matlamat kita tadi! FOKUS PADA MATLAMAT DAN FOKUS PADA TINDAKAN! 

Tu lah kunci dia dekat sini. 😊

3) BERANI AMBIL RISIKO!

- Part ni memang tak boleh nak dinafikan. Masa umur Al - Fateh 12 tahun, abah dia Sultan Murad, ada urusan di luar kerajaan. Korang tau tak, diusia semuda itu, 12 tahun oi, dia dah mula memangku jawatan sebagai pemerintah Kerajaan Khulafa' sementara abah dia berurusan di luar. Lama juga dia pegang jawatan tu, dalam 3 tahun! Berani ke terlampau berani?

Kita umur 12 tahun pun, masih lagi mak ayah tolong itu ini. Merengek menangis tak dapat 5A UPSR! Heh.. itu aku lah, tak dapat 4A menangis! Entah apa - apa kan? Heh...

Memang Al - Fateh seorang anak lelaki yang hebat! Berani untuk ambil risiko serta tanggungjawab!

Kita boleh ambil pendekatan yang sama dalam berniaga. Come on lah kan, kita ni nak mula berniaga punya lah takut. Itu takut, ini takut, apa orang kata lah, tak berani ambil risiko lah. Macam - macam! Dah kenapa dengan kita ni?

Korang tengok Al - Fateh, 12 tahun jadi pemangku pemerintah, 19 tahun, jadi Khalifah ke - 7 Turki Uthmaniyah, 21 TAHUN TAKLUK KONSTANTINOPEL! 21 tahun dah pergi perang dengan Maharaja Constantine, bangsa Rom tu!

Jadi ibrahnya di sini, tak payah lah takut sangat kalau nak berniaga. Berani lah ambil risiko sikit. Hidup itu sendiri adalah risiko! Kita umur 25 - 35 tahun, masih lagi takut nak jual hatta seketul sabun mahu pun sekotak kopi! Dah kenapa? Betul tak?

4) PINTAR LAGI KREATIF!

- Al - Fateh ni, memang pandai. Kenapa boleh pandai? Paling utama dia ada cikgu - cikgu terbaik untuk mengajar dia tentang agama dan ilmu peperangan! Bab agama, memang Al - Fateh diasuh dengan berpuluh - puluh orang guru agama yang terbaik di zaman itu. Bukan tu sahaja, boleh berbahasa dalam 6 bahasa yang berbeza!

Begitu juga dengan ilmu peperangan. Dari usia muda lagi, Al - Fateh mula belajar ilmu ketenteraan dari ayahnya serta panglima - panglima Turki Uthmaniyah yang ada ketika itu.

Paling aku teruja adalah taktik peperangan ketika nak menakluk Konstantinopel!

Dalam peperangan dengan tentera Konstantinopel ni, memang sungguh susah nak tembus perairan negara Konstantinopel ni. Dah perang beberapa hari, 70 buah kapal perang Turki Uthmaniyah masih lagi tak dapat tembus perairan Konstantinopel yang dipanggil Tanduk Emas.

Area Tanduk Emas ni, memang tentera Rom jaga baik punya. Seluruh kawasan Tanduk Emas tu mempunyai rantai besi yang tajam bagi menghalang kemasukan kapal - kapal perang tentera Turki ni. Kalau sondol je rantai besi tu, mahu bocor dan karam kapal - kapal tadi. Banyak gila serangan, tapi masih lagi tak dapat nak tembus pertahanan pihak lawan.

Pada satu malam, usai solat tengah malam. Al - Fateh bermimpi. Dalam mimpinya, Al - Fateh lihat, kapal - kapal perang Turki Uthmaniyah, berlayar di Semenanjung Fera dan berlabuh di kawasan Tanduk Emas. Al - Fateh yakin ini adalah petunjuk dari Allah. Sebelum dia decide, dia buat apa? Dia pergi rujuk mentor dia dulu, Sheikh Syamsudin Al - Wali. 

Dia memang sebaik ketua lah. Mesyuarat dulu, minta pendapat guru dan para ketua bahagian tentera perang Turki Uthmaniyah. Hebat kan? Aku kata Awesome sangat! Heh...

Semenanjung Fera ni merupakan sebuah kawasan yang berdekatan dengan Tanduk Emas. Dan cara paling selamat untuk sampai ke Semenanjung Fera itu adalah dengan melalui kawasan berbukit yang penuh dengan hutan tebal sejauh kira - kira 3 batu.

Area tu selamat bagi tentera Islam kerana ianya tidak dikawal selia oleh tentera Rom kerana mereka yakin kawasan hutan belantara tadi selamat, makanya tidak perlu dipantau.

Ok, apa Al - Fateh buat? Dia terus plan nak pindahkan 70 buah kapal perang Turki tadi, melalui jalan darat ke Semenanjung Fera tadi. Al - Fateh sungguh yakin mimpi tadi adalah petunjuk dari Allah dan dia yakin hanya bantuan Allah yang akan membantu merealisasikan perancangan tadi!

Bak hang, nak angkut kapal perang dari laut ke darat sejauh 3 batu nak masuk balik ke laut Semenanjung Fera! Kalau aku, confirm mati kutu, biar lah orang lain tolong buat! Heh...

Kebetulan, masa ni Maharaja Constantine hantar wakil untuk buat genjatan senjata selama seminggu. Genjatan senjata ni muslihat sahaja dari pihak Konstantinopel. Diorang nak tunggu back - up sampai, lepas tu serang semula!

Ha... bagi team Al - Fateh permintaan genjatan senjata ni, umpama, pucuk dicita ulam mendatang lah.  Team Al - Fateh pun terima lah untuk adakan genjatan senjata ni. 

Terima je, terus semua tentera Turkin tadi buat persiapan nak angkut 70 buah kapal perang melalui darat sejauh 3 batu!

Diorang kerja siang malam pagi petang termasuk lah Al - Fateh sendiri. Tak boleh nak beza dah mana tentera mana sultan. Sama dah. Hebat kan peribadi Al - Fateh? INCREDIBLE SANGAT pada aku.

Diorang tarah semua dan bua jalan laluan untuk kapal ni lalu, dan lepas Al - Fateh minta ditebang pokok - pokok yang ada dalam belantara bukit tu dan batang pokok tadi di jadikan landasan untuk untuk dilalui kapal - kapal perang tadi. 

Lepas tu, batang - batang pokok tadi di sapu dengan lemak haiwan dan darah haiwan supaya menjadi licin dan mudah untuk menggerakan kapal - kapal perang tu nanti. Memang hebat dan pintar sangat kan? Di luar kotak pemikiran strategi ini!

Dah siap jalan semua, tok guru Al - Fateh bagi cadangan untuk gerakan kapal - kapal perang tadi pada malam Jumaat. Sebabnya adalah, pada malam Jumaat, dikhabarkan angin akan bertiup kencang, jadinya menambahkan kemudahan untuk team Al - Fateh menggerakkan kapal - kapal perang yang besar - besar dan berat belaka!

Sebelum tiba malam Jumaat yang dinantikan, kesemua tentera Turki beramal ibadat minta bantuan dari Allah untuk memudahkan mereka memindahkan kapal - kapal perang mereka ke Tanduk Emas melalui Semenanjung Fera tadi. 

Ha dengan izin Allah, memang malam Jumaat tu, angin kencang dan hujan lebat! Sebuah demi sebuah kapal perang tentera Turki ditarik masuk ke perairan Konstantinopel, Tanduk Emas!

Cuba korang bayangkan kegigihan dan kekuatan tentera dan ketuanya dari segi mental dan fizikal! Ohoiii KUAT DAN MENGGERUNKAN! 

Dan akhirnya 70 kapal perang tentera Turki BERJAYA MASUK ke perairan Konstantinopel! Tentera Turki raikan kejayaan yang luar biasa itu dengan bertakbir!

Ha, terkejut beruk la Maharaja Constantine yang masa tu tengah tidur! Bangun - bangun tengok dah penuh dah dengan kapal perang tentera Turki depan Konstantinopel! 

Ha hebat tak pemikiran Al - Fateh dan pandai tak dia mengambil peluang?

Memang aku nak bagi 1000 THUMBS UP kepada Al - Fateh dan team! Kita boleh contohi Al - Fateh yang sentiasa mencari ilmu serta rujuk pada guru.

Sama lah juga halnya kita dan berniaga. Perlu ada guru untuk guide dan doakan kejayaan kita. Jangan ego dan berlagak seolah - olah kita ni hebat sangat! Belajar lah dari mereka yang berpengalaman dan teruskan bertindak! 

Dalam berniaga juga kita perlu untuk jadi lebih kreatif dan mempunyai anjakan paradigma dalam berfikir dan membuat keputusan. Pastinya untuk peroleh skill ini, kita semua perlu ada Ilmu, Tindakan serta Rujukan! In shaa Allah kejayaan pasti milik kita!

5) SENTIASA KEMBALI PADA ALLAH!

Ini lah ciri paling penting yang aku suka nak belajar dari Al - Fateh. Dalam buat apa - apa keputusan, Al - Fateh akan utamakan Allah.

Baik sebelum perang, buntu, nak cari penyelesaian, tanpa henti Al - Fateh sentiasa minta bantuan dari Allah dan yakin dengan sepenuhnya Allah akan bantu untuk merealisasikan segala perancangannya!

Ada satu ketika tu, masa tu dah 44 hari tentera Turki menyerang Konstantinopel. Namun, tak menang-menang juga. 

Mati kutu juga Al - Fateh memikirkan apa lagi yang tak betul dalam dirinya dan tenteranya. Apa lagi yang perlu dibaik pulih supaya sejajar dengan kesukaan Allah?

Akhirnya, Al - Fateh teringat pada seorang tenteranya yang bernama Urban. Urban ni pula baru memeluk agama Islam.

Terus Al - Fateh pergi cari Urban, sekali terjumpa lah si Urban ni tengah minum arak dalam khemah tentera! Meluap marah lah si Al - Fateh. Ha si Urban ni, nampak Al - Fateh muka merah menyala terus dia campak botol arak tadi.

Al - Fateh pun tanya lah, manalah kau dapat arak tu Urban oiiii?!!

Urban pun bagitau dia dapat dari mayat tentera Rom. 

Al - Fateh teruslah bagitau Urban yang dia sekarang adalah orang Islam dan diharamkan untuk meminum arak. Lepas tu, Urban pun cerita, dia susah hati, tu sebab dia minum arak.

Al - Fateh dalam marah tu pun, cuba selami apa masalah si Urban ni. Rupanya, si Urban ni risau dekat anak bini dia, lama dah tinggal. Dia rindu sangat dekat keluarga dia. 

Dengar je jawapan Urban, kemarahan Al - Fateh pun reda. Barulah dia sedar Urban ni baru je peluk Islam, sah - sah iman belum kuat, lepas tu tambah lagi rindu dekat keluarga dia. 

Baiknya Al - Fateh, terus dia bagi cuti beberapa hari dekat Urban ni, dan diiringi oleh tentera Turki hingga si Urban ni sampai ke rumah, untuk memastikan keselematan si Urban ni.

Allah, baiknya Al - Fateh ni. Sentiasa kembali kepada Allah dan buat apa yang Allah suka!

Sama juga lah kita bila berniaga. Buatlah benda yang Allah suka. Jangan abaikan suruhan Allah terutamanya solat. Macam Al - Fateh kan, bila tak menang - menang, dia tak pergi terus tunding jari dekat orang lain. Dia cari kesalahan diri dia pada Allah dan cari apa lagi yang tak cukut pada tentera dia dari segi agamanya!

Yang ni memang kita sebagai peniaga perlu ambil berat. Kadang - kadang rezeki kita lambat, mahal dan business kita belum berjaya, pasti ada mana - mana kesilapan kita dengan Allah. 

Makanya, jangan lupa audit diri kita, adakah aku langgar mana - mana syariat Allah. Apa lagi yang aku belum buat sehabis baiknya? Solat aku cukup ke tak, khusyuk ke tak, awal waktu ke tak?

Sebab itu semua asas atau foundation nya! Bila kita sentiasa buat dengan bersungguh apa yang Allah suruh, selalu kembali pada Allah, tidakkah Allah suka, malahan jatuh kasih dan sayang pada kita? 

JAWAPANNYA, PASTI! KITA ADALAH HAMBA KESAYANGAN ALLAH!

Bila Allah dah sayang pada kita, tak perlu risau, minta lah apa saja kemahuan dan pertolongan, in shaa Allah, pasti Allah makbulkan!

Fuh... memang berjela juga lah penulisan aku kali ni. Dalam menulis ni pun aku jadi semangat dengan semangat perjuangan Al - Fateh! Nothing worthy comes easy in this world! 

Alhamdulillah, dapat juga aku kongsikan tentang kefahaman aku tentang Al - Fateh dan bagaimana nak kaitakan dengan berniaga. 

Aku bagi 5 ciri sahaja. Tapi, aku rasa korang pastinya boleh dapat lebih dari 5 ciri yang aku bagi berdasarkan cerita - cerita pendek yang aku sertakan sekali. 

Al - Fateh contoh hasil didikan mak abah yang padu dan jitu dalam membentuk keperibadian anaknya terutama bab ketaatan pada agama!

Al - Fateh contoh kekuatan jiwa yang perlu kita ada untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi Allah ini!

Al - Fateh contoh pemuda Islam yang kuat mental dan fisiknya patut kita contohi pada hari ini!

Al - Fateh ... Bila aku mula mengenal mu, terasa jauh lagi perjalanan aku untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa!

Al - Fateh ... Bila aku mula mendalami sifat ibu mu, terasa bagai langit dan bumi memikirkan kegigihan aku yang belum cukup gigih dalam mendidik anak2 lelaki serta anak perempuanku untuk akhir zaman!

Bila aku mula berkenalan dengan Al - Fateh ... 

Kalau korang rasa bermanfaat sharing kali ni, korang tekanlah button share. Biar ramai-ramai boleh ambil pelajaran dari Al - Fateh, si penakluk Konstantinopel! 😊

No comments:

Post a Comment